Tuesday, August 31, 2010

ASB loan

Korang ada wat simpanan ASB tak? aku tadi ke RHB Bank utk settlekan 1 urusan. so, alang2 dah pegi, jumpa dgn peg. kat situ, then terus tanya pasal ASB loan. penting utk org yg xde disiplin cam aku untuk menyimpan duit utk masa depan. tp, kalau korang mmg spesis duit bnyk, disiplin pun tinggi, xyah pun xpe nak wat loan. terus je masuk duit dlm ASB. nanti setiap tahun dapat dividen.

Berbalik pada RHB tadi, aku tertarik dgn pakej diorang. Sesuai untuk org yg bajet ciput cam aku.. hahaha... apa yg diorang tawarkan ialah bayaran balik untuk 3 tahun pertama rendah saja. Tapi, dividen yg akan kita dapat setiap tahun mengikut jumlah yang kita pinjam. 

Contoh, katakan korang wat pinjaman ASB sebanyak RM50k. korang plan nak byr balik dalam tempoh 15 tahun. sape ada bajet lebih, elok pendekkan lagi tempoh. lebih menguntungkan... ok, untuk 3 tahun pertama, korang cuma kena bayar installment bulanan sebanyak RM226 sahaja. tapi, dividen korang dapat untuk tempoh setahun lebih kurang RM3500. sape nak bagi kan?? Dividen ni jangan la korang belanjakan, sebaliknya gunakan dividen tu untuk bayar balik installment bulanan korang bagi tahun2 kedua dan seterusnya.

Ringkasannya begini:
                                                         Installment bulanan (RM)
Tahun pertama                                  226/mth
Tahun kedua  & ke-3                       0 (guna dividen thn pertama & ke-2 untuk bayar)
                                                        Baki dividen tahun pertama dan ke-2:
                                                        RM3500 - (226 x 12)  = RM778 
                                                        RM778 x 2 = RM1556 (boleh saving @ byr installment thn berikutnya)
Tahun ke-4 hingga tahun ke-15         471/mth  - (3500/12) ~ RM180/mth  (guna dividen tahun ke-3)

Pengiraan ni tak termasuk insurans. Kalau termasuk insurans, mungkin korang kena byr lebih kurang RM200 je sebln. Selepas 15 tahun, korang akan dapat saving sebanyak RM50k dengan hanya byr bulanan RM180.00 @ RM200 shj. Tak membebankan langsung... w/pun 50k tu kecik jer jumlahnya, sekurang2nya ada saving drpd langsung xde kan...  then, dividen plak setiap thn akan dapat... Jadi, tepuk dada, tanya selera. 

Setakat ni cuma RHB je yg tawarkan pelan ni. bank lain rasanya belum buat lagi. Kalau guna kaedah biasa, tahun pertama tu mmg sengsara la sbb korang kena byr bnyk sejak tahun pertama lagi. Jadinya, kalau income mmg ciput, seksa gak la nak hbskan sethn tu... Tp, bila masuk thn ke-2 mmg dah lega... terpulang pada korang untuk buat keputusan...                              

Sunday, August 29, 2010

Masalah kewangan?

2 minggu je lagi seluruh umat Islam akan menyambut Aidilfitri. So, as a parents of course masing2 sibuk membuat persiapan. Bagi pekerja gomen cam haku, bnyk gak la duit yg kuar, sedangkan tahun ni bonus pun tarak. haprak tul si bijan. sejak dia jd PM, duit xde memanjang. Agaknya boros sgt bg kat ayam katik tu belanja, sampai habis duit negara. Terus terang, aku memang sesak nafas bila time nak raya. Tahun lepas pun sama...

Walau macam mana pun, aku masih boleh idup dgn duit yg seciput tu. hehehe...korek sana sini, rolling sana sini, Alhamdulillah.. cukup walau tak mewah. Caranya?? di pihak aku, aku memang tak penah pikir sbb hb jer tukang pikir camna nak rolling... kalau pasal bab2 merancang kewangan, aku serah kat hb 100% sebab dia memang penasihat bertauliah aku. aku lak jenis kurang disiplin. manjang jer terbabas bila berbelanja. huuuu... biasa la tu kan. dah nama pun pompuan...

Jadi, ruang dan kesempatan di bulan baik ni aku nak gunakan sepenuhnya. For those yang ada masalah kewangan, boleh la dptkan khidmat nasihat secara percuma tauuu... takde charge apa2 pun. saja hb cakap nak tolong sbb selama ni pun mmg dia jd consultant tak berbayar kpd kawan2 dia yg kerap meminta nasihat utk atasi masalah kewangan. tp tu la, setakat yang termampu je la. kalau tak mampu nak tolong tu, mintak maaf  ye... 


jangan segan2 yek nak minta khidmat nasihat... bagi la aku n hb peluang untuk tambah pahala... hehehe... jgn risau, mmg xde charge apa2 pun.. FOC je. kalau rasa masalah kewangan tu tak pandai di atur, kena bg details skit la kat aku. tu pun, kalau korang percaya... aku tak paksa, ok. 

Ok lah, sekian je untuk n3 kali ni. jumpa lagi di lain siaran!!

Saturday, August 28, 2010

Pesta flora Putrajaya 2010 - pic shj

tak sangka kan, hari ni dah masuk hari ke-18 kita puasa. sekejap je masa berlalu. minggu depan, minggu terakhir persekolahan.. pastu aku cuti 2 minggu... hip..hip..horray!!! seronok wei.. cuti, balik kg. dah lama xbalik kg. rindu nyer kat kg aku. 

weken depan, mak aku nak buat kenduri bukak puasa untuk arwah ayah. aku xblk laaa...huhuhu...teringin sgt nak blk.tp, bila memikirkan raya nanti nak balik pulak, so, xjadi aku balik. ye la, kos nak balik kedah bukannya sikit. kos atas jln utk pegi balik jer dah beratus habis. minyak, tol...semua kuar laju cam air. apa nak buat kan, rezeki aku kat selangor ni. terpaksa aiii.....

minggu depan, aku cuma akan menghitung hari je..hehehe...tak sabar nak cuti sekolah. mls nak tengok muka pompuan2 yg aku tak suka tengok. menyammmmpah occay!!! bila cuti, aku tak yah g school. bahagia jiwa dan raga.. hak...hak..hak..

sebenarnya aku ada bnyk keje nak kena settle this weken. kertas peksa budak sume blm bertanda lagi. laporan aktiviti sekolah pun bnyk yg tak settle..malasnya aku nak siapkan report. sbb info tak xcukup, tu yg wat aku jd malas. nak kena kejar org tu, org ni utk dptkan bahan. semua guna tenaga 4 kerat aku ni haaa... kalau nak jimat tenaga, kena kuar duit plak. ye la, tepon sana sini. bila dtg bill, sendiri byr.. huh..3-4 bln ni, bill tepon aku mesti RM60 ke ats. bkn guna utk lain pun, semua utk sekolah. bkn leh claim. hmmmm...

n3 ni jugak, aku nak letak pics waktu g pesta flora kat putrajaya hari tu... malas nak resize gambar, tu yg dh berzaman baru nak letak...hehehehe...




















Sunday, August 8, 2010

Shopping raya

weken ni aku berbelanja sakan. hari sabtu aku akhirnya menjejakkan kaki ke jln TAR setelah hampir 7 tahun tak ke sana. Tujuannya cuma satu, nak shopping baju raya. hehehe.... rasa teringin plak nak tukar closet aku. maklum la, dah lama baju aku tak bertukar. asyik pakai baju yg sama jer. sekali, aku 'terborong' 4 pasang baju. 2 pasang simpan untuk raya, lagi 2 pasang pakai g kerja. then, aku beli baju hb sepasang. tema warna baju tahun ni biru. semua baju aku beli di Semua House. nama butik tu Jelina Butik kalau tak silap. tersengih jer bos situ sebab aku memborong sakan. 3 pasang baju, semua jenama Sophy. 

aku mmg suka design dia sbb bila pakai rasa terletak, kemas sangat. tapi, reger pun leh tahan gak la. then, aku sambar 2 helai tudung jenama sama. ouchhh... mati wei bila bayar. terkedu sekejap. oleh kerana aku dah lama tak shopping baju, w/pun harga agak mahal, aku relakan saja. hiksss... bila lagi nak melaram kan. tauke butik tu siap bagi member's card lagi kat aku. means, next time kalau aku beli baju kat situ, aku akan dapat less 10%. ooo....ai like occayy!!!.baju along aku beli kat selayang esok. alang2 memang nak ke sana, ambik cermin mata baru. duit lagi mengalir keluar. huhuhu... nak wat camna kan, cermin mata pun dah 3 tahun tak tukar2. xde pilihan, aku kena buat jugak la kan. 

lagi 2 hari kita nak sambut puasa. aku shopping awal sebab malas nak g jln2 bulan puasa. cuaca sekarang plak panas terik, tak tahan wooo kalau jln2 xblh minum. rasa cam nak pitam. tu pasal, aku shopping awal. terima kasih untuk hb juga sbb sudi jaga along kat rumah. ye la, kalau nak heret budak kecik g shopping, sendiri mau ingat la hazabnya. nak belek2 baju pun tak boleh. dah la orang punya la ramai. naik komuter cam sardin kekdahnya... hazab tau..
ok lah, kepada semua umat Islam, 'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK'. Semoga Ramadhan tahun ni akan memberi kita 1000 rahmat dan keberkatan. Semoga Ramadhan tahun ni juga merupakan ramadhan aku yang lebih baik berbanding tahun lepas. selamat menunaikan ibadah puasa...