Tuesday, July 8, 2008

Program lawatan DPLI ke Perlis

Khamis lepas, aku pegi lawatan ke Perlis. tentatif kami ialah pegi SMK Derma. sekolah kluster. awal2 pagi dah bertolak n sampai sana hampir pkl 9 pagi. Lepas sesi taklimat, kami dibawa melawat ke sekitar sekolah. facilities kat sekolah tu not bad. rasa aku antara the best school la kot. ada 7 wifi point kat sekolah tu saja. makmal, library mmg dilengkapkan dgn komputer n internet. even, utk pentadbiran pun mmg guna full ict teknologi termasuklah sistem kedatangan guru & staff. diorang guna smart card n finger print. aku jadi mc utk sesi taklimat. akhir program, ada sesi bergambar.
Lepas ke SMK Derma, kami ada misi ke Gua Wang Burma. hujan lebat gak waktu on the way ke sana. ada 3 pensyarah yg ikut eksplorasi tu. sebelum sampai ke pintu gua, kami kena berjlan hampir 800 meter, ikut track hutan n panjat bukit. pacat tok sah kira la. penuh kat sepanjang jalan. memang tunggu mangsa jer lalu. waktu panjat bukit tu, 4-5 ekor pacat naik kat kaki aku. apa lagi, sakan la aku dok minta tolong org ni, org tu buangkan pacat. aku memang surrender dgn makhluk Allah yang satu ni, wpun kecik jer badan dia. geli geleman....hiiiii...dgn badan lembik, sejuk2...eeeiiiiii...meremang badan aku....aku geli giler dengan pacat...kalau la dari awal aku tau keadaan sebenar untuk sampai ke mulut gua tu camni, gerenti awal2 aku tarik diri dah... tapi sebab dah terlanjur, redah jer la. mulut aku dok ngok ngek ngok ngek...marah kat pacat... pacat bukit plak besar2 n panjang2...serammm.... lepas keluar dari gua, kena turun bukit plak. memang xleh lari dari pacat. salehha kena gigit 8 ekor pacat, kak nina plak sekor. aku...Alhamdulillah, sempat nampak dan buang... kalau naik kat badan ker, mau aku jerit sakan.

kami bertolak balik ke UUM dah hampir maghrib. sampai UUM pkl 9.30 mlm. then bertolak balik ke jitra. hb ambik aku kat yawata. dia balik awal ke kg. rabu malam khamis dah balik sbb tiket xde. so, terpaksa ambik cuti xtra. xpe la, at least boleh layan si kecik tu. sian dia kena tinggal sehari suntuk. apa nak wat, mama dia bz. hehehe.... sampai rumah, aku terus tido. siap mimpi pacat naik badan aku...sungguh dasat penangan pacat gua wang burma. tak ingin aku ke sana lagi. kalau tak terpaksa, jgn harap la aku nak masuk dalam gua tu. bukan gua yang menakutkan aku, tapi track untuk sampai ke mulut gua tu yang menyeramkan...

minggu ni aku kalut siapkan sumer assignment. next week final exam. hari sabtu pagi aku akan balik kl dgn air asia, balik semula ke kedah naik MAS pada sabtu berikutnya...weken ni memang kena study la. satu habuk apa pun tak baca lagi...huhuhu.... tapi aku percaya that everything will be fine. macam sem lepas, lagi kalut dari sem ni. but still all of us score gak dlm exam. semua dapat 3.5 ke atas. so wonderful. aku pun tak lekeh gak. pointer 3.78. terer tak? jangan mare arrr....sape lagi nak puji aku... kena puji diri sendiri la...

Wednesday, July 2, 2008

Perkhemahan DPLI

Minggu lepas aku sibuk dengan preparation untuk anjurkan perkhemahan bermula 25-28 Jun 2008 di Keda Resort, Bendang Man, Sik. aku n salehha jadi organiser bhgian hadiah dan protokol. best gak pegi sana walau pun cuma tido dalam khemah. aku jadi organiser merangkap peserta. dah 16 org jadi ajk, kang tinggal berapa orang jer jadi peserta. kat sana kami dibahagikan kepada 5 group. group aku diberi nama 'ANT'. dan the best part is, group aku jadi juara keseluruhan program perkhemahan tu. hehehe...tak sangka sungguh sebab group lain pun hebat-hebat belaka. dah rezeki kan..... tiap2 pagi ada inspection khemah. pastu masak pulak bergilir2. aku jadi ketua masak untuk makan malam pada hari ke-2. kelam kabut waktu tu sebab nasik mentah. maklum la masing-masing tak biasa masak dalam kuantiti yang banyak. kiranya malam tu, pakat makan nasi kureng masak...huhuhu....rasanya ada peserta yang sakit perut. tapi, apa nak buat....nama pun perkhemahan...adat la bila jadi camtu.



Malam last tu kami wat bbq. bakar ayam, sosej, dan masak bihun goreng singapore. pastu lepas makan, ada persembahan dari setiap group. macam-macam gelagat yang aku tengok. tapi semua nampak enjoy jer walau pun persiapan yang dibuat memang last minit. yang pasti, takde yang nampak malu2 sebab dah saling kenal mengenal antara satu sama lain. dalam pukul 12 tengah malam, kami dibawa dengan bas ke kolam air panas di hulu legong. tempat tu best, cuma yang tak best sebab malam minggu punya la ramai manusia. dah tu ramai gak la dugong2 jantan n betina yang dok bersidai tepi kolam tu. memang mencemarkan pemandangan. aku tak mandi pun. malas sebab ramai sangat. cuma celup2 kaki and borak2 kosong jer dengan kengkawan lain. berpeluh2 badan macam pegi sauna. dalam pkl 2 pagi, kami bertolak balik ke khemah. esok paginya diadakan majlis penutup. kami bertolak balik pukul 12.30 tengah hari.


Citer Syafiq


Dalam tempoh aku berkhemah, aku memang berterima ksih kat mak aku sebab sanggup jaga syafiq. lama gak tu. 3 malam... kalau mak tak menolong, tak tau la macam mana aku nak buat...


syafiq pulak dah pandai joget bila dengar muzik...ermmm...tak penah plak aku atau sesapa ajar dia. mungkin sebab dia tengok tv kot. pandai sendiri. asal dengar muzik jer, terus joget. hehehe...jangan terbawa-bawa sampai ke besar dah la...tak berkenan aku. kecik2 ni memang la aku suka tengok sebab cute. kalau dah besar, memang aku bebel dah. besar2 esok hafal quran ke, sejuk hati aku....nanti aku try upload video syafiq joget. tengok la kalau dapat... tak janji tau..
video