Thursday, December 31, 2009

Lembu

cuti sekolah dah sampai ke hujung pun. minggu depan aku g sekolah cam biasa. next year plak aku ngajar sesi petang. ok gak, tak la aku kelam kabut sangat waktu pagi.

pagi tadi waktu tengah prepare bekfes, ternampak la sekawan lembu dok bersidai belakang rumah aku. ermmm...leh tahan banyak nya. tu pasal, pokok yg hb tanam belakang rumah habis 'dikerjakan' dek mereka. aku tak marah kat lembu sebab aku tau lembu memang tak tau apa2. hehehe...tapi, tuan lembu lyang patut ambik tau lembu dia kemana, wat pe... tak boleh la lepas tangan camtu jer. dulu hb ada tanam pokok pisang, benih import dari kampung tu. pun settle dikerjakan... hadoiii... takkan pokok kelapa dan pisang pun nak kena pagar kot. adoyaiii...letih arr camni.



 

 

 
tengok la nasib pokok kelapa ni...bila nak besar..

 
petang ni mungkin ada tetamu akan datang rumah aku. almaklum, rumah aku ni kira rumah tumpuan gak la dikalangan adik beradik aku, juga adik beradik hb. so, tugas aku ialah mengemas rumah dan memasak. ni  aku baru jer balik dari pasar. aku beli ayam dan ikan. ada udang, tapi nampak udang lama. tak fresh. so aku tak beli la. yang nak mai tu pengantin baru. hikss... derang ni pun cikgu. semalam baru je derang dapat tau posting kat selangor. hari isnin melapor diri. hb tolong derang cari rumah sewa kalau boleh area Sg. Buloh sebab si isteri ni dapat posting kat SK Sri Kundang, si suami lak kat SK Gombak Setia. hmmm... tak tau la sempat dapat tak rumah sebelum isnin.

baki gambar semalam.... 


 kak chaq & mak ndak (adik mak aku)

 
Baihaqi tengah melayan Disney channel..



 

 
depan rumah bang chik

No comments: