weken ni aku berbelanja sakan. hari sabtu aku akhirnya menjejakkan kaki ke jln TAR setelah hampir 7 tahun tak ke sana. Tujuannya cuma satu, nak shopping baju raya. hehehe.... rasa teringin plak nak tukar closet aku. maklum la, dah lama baju aku tak bertukar. asyik pakai baju yg sama jer. sekali, aku 'terborong' 4 pasang baju. 2 pasang simpan untuk raya, lagi 2 pasang pakai g kerja. then, aku beli baju hb sepasang. tema warna baju tahun ni biru. semua baju aku beli di Semua House. nama butik tu Jelina Butik kalau tak silap. tersengih jer bos situ sebab aku memborong sakan. 3 pasang baju, semua jenama Sophy.
aku mmg suka design dia sbb bila pakai rasa terletak, kemas sangat. tapi, reger pun leh tahan gak la. then, aku sambar 2 helai tudung jenama sama. ouchhh... mati wei bila bayar. terkedu sekejap. oleh kerana aku dah lama tak shopping baju, w/pun harga agak mahal, aku relakan saja. hiksss... bila lagi nak melaram kan. tauke butik tu siap bagi member's card lagi kat aku. means, next time kalau aku beli baju kat situ, aku akan dapat less 10%. ooo....ai like occayy!!!.baju along aku beli kat selayang esok. alang2 memang nak ke sana, ambik cermin mata baru. duit lagi mengalir keluar. huhuhu... nak wat camna kan, cermin mata pun dah 3 tahun tak tukar2. xde pilihan, aku kena buat jugak la kan.
lagi 2 hari kita nak sambut puasa. aku shopping awal sebab malas nak g jln2 bulan puasa. cuaca sekarang plak panas terik, tak tahan wooo kalau jln2 xblh minum. rasa cam nak pitam. tu pasal, aku shopping awal. terima kasih untuk hb juga sbb sudi jaga along kat rumah. ye la, kalau nak heret budak kecik g shopping, sendiri mau ingat la hazabnya. nak belek2 baju pun tak boleh. dah la orang punya la ramai. naik komuter cam sardin kekdahnya... hazab tau..
ok lah, kepada semua umat Islam, 'SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK'. Semoga Ramadhan tahun ni akan memberi kita 1000 rahmat dan keberkatan. Semoga Ramadhan tahun ni juga merupakan ramadhan aku yang lebih baik berbanding tahun lepas. selamat menunaikan ibadah puasa...
No comments:
Post a Comment