Wednesday, January 20, 2010

takde tajuk...idea kering lerr..

semalam sekolah aku baru jer selesai menganjurkan aktiviti merentas desa. legaaa...dah habis 1 aktiviti. kalau boleh aku nak sumer aktiviti ni cepat habis. senang nak tumpu pada p&p plak. lagi yang aku tak tahan, latihan rumah sukan untuk pelajar sesi petang mula jam 8 pagi. sudahnya, aku kena g sekolah awal, dan sampai semula kat rumah hampir 8 malam. dengan tak mandi, badan berpeluh, tempat nak baring pun takde kat sekolah...hmmmm..memang sangat tak selesa. letihhh sangat.


 



 

Gambar kat atas ni ialah semasa sesi penyampaian hadiah untuk pemenang acara merentas desa. korang tengok, berapa ramai umat manusia kat sekolah aku. dengan jumlah cikgu yg cuma 200++, nak control budak yg hampir 3 ribu orang, mana la cikgu tak stress. mak bapak nak bela 4-5 orang anak pun tak larat. inikan pulak cikgu nak kena control beratus budak dalam 1 masa. jadi, fikir-fikirkan lahhh ye wahai parents di luar sana. jangan cepat melatah dan marah2 cikgu bila ada sesuatu masalah. datang sekolah n bincang baik-baik....

hari isnin hari tu, aku kat kelas tingkatan 2. waktu aku sedang tulis nota kat papan putih, aku dengar bunyi kuat sangat. bila aku pusing ke belakang, aku tengok kipas siling jatuh. bilah kipas tu terkena kepala pelajar cina yang duduk kat bawah. ya Allah...nasib baik luka tu tak parah. kalau tak mau mak bapak budak tu saman sekolah. heeee...ngeri aku dengan insiden tu. kalau kipas tu jatuh hempap kepala budak tu lagi la ngeri.. bagi aku kejadian camni perlu diambil berat oleh semua sebab bukan budak yg jer yang berisiko nak kena, cikgu yg ngajar dalam kelas pun sangat berisiko. bayangkan kalau cikgu berdiri bawah kipas tu...ermmm...tak terbayang aku apa akan jadi.

bagi aku la kan, kementerian tak boleh ambik mudah dengan fasiliti sekolah. kalau sekolah tu fasiliti dah lama dan buruk, wajib diorang bagi peruntukan untuk tukar semua tu dengan segera. takkan nak tunggu ada yang jadi mangsa dulu baru nak bertindak. but then, itu la mentaliti pemimpin malaysia pun. dah berak, baru nak korek lubang. menyusahkan orang...

lagi satu, aku tengok kementerian or jps or ppd sendiri pun jarang sangat ambik tau hal ehwal sekolah. paling ketara, diorang ni tak penah monitor apa pengetua sekolah buat. pengetua diberi kuasa veto untuk tadbir sekolah, tapi bukan semua pengetua tu bagus. banyak yang takde pun leadership skill. aku tak tahu apa prosedur kementerian untuk lantik seorang pengetua. takkan cukup dengan hanya lihat dia sebagai guru cemerlang. patut diorang kena adakan ujian khas, kursus kepimpinan dan pelbagai tapisan untuk lantik pengetua.

cam pengetua sekolah aku, aku secara peribadi rasa dia tak layak langsung jadi ketua. leadership zero. pastu old fashioned. contoh, buka persediaan mengajar kalau nak diikutkan boleh disediakan dalam apa jua bentuk yg sesuai dengan teknologi semasa. jadi, aku n beberapa guru guna fail yg mana rancangan mengajar tu kami taip, print dan masukkan dalam fail. tup..tup.. dia tak bagi. dia suruh tulis tangan. alasan: cikgu copy paste. bagi aku itu alasan lapuk dan sempit. tulis tangan pun copy paste gak. apa bezanya? computer cepat, tulis tangan lambat. dah kita ada teknologi, kenapa tak gunakan sepenuhnya teknologi tu untuk kesenangan bersama. aku heran dengan orang macam ni. dengki ker kat kami sebab zaman dia dulu takde kemudahan camni?

yang peliknya lagi, nama pelajar untuk masukkan markah dalam buku persediaan ngajar pun tak boleh tampal. kena tulis tangan. apa faedahnya? kan cuma buang masa. dah ada cara yang cepat, kenapa nak kembali ke zaman yang old fashioned tu? aku memang harap sangat pihak2 yang berkenaan tolong la monitor pengetua spesis camni. ambik la tindakan apa yang patut. kesian la kat cikgu2. sengsara ooo bekerja dengan orang pelik camni. tertekan jiwa raga aku...

No comments: