Sunday, August 24, 2008

pra-guru sebenar...

pelik kan bunyi tajuk. ekceli aku nak story mory yang aku dah kena mulakan latihan praktikal ngajar hujung julai lepas. ermmmm...1st day tu mmg ngeri...dup dap jer hati ni mula2 melangkah masuk kwsn sekolah. tambah2 plak sekolah menengah. budak sekarang xsama cam budak dulu. diorang dah tak takut n tak heran kat cikgu. time kita sekolah dulu2, lain kan? aku kira bernasib baik gak ler coz aku bukan sorang diri kat sini. ada 3 lagik member lain; salehha, kak nina dan zack. dah rezeki kot kami ber4 tercampak kat SMK Tunku Anum nih. Sekolah ni sekolah sukan negeri. means that, budk2 sini ramai yang minat sukan dari belajar...hehehe..... at least they have sumthing to do even though they are not interested to learn. betul tak? but as a teacher i will do my best to encourage them. aku ngajar subjek ICTL (form 1 & 2) dan math form 1. w/pun aku xde minor, tp sebab syarat praktikal at least kena 8-12 waktu per week, so kena la ngajar subjek lain juga. subjek ICTL cuma 4 waktu jer seminggu. sekolah ni bebudak f1 sampai f3 mmg ramai. f1 jer 6 kelas, f2 6 kelas, f3 aku xsure sgt sbb aku xkena ngajar. 1st time aku mula masuk kelas 10 julai. aduhhh....nervous gak la. tp tak over...huhuhu..... budak2 loyar buruk tak usah cakap..... boys.... sabor je la.... part yg aku mls nak wat dlm dunia ngajar ni....siapkan RPH...uwaaaaaa....malasnya haku... dah la kena tulis tangan. tak boleh taip. RPH dah la panjang berjela.... setakat ni, satu RPH 3 page. mau tercabut tangan gue.... yg penting, aku kena pupuk minat dalam bidang ni. sebab aku dah pilih nak jadi cikgu, so i have to accept everything ttg profesion ni. ikhlaskan diri ngajar. moga2 Allah nilai sumer tu. Aminnnn....


minggu lepas cuti sekolah. aku balik KL. seronoknya.... tapi aku lagi seronok nak tunggu hujung tahun. hehehe...cuti sekolah. tp xde gaji arrr.... miskin haku.... wakakakaka..... lagi satu aku bakal pindah rumah.. bestnya dok rumah sendiri. tak sabar aku nak hias. w/pun cuma rumah teres setingkat, aku tetap heppi. ekceli, bnyk plan yg aku nak buat hujung tahun ni. cam bakery, lama dah aku tak buat... tp, slow2 la kan....


anak aku, syafiq dah makin bijak. mulut makin bnyk bunyi. meniru orang tok sah cakap la... aku rasa dia paling suka kereta. asal nampak keter jer, sibuk mulut nak wat bunyi keter. merajuk n manja. hiiii....risau gak aku pasal manja ni. hb aku plak mcm terlalu manjakan dia. xpernah marah. of course aku risau. kalau dia girl xpe, ni boy. takut besar2 esok terbawa2 perangai manja tu, xtahan susah, n tak boleh berdikari. risauuuuuu bangettt.... apa pun aku bnyk2 berdoa. Moga2 Allah jadikan anak aku anak yg soleh. Part pandai joget pun aku risau gakkk...buatnya dia suka muzik n nyanyi...mintak simpang la... minat Quran takpe...kiranya bnyk menda la aku pikir. ermmmm... ni la sifat ibu kan. bnyk sgt pikir. yg bukan2 jer dok nmpk.... aku tak kata kat org lain. aku kata kat diri aku sendiri.... ekekekeke....


aku malas nak ngarut panjang ni. xde mood sgt nak update blog ni. tp sbb lama sgt xupdate, jd aku tulis gak sikit... lupa nak mention, aku dah dpt sorang lg anak sedara baru... nama dia widad nadrah.. aku suka nama tu. manis.... tp baru umo dia 3 hari, dah kena operate sbb salur makanan dia xbersambung dgn usus. sian dia... kecik2 lagi dah rasa sakit.. aku pasti widad is a strong girl. pasti dia akan membesar jd ank yg baik... luv u widad... all the best to u...

No comments: