Thursday, January 28, 2010

Selamat Hari Lahir ke-3 my dear son....

28 Jan. 2010...genap umur anak aku 3 tahun. Apa aku buat untuk celebrate birthday dia? aku beli choc moist cake kat selayang. 1.5kg RM48...ermmm...nampak cam menarik kan. then aku pack jajan/makanan ringan dalam beg kertas. lebih kurang 30 pack semuanya. then hantar ke nursery. aku tinggalkan kamera pada kak yati, suruh dia ambik gambar baihaqi waktu dia potong kek. then aku kena g sekolah. teringin nak celebrate sesama kat sana. tapi tak sempat laaa... diorang potong kek pun dah petang. pagi-pagi memang tak boleh sebab budak-budak tu ada yang belum bangun tido, mandi pun belum. hehehe... pepun aku puas hati dapat buat kenduri kecik camni.

let's the pics do their part...


hb isi buah tangan bebudak tu dalam beg. beg ni DIY je. jimat kos...hehehe



antara makanan yang ada


 



 Happy birthday sayang.... gambar pukul 7.40 pagi. masih lena dibuai mimpi.

kat bawah gambar kat nursery Baihaqi...


kek choc moist 1.5 kg



 

 
 posing sakan

 
 ok, stand by nak potong kek

 
 potong kek

 
Baihaqi & friends

Thursday, January 21, 2010

coming soon

Minggu depan 28 Jan 2010 merupakan birthday Baihaqi yang ke-3. dah besar anak aku rupanya. tapi perangai manja sangat. pening gak aku kengkadang. nampak gaya nak kena cepat dapat adik ler tuuu. dalam masa ni, aku masih dok pikir macam mana nak celebrate birthday dia. nak beli apa sebagai hadiah? errrmmm...buntu gak kepala aku.

aku cadang nak celebrate birthday si kecik ni kat putrajaya. nak tempah kek dari kak pnut. kek ben10. hb lum approve lagi plan aku tu. huhuhu...aku nak tido rumah cik ah 1 malam. esoknya tu g makan-makan atau piknik kat taman sambut birthday boy tu. cik ah leh jadi jurugambar. cam best jek idea aku. tapi tu la, big boss belum bagi green light. jadi kena la tunggu. sabooo....pastu aku plan nanti kek tu nak bawa ke nursery Baihaqi. then beli jajan skit, hantar ke sana. so, bebudak kat situ boleh makan sama-sama. menarik kan idea aku??

Wednesday, January 20, 2010

takde tajuk...idea kering lerr..

semalam sekolah aku baru jer selesai menganjurkan aktiviti merentas desa. legaaa...dah habis 1 aktiviti. kalau boleh aku nak sumer aktiviti ni cepat habis. senang nak tumpu pada p&p plak. lagi yang aku tak tahan, latihan rumah sukan untuk pelajar sesi petang mula jam 8 pagi. sudahnya, aku kena g sekolah awal, dan sampai semula kat rumah hampir 8 malam. dengan tak mandi, badan berpeluh, tempat nak baring pun takde kat sekolah...hmmmm..memang sangat tak selesa. letihhh sangat.


 



 

Gambar kat atas ni ialah semasa sesi penyampaian hadiah untuk pemenang acara merentas desa. korang tengok, berapa ramai umat manusia kat sekolah aku. dengan jumlah cikgu yg cuma 200++, nak control budak yg hampir 3 ribu orang, mana la cikgu tak stress. mak bapak nak bela 4-5 orang anak pun tak larat. inikan pulak cikgu nak kena control beratus budak dalam 1 masa. jadi, fikir-fikirkan lahhh ye wahai parents di luar sana. jangan cepat melatah dan marah2 cikgu bila ada sesuatu masalah. datang sekolah n bincang baik-baik....

hari isnin hari tu, aku kat kelas tingkatan 2. waktu aku sedang tulis nota kat papan putih, aku dengar bunyi kuat sangat. bila aku pusing ke belakang, aku tengok kipas siling jatuh. bilah kipas tu terkena kepala pelajar cina yang duduk kat bawah. ya Allah...nasib baik luka tu tak parah. kalau tak mau mak bapak budak tu saman sekolah. heeee...ngeri aku dengan insiden tu. kalau kipas tu jatuh hempap kepala budak tu lagi la ngeri.. bagi aku kejadian camni perlu diambil berat oleh semua sebab bukan budak yg jer yang berisiko nak kena, cikgu yg ngajar dalam kelas pun sangat berisiko. bayangkan kalau cikgu berdiri bawah kipas tu...ermmm...tak terbayang aku apa akan jadi.

bagi aku la kan, kementerian tak boleh ambik mudah dengan fasiliti sekolah. kalau sekolah tu fasiliti dah lama dan buruk, wajib diorang bagi peruntukan untuk tukar semua tu dengan segera. takkan nak tunggu ada yang jadi mangsa dulu baru nak bertindak. but then, itu la mentaliti pemimpin malaysia pun. dah berak, baru nak korek lubang. menyusahkan orang...

lagi satu, aku tengok kementerian or jps or ppd sendiri pun jarang sangat ambik tau hal ehwal sekolah. paling ketara, diorang ni tak penah monitor apa pengetua sekolah buat. pengetua diberi kuasa veto untuk tadbir sekolah, tapi bukan semua pengetua tu bagus. banyak yang takde pun leadership skill. aku tak tahu apa prosedur kementerian untuk lantik seorang pengetua. takkan cukup dengan hanya lihat dia sebagai guru cemerlang. patut diorang kena adakan ujian khas, kursus kepimpinan dan pelbagai tapisan untuk lantik pengetua.

cam pengetua sekolah aku, aku secara peribadi rasa dia tak layak langsung jadi ketua. leadership zero. pastu old fashioned. contoh, buka persediaan mengajar kalau nak diikutkan boleh disediakan dalam apa jua bentuk yg sesuai dengan teknologi semasa. jadi, aku n beberapa guru guna fail yg mana rancangan mengajar tu kami taip, print dan masukkan dalam fail. tup..tup.. dia tak bagi. dia suruh tulis tangan. alasan: cikgu copy paste. bagi aku itu alasan lapuk dan sempit. tulis tangan pun copy paste gak. apa bezanya? computer cepat, tulis tangan lambat. dah kita ada teknologi, kenapa tak gunakan sepenuhnya teknologi tu untuk kesenangan bersama. aku heran dengan orang macam ni. dengki ker kat kami sebab zaman dia dulu takde kemudahan camni?

yang peliknya lagi, nama pelajar untuk masukkan markah dalam buku persediaan ngajar pun tak boleh tampal. kena tulis tangan. apa faedahnya? kan cuma buang masa. dah ada cara yang cepat, kenapa nak kembali ke zaman yang old fashioned tu? aku memang harap sangat pihak2 yang berkenaan tolong la monitor pengetua spesis camni. ambik la tindakan apa yang patut. kesian la kat cikgu2. sengsara ooo bekerja dengan orang pelik camni. tertekan jiwa raga aku...

Sunday, January 17, 2010

melawat tesco

pagi2 buta dalam pkl 8.30 (ceh, cam awal sangat kan? poyo jer lebey), aku sekeluarga g merewang ke tesco rawang yg baru jer bukak pada 14 jan. lepas. ekceli ni lawatan kedua aku. hb yg teringin sangat nak pegi. aku pegi 1st time hari jumaat lepas, hari ke-2 tesco tu dibuka. apa yang menarik? errrmmm.... biasa jek. reger barang pun tak murah mana. sesetengah barang lebih murah kalau beli kat pasaraya Bintang. pastu, tesco ni pun tak besar sangat. kecik jer. besar lagi tesco xtra kat kepong nu... dalam dok mahal2 pun, kami sempat gak ler nyopping beli beberapa barang. then, aku rembat sepasang baju kebaya warna merah hati+ biru. reger RM100. hb bayar...yuhuuuuu...jimat duit aku. thanks hb.. muah..muah... i lap u...

