Sunday, May 22, 2011

Selamat Hari Guru

Lambat update entry kali. Sempena hari guru tahun ni, aku nak wish kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia, SELAMAT HARI GURU... semoga kita semua dapat menjadi guru yang berdedikasi, sabar dan tabah menjalankan tugas. Sambutan hari guru tahun ni di buat kat sekolah aku 16 Mei yang lalu. Cuma aku tak tahu, kenapa pihak atasan tidak membenarkan sambutan ini di lakukan 1 sesi sahaja. apa lah salahnya setahun sekali sambutan dibuat dimana guru2 sesi pagi dan petang dapat meraikan bersama2. pelik aku dengan pihak atas sana yang cuma tahu buat keputusn, tetapi xpernah menjengah ke bawah untuk memahami permasalahan guru. sangat pelik. Guru ada PPD, Jabatan Pelajaran dan Kementerian, tetapi xde yg sudi nak ambik tahu masalah guru bawahan...hmmm.. nasib la kan...

Untuk pelajar aku, terima kasih sebab bagi aku hadiah...hehehe....tahun depan bagi lah lagi... ;-p



Terharu aku. Pelajar buat kek sendiri sebab nak bagi aku.... huhuhu

Peminat tegar drama korea agaknya

No comments: