Showing posts with label khidmat nasihat kewangan percuma. Show all posts
Showing posts with label khidmat nasihat kewangan percuma. Show all posts

Monday, March 28, 2011

Langkah-langkah merancang kewangan

1) Buat pelan jangka panjang, jangka sederhana dan jangka pendek - pelan jangka pendek lebih kepada perancangan kewangan bulanan, jangka sederhana mungkin untuk tempoh setahun, manakal jangka panjang mungkin untuk tempoh 5 tahun. Dari situ anda boleh rancang perbelanjaan dan membuat simpanan.

2) Fikir dan rancang pendidikan anak-anak - Contohnya kenal pasti perbelanjaan untuk persekolahan anak-anak. Buat bajet yang sepatutnya agar semua urusan pendidikan tidak diabaikan.

3) Bezakan antara keperluan dan kemahuan - setiap orang berbeza kemahuan dan kehendaknya. Kenali kehendak dan keperluan anda. Dengan cara itu anda boleh seiring dengan pendapatan. Senang cerita, ukur baju di badan sendri. Jangan ikut orang. Mungkin orang lain perlukan kereta besar, rumah besar kerana keperluan keluarganya tetapi mungkin anda tidak.

4) Cuba elakkan hutang - Seboleh mungkin cuba elakkan hutang yang tidak perlu. Beli barang secara tunai dan jangan berhutang. Kecuali yang besar seperti pinjaman rumah dan kereta. Elakkan hutang tidak perlu seperti kad kredit.

5) Simpan dulu baru belanja - Sepatutnya apabila dapat gaji, sebahagian daripadanya kita terus simpan. Ini tidak, kira bayar hutang dan belanja dulu baru simpan. Cara itu tidak betul kerana selalunya kalau ada duit di tangan macam-macam fikir nak beli.

Sumber: Majalah Nur, Januari 2011


Aku sebenarnya hutang n3 la dgn korang. Ingat tak buku Teknik Urus Wang Individu Berkesan oleh Zulnaidi Yaacob yang aku beli sebelum ni? bila aku nak tulis sinopsis buku tu ek? hehehe...dah mula sekolah ni, angin malas pun mula la melanda.. 

Tuesday, August 31, 2010

ASB loan

Korang ada wat simpanan ASB tak? aku tadi ke RHB Bank utk settlekan 1 urusan. so, alang2 dah pegi, jumpa dgn peg. kat situ, then terus tanya pasal ASB loan. penting utk org yg xde disiplin cam aku untuk menyimpan duit utk masa depan. tp, kalau korang mmg spesis duit bnyk, disiplin pun tinggi, xyah pun xpe nak wat loan. terus je masuk duit dlm ASB. nanti setiap tahun dapat dividen.

Berbalik pada RHB tadi, aku tertarik dgn pakej diorang. Sesuai untuk org yg bajet ciput cam aku.. hahaha... apa yg diorang tawarkan ialah bayaran balik untuk 3 tahun pertama rendah saja. Tapi, dividen yg akan kita dapat setiap tahun mengikut jumlah yang kita pinjam. 

Contoh, katakan korang wat pinjaman ASB sebanyak RM50k. korang plan nak byr balik dalam tempoh 15 tahun. sape ada bajet lebih, elok pendekkan lagi tempoh. lebih menguntungkan... ok, untuk 3 tahun pertama, korang cuma kena bayar installment bulanan sebanyak RM226 sahaja. tapi, dividen korang dapat untuk tempoh setahun lebih kurang RM3500. sape nak bagi kan?? Dividen ni jangan la korang belanjakan, sebaliknya gunakan dividen tu untuk bayar balik installment bulanan korang bagi tahun2 kedua dan seterusnya.

Ringkasannya begini:
                                                         Installment bulanan (RM)
Tahun pertama                                  226/mth
Tahun kedua  & ke-3                       0 (guna dividen thn pertama & ke-2 untuk bayar)
                                                        Baki dividen tahun pertama dan ke-2:
                                                        RM3500 - (226 x 12)  = RM778 
                                                        RM778 x 2 = RM1556 (boleh saving @ byr installment thn berikutnya)
Tahun ke-4 hingga tahun ke-15         471/mth  - (3500/12) ~ RM180/mth  (guna dividen tahun ke-3)

Pengiraan ni tak termasuk insurans. Kalau termasuk insurans, mungkin korang kena byr lebih kurang RM200 je sebln. Selepas 15 tahun, korang akan dapat saving sebanyak RM50k dengan hanya byr bulanan RM180.00 @ RM200 shj. Tak membebankan langsung... w/pun 50k tu kecik jer jumlahnya, sekurang2nya ada saving drpd langsung xde kan...  then, dividen plak setiap thn akan dapat... Jadi, tepuk dada, tanya selera. 

Setakat ni cuma RHB je yg tawarkan pelan ni. bank lain rasanya belum buat lagi. Kalau guna kaedah biasa, tahun pertama tu mmg sengsara la sbb korang kena byr bnyk sejak tahun pertama lagi. Jadinya, kalau income mmg ciput, seksa gak la nak hbskan sethn tu... Tp, bila masuk thn ke-2 mmg dah lega... terpulang pada korang untuk buat keputusan...                              

Sunday, August 29, 2010

Masalah kewangan?

2 minggu je lagi seluruh umat Islam akan menyambut Aidilfitri. So, as a parents of course masing2 sibuk membuat persiapan. Bagi pekerja gomen cam haku, bnyk gak la duit yg kuar, sedangkan tahun ni bonus pun tarak. haprak tul si bijan. sejak dia jd PM, duit xde memanjang. Agaknya boros sgt bg kat ayam katik tu belanja, sampai habis duit negara. Terus terang, aku memang sesak nafas bila time nak raya. Tahun lepas pun sama...

Walau macam mana pun, aku masih boleh idup dgn duit yg seciput tu. hehehe...korek sana sini, rolling sana sini, Alhamdulillah.. cukup walau tak mewah. Caranya?? di pihak aku, aku memang tak penah pikir sbb hb jer tukang pikir camna nak rolling... kalau pasal bab2 merancang kewangan, aku serah kat hb 100% sebab dia memang penasihat bertauliah aku. aku lak jenis kurang disiplin. manjang jer terbabas bila berbelanja. huuuu... biasa la tu kan. dah nama pun pompuan...

Jadi, ruang dan kesempatan di bulan baik ni aku nak gunakan sepenuhnya. For those yang ada masalah kewangan, boleh la dptkan khidmat nasihat secara percuma tauuu... takde charge apa2 pun. saja hb cakap nak tolong sbb selama ni pun mmg dia jd consultant tak berbayar kpd kawan2 dia yg kerap meminta nasihat utk atasi masalah kewangan. tp tu la, setakat yang termampu je la. kalau tak mampu nak tolong tu, mintak maaf  ye... 


jangan segan2 yek nak minta khidmat nasihat... bagi la aku n hb peluang untuk tambah pahala... hehehe... jgn risau, mmg xde charge apa2 pun.. FOC je. kalau rasa masalah kewangan tu tak pandai di atur, kena bg details skit la kat aku. tu pun, kalau korang percaya... aku tak paksa, ok. 

Ok lah, sekian je untuk n3 kali ni. jumpa lagi di lain siaran!!