baju tu reger asal seratus lebih. tapi sempena promosi pembukaan tesco, tokei dia jual murah. kalau nak kira, promosi habis semalam. tapi sebab hari jumaat hari tu aku dah belek2 dah baju tu, then dia kata reger rm100, so aku tetap pegang kata-kata ittew walaupun tempoh promosi dah tamat. jadinya, sales girl tu bagi harga promosi gak...hehehe....






balik dari tesco, kami singgah membekfeskan diri kat kfc rawang. kira cam 'branch' lah ni. ye la, masing2 lum makan pagi. lapo weiii...tunggu apa lagik, isi minyak penuh2 arrr... balik rumah, aku dah skip tak perlu masak t/hari. hahaha...aku suka...aku suka... aku memang paling heppi kalau leh skip masak. malasssss.... nak ngemas tu part yang paling tak best. adehhh... sampai rumah dah dekat pukul 1 ptg. panassss tul cuaca 2 hari ni. terik menyengat. memang la tak sesuwai kalau buat aktiviti luar. elok dok dalam rumah jer. errrmmm...dunia dah sampai ke hujung. macam2 petunjuk Allah bagi kan? cuma antara kita nak sedar ke tak jerrr...

12 jan 2010 hari tu, hb ada interview penting kat KL? interview apa biarlah rahsia. nanti kalau berjaya aku citer. wat masa ni, malas nak komen apa2 pun sebab kalau tak dapat nanti, bukan jer hb, aku pun frust jugak. huhuhu... ni antara cita-cita hb yang dah lama tersimpan. semoga Allah izinkan dan mempermudahkan semua urusan. Aminnnnn.....

entry lepas aku ada mention pasal nak hias makmal komputer sekolah aku. ni la gambar dalam makmal tu... korang ada idea tak cemana nak hias bagi cun lagik?



 

 

 

Monday, January 11, 2010

dah bz..

minggu ni dan minggu lepas aku memang bz gila. weken baru ni pun aku rasa cam tak cuti. ye la, hari sabtu g sekolah. ada macam2 meeting. sampai rumah pun dah 3.30 petang. hmmm.... habis 1 hari. baihaqi plak kurang sihat. sakit perut dan muntah-muntah. risau plak aku sebab apa... cacing ke? then mlm dia dah ok. sebelah siang pun main elokkk je. aku ingat maintain ok ler. tup..tupp..malam semalam dia cakap sakit perut lagi. then dia muntah sekali. heeee...risau aku weiii. pagi ni nak tengok dia macam mana. kalau tak ok gak, kejap g nak bawak g klinik. budak kecik sakit, aku risauuuu ngat.

hari sekolah life aku memang sangat la kelam kabut. aku ngajar petang. pukul 12 dah kena masuk. so, pepagi aku kena masak siap2 sebab sekolah habis pukul 6.40. sampai rumah pun dah dekat pukul 8 malam. kalau tak masak siap2, alamat balik rumah makan kedai. huhuhu.....kopak arrr poket aku. lagi pun, masak pepagi, aku leh bawak bekal g sekolah. jimattttt belanja. tokei kantin sekolah aku sekarang ni orang baru. tapi servis cam hampeh. sebelah petang, makanan dah la sejuk. xde pilihan. order tak ambik. kami makan makanan bebudak, then sejuk + tak sedap + mahal. milo ais pun RM1.60 segelas. tolong lerrr.. aku makan kat kedai luar pun paling mahal RM1.50 jek. memang nak untung cepat. sebab tu hari2 aku bawak bekal. lagi sedap + jimat + bersih....

ni nak masuk dapur dah. jap g budak kecik tu bangun, susah aku nak masak sebab dia merap skit bila bangun. hehehe...tu yang jadi extra kalut tuh.


matahari terbit belakang rumah. cantik kan?

 
bunga hiasan kat dapur...

note: aku diberi tugasan untuk cari konsep bagi menghias makmal komputer sekolah. ada beberapa konsep yang aku tengah pikir. salah satunya "Techno Garden". korang rasa ok ker konsep tu?

