Showing posts with label kisah aku. Show all posts
Showing posts with label kisah aku. Show all posts

Friday, June 13, 2014

Bagaimana saya boleh melancong??

Hujung tahun lepas saya dan keluarga bercuti selama 2 minggu di melbourne dan christchurch. Memang pengalaman percutian yang tak mungkin akan dapat kami lupakan... musim bunga di christchurch dengan pemandangan alam yang superb!! memang kelu lidah dgn keindahan semulajadinya.. kami sewa motorhome for 10 days... nanti aku update the story ye...sila sabar menanti..he3..

Back to the topic. Ramai yang cakap kat saya, "wahhhh.. banyaknya duit!! mesti hb gaji besar kan." ha3.. mereka memang silap. me n my hb both cuma makan gaji je... pegawai biasa je kat gomen. mana ada bonus tahunan berkepuk2 mcm org lain yg makan gaji di private, yg blh petik jari je nak melancong... 

So, apa rahsianya???

1) Perancangan kewangan
Kalau dah plan untuk melancong, perlu ada tabungan. Setiap bulan peruntukkan seberapa jumlah untuk dimasukkan dalam tabung melancong. Mesti konsisten dan istiqamah ye... DISIPLIN is the key!!!

Ok, bila saya bagi tip no. 1, ramai yg cakap takde lebihan gaji nak saving. fine... apa yang boleh dibuat untuk menambahkan duit??

2) Pelaburan yang tidak berisiko / hampir tiada risiko
Duit yang ada, jangan simpan saja. Laburkan!!! Korang boleh melabur dalam ASB, tabung haji. atau boleh juga membeli saham2 yang tidak berisiko tinggi seperti unit amanah.. the choice is yours... 

Opsss.. ada pulak kata xde cash money nak dilaburkan. Jadi, apa pilihan yang ada?? 

3) Cari pendapatan tambahan  aka buat bisnes - the most important tip!!!
Kenapa saya cakap bisnes?? sebab 9/10 dari rezeki datangnya dari berniaga. Jadi, takkan nak tengok, tunggu dan lihat saja. Libatkan diri dengan perniagaan yang anda suka, yang anda minat. Kenapa kita nak rezeki yang cuma 1/10 tu saja?? Luasnyaaaa rezeki berniaga ni. 

Tolak tepi segala malu, segan, tak tahu, banyak alasan sebab itu sama sekali takkan membawa anda ke mana2. Saya hanya melakukan tip ke 2 dan tip ke 3... bila dah buat tip ke 3, baru mampu buat tip 1... betul kan??

Saya serius dengan shaklee.. ini merupakan satu bisnes yang bagus. Dengan mudah anda boleh dapat 3 angka sebulan dalam masa beberapa bulan saja anda join. Tak percaya?? Sila percaya. Nak tahu cara bagaimana, boleh contact saya. wasap/sms 0193816753.  Konsultansi percuma secara online sahaja. Nak beli produk juga dialu2kan.

Saya sedang menyiapkan blog shaklee saya. Nanti saya letakkan linknya ye... Percayalah... anda takkan menyesal kerana join shaklee.. saya boleh.. anda juga pasti boleh.. 

Nanti saya akan ceritakan lagi bisnes2 lain yang saya buat. Do support me, ok!!!

Monday, September 10, 2012

Perginya sebutir permata

Lamaaaaa sangat aku tak masuk sini. jangan kata nak update, nak menjengah pun xsempat. bukan...xde mood. sepanjang 8 bulan lebih ni, ada perkara penting yang sangat mempengaruhi mood dan emosi aku. satu yang gembira, satu lagi sangat menyedihkan. Apa yang gembira?

 

Aku dah selamat melahirkan babu boy 31 Julai 2012 yang lalu, di Hospital Selayang, jam 7.25 pagi. Berat baby 2.79kg. Alhamdulillah... syukurrr. kelahiran kali ni pun senang sangat. sakit lebih kurang sejam je. tu pun dalam kereta, on the way ke hospital. sampai hospital, doc dah siap tunggu, terus masuk labour room.. and here we go... terus bersalin saja. Gambar baby? tak sempat nak transfer masuk pc. Baby meragam sepanjang berpantang. Sakit pinggang gue, sebab xboleh nak baring. Asyik menyusu saja dia...huhuhu

Apa yang menyedihkan? pemergian bonda yang sangat aku kasihi, sayangi dan cintai  menemui penciptaNya pada 10 Jun 2012, 7.30 malam , sangat memberi kesan pada aku. ye, sebab waktu tu aku mengandung dah 8 bulan. Then, pemergiannya mengejutkan. Minggu tu kebetulan cuti sekolah. So, aku balik kedah hari Ahad. Hari isnin. pegi PMC check pregnancy dan nak book doctor. Cadangnya nak deliver di situ. Selesai, terus pergi ke Jerlun, booking bidan untuk mengurut dan bertungku. Balik rumah petang tu, borak dengan mak. Aku tanya sama ada dia perlu pembantu ke tak untuk jaga aku dalam pantang nanti. Kata mak, xperlu. dia boleh jaga sorang.

Esok paginya, hari selasa, dalam pukul 4.30 pagi lebih kurang, mak bangun untuk solat tahajud. Dia ke bilik air. Waktu tu, dia kena serangan strok, then kami call ambulans. Waktu tu mak masih sedar. Bila doc buat CT scan, dah berlaku pendarahan di kepala. Mak dah xsedarkan diri. Mak koma selama 6 hari. Hari ke-6. mak pergi meninggalkan semua, kembali kepada penciptaNya dengan wajah yang cukup tenang, dikelilingi semua anak dan menantu. Tapi, hati aku sedihhhh sangat.

Tak sangka, tahun lepas Ramadhan dan Syawal terakhir kami bersama. Juga tak sangka, kepulangan aku ke kampung untuk menggembirakan mak, bertukar menjadi kisah duka yang tidak terucap. Perginya seorang ibu, bermakna hilang sedikit keberkatan dalam hidup. Tiada lagi doa yang akan mengiringi kita, tiada lagi tempat untuk kita mencurahkan masalah, tiada lagi sambutan dan masakan enak bila balik ke kampung. Sunyi hati ku, Allah sahaja yang tahu. Terasa sebahagian daripada diri juga turut hilang. Terasa sesak dada mengenangkan pemergian bondaku. Tapi, aku tetap redha dan yakin, Allah lebih sayangkan ibuku.

Berpantang tanpa kehadiran seorang ibu, sangat melelahkan. sebak rasa hati. aku tak tahu apa yang boleh, apa yang tak boleh. Tiada lagi orang yang masak makanan untukku berpantang, membakar tungku setiap pagi dan petang, menyediakan air daun untuk mandianku...semuanya terasa kosong, tak bermakna. Cuma, kehadiran permata hati aku yang kedua, wajah comelnya, mengubat kerinduan. Danial Ashraf namanya..

Ya Allah..Semoga roh arwah ibu, dan tak lupa roh arwah ayahku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, dikalangan orang-orang yang Engkau cintai dan redhai.Amin.

Alfatihah....