Sunday, January 3, 2010

Welcome 2010

Hari ni dah 3 jan. 2010. ini first entry aku untuk tahun ni. apa azam aku? errmmm...sama macam azam tahun baru hijrah hari tu. aku malas nak taip semula. korang selak le entry Dec 2009. 1 Jan. hari tu, aku sekeluarga, chaq & family, dan cousin aku ke putrajaya. bantu cik ah pindah rumah. dulu, dia menyewa kat Precint 11, sekarang dah dapat kuarters kat Precint 8. so, kami tolong dia angkat barang bagai. kuarters tu not bad. design pun cantik. bagi aku, puas hati la untuk orang bujang stay situ. sangat selesa. then, parking berbumbung, bilik pun cantik. pendek kata, kalau aku ialah cik ah, aku memang heppi habis. cik ah ajak sorang lagi kawan dia stay situ. maybe kawan dia pindah masuk situ dalam bulan 2 nanti.







pengantin baru pun ada sama


syoknya main kat rumah baru...

 

 
mak & anak

Untuk masa sekarang, cik ah dok sensorang dulu. leh aku, hb & Baihaqi wat pakej percutian 2 hari 1 malam di putrajaya. hehehehe...... mesti best. ada rumah free untuk stay. boleh pagi2  bawa Baihaqi g jenjalan kat putrajaya. dari rumah aku ke sana 2 jam gak la. itu pun kalau jalan tak jam. klu, tak mau dekat 3 jam baru sampai. kang pegi balik dah dekat 6 jam. jauh tuuuu.... hikss... cik ah dah dok kuarters, leh la kami ni menumpang. lagi plak dia bujang, jadi aku tak risau sangat la. ye la, klu dia dah kawen, segan gak kat spouse dia kan...

Tadi pagi aku ke rumah chaq. saja nak tengok perabot baru diorang. errrmmm...modern konsep. cantik. simple & nice. tapi, rumah masih belum habis kemas. masih banyak lagi barang belum disusun. hiksss...aku faham sebab diorang tu kan dah ada 3 anak kecik. jadi, tak boleh nak fokus 100% mengemas. baru jer pegang barang nak simpan, sorang, sorang anak dok kacau. bila nak siap kan... nak pulak esok sekolah dah buka. kak chaq pun dah mula ngajar, chaq pulak dah keje, lagi kalut la. nak curi masa untuk ngemas.

cousin aku yang datang hari tu pun dah masuk rumah baru gak hari ni. sewa rumah kat SK Sri Kundang tu. ramainyerrrr orang masuk rumah baru dalam masa terdekat ni. even, bang T & wife kat kedah pun baru jer masuk rumah sewa baru kat penang. bang T still ngajar kat kedah, wife dia baru jer dapat tukar ke penang dari sabah. isteri dia lak tengah mengandung anak sulong. so, kena berkorban skit la kan. aku tak leh nak imagine Bang T nak berulang dari penang ke kepala batas, kedah. jauh weiiii...... habis duit untuk minyak & tol, then tambah dengan penat lagik...huhuhu...letih wooo... kalau aku, eeeiiii...tak tahu camana nak buat.

tengahari dari rumah chaq, kami ke bukit sentosa, g makan n beli fail untuk aku wat rancangan mengajar. hahaha....dah seminggu dah aku dapat tugas, hari ni baru nak buat. malas gilaaaa.... dah nak berak baru nak korek lubang. hehehe.... ni pun sempat lagi ngelat untuk update blog. teruk kan aku? malas...malas...malas... penyakit 'M' melanda lagi. :-p