Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Friday, December 23, 2011

I am now 3 series

Happy birthday to me!! Happy birthday to me!! Heheh...hari ni birthday aku, dah masuk 3 series pun. Syukur pada Allah kerana masih memberi aku peluang untuk hidup dan mengecapi segala nikmat. 

Juga aku bersyukur kepada Allah atas rezeki yang lama ditunggu-tunggu. I AM PREGNANT!! Merasa la beradik along ni. Baru 6 minggu kalau ikut perkiraan aku. Cuma, aku belum check doctor, aku cuma buat UPT kat rumah jer. Jadinya, buat masa ni, blog aku pun kelam kabut sebab aku alahan dan mabuk2... Semoga Allah beri aku kesabaran untuk aku mengharungi proses kehamilan yang pastinya mencabar ni, sebab muntah2 kan? mana nak kerja lagi, rumah tangga lagi. 3-4hari ni pun tak terdaya nak berdiri untuk memasak. Asyik mual, loya, muntah... 

18 Disember hari tu, aku sambut ulangtahun perkahwinan yang ke-7. Juga aku bersyukur di atas kebahagiaan rumah tangga ini, dikurniakan  seorang cahaya mata, dan seorang suami yang sabar melayan sikap aku. Nak2 tengah pregnen ni. !*hb juga aku dan keluarga buat family day di Sg Klah Hotspring Sungkai. Ceritanya kemudian la ye, xjanji bila dengan keadaan aku yang mabuk darat camni. Nak edit gambar pun xde mood rasanya...

Cukuplah dulu untuk hari ni. Aku pun xsihat sangat. Jumpa lagi!!

Thursday, February 10, 2011

Birthday Baihaqi 4yrs

N3 ni dah lama simpan dalam draft. tak published je. malas sebenarnya nak bukak blogspot nih nak update. hehehe... camni la aku. azam tinggal azam la. kengkonon tahun ni lbh rajin update blog berbanding thn lepas... ngeeeee...

ok, back to our story. 2 minggu lepas, aku wat small party untuk my dearest son sempena birthday dia yg ke  -4. sekejap je masa berjalan... tup..tup  dah 4 tahun anak aku. dah pegi tadika pun. plan asal nak sambut kat taman di putrajaya. ala-ala picnic gittew... malangnya kami juz picnic dlm rumah mak njang baihaqi je sbb hujan tak berterusan dari pagi sampai la ke malam. frust aku!! huhuhu... aku dok berangan wat birthday party kat garden, ada rumput hijau, matahari yang terang, boleh snap bnyk gambar2 menarik.... Kuasa Tuhan mengatasi segalanya. kita hanya mampu merancang. yang attend ni ialah pak long n mak long  baihaqi sekeluarga, mak tok dan paksu, mak njang selaku tuan rumah. menu boleh tahan banyak gak: nasi ayam, bihun goreng, sandwich, sosej goreng, cookies, buah2an, kek birthday... meh kita layan gambar yek ;-p




Tengok la gelagat birthday boy ni...



wartawan fb...hehehe

3 sahabat karib merangkap sepupu

Masing-masing ceria

Tuan rumah merangkap wartawan fb jugak

kek yang tinggal sikit. nyummy!!! sedap wooo kek ni

cookies yg aku tempah. cantik kan? sedap plak tu

pak su tengah melantaks!!

peace!! pak su kat belakang tengah membuta. hahaha..aku ada snap gambar


Luar rumah yang basah dek hujan yg xnak berenti...



kelakar!! tp terhibur aku

Friday, December 24, 2010

Heppi Birthday to me!!

 Semalam aku baru je celebrate birthday aku yg ke-29... kejap je masa berlalu. tup tap tup tap, tahun depan, aku akan masuk ke era 3 series. takutnyaaaa... ye la bila dah masuk ke zon ni, amal ibadat kena lebih digandakan. kalau boleh setiap maghrib solat jemaah dgn hb n anak... baca quran atau wat tadarus sesama lepas maghrib.hb bagi tazkirah untuk aku, anak dan diri dia sendiri.  agaknya dapat tercapai ke tak? ntah...tp aku sentiasa berdoa ianya akan tercapai. sebab perasaan tu aku pernah lalui di waktu aku sekolah rendah. arwah ayah yang mendidik kami begitu. perasaan tu hanya orang yang pernah lalui akan tahu betapa seronoknya... tak percaya, cuba lah!!. tak rugi pun. pahala lagi dapat berganda-ganda.

bagi kaum suami pulak, kalau rasa diri kekurangan ilmu, nak imamkan solat pun tak pandai, baca al-quran tak lancar, tajwid lintang pukang, tolong lah pergi belajar!!. jgn malu tak bertempat. sebab yang paling ditakuti, anak2 kita bakal mewarisi kejahilan kita. terutama anak lelaki sebab mereka menjadikan bapa tu sebagai ikutan atau contoh teladan. jadi, tolonglah perbaiki. kalau yang tak pernah solat jemaah sesama, suami tolong lengkapkan diri. belajar macam mana nak jadi imam, hafal semua wirid dan doa, belajar kendalikan majlis tahlil supaya kalau ke kubur kalau takde org lain, hanya kita sorang je lelaki time tu, takkan nak suruh isteri pulak kendalikan? fikir-fikirkan lah... sampai bila nak hidup dalam kejahilan. takkan nak mewarisi kejahilan akibat kegagalan bapa kita dulu. kena perbaiki supaya generasi kita akan jadi lebih baik dari yang sebelumnya.

aku rasa kebanyakan isteri impiannya begitu. cuma sayang, tak ramai suami yang ambik berat, malah ramai yang memandang perkara ini sebagai tidak penting. kalau niat kita sebelum kahwin dulu nak solat jemaah sesama selepas kahwin, berjanji untuk belajar agama supaya hidup lebih baik, tetapi bila dah kahwin sepatutnya suami patut teruskan niatnya tu... kenapa nak dilupakan?? hidup di dunia ni tak lama. jangan sampai esok bila kita dah tak ada, anak2 baca al-quran pun tidak untuk hadiahkan pada kita. kalau anak2 tak tolong, sape lagi yg kita harapkan untuk tolong kita? tak takut ke wahai suami?? takut besok anak2 hadiahkan dengan melalak atas pentas, menyanyi...na'uzubilah!!

kalau suami tu xde rupa, harta masih lagi boleh isteri terima. tapi kalau jahil ilmu agama, nak didik anak isteri pun tak pandai, apa lagi yang tinggal pada suami untuk dihormati selayaknya sebagai suami dan bapa? harta xde, rupa xde, jahil agama... jadi?? fikir2 kan lah wahai insan yang bergelar suami.. sampai bila nak hidup dalam kejahilan?? tak takut ke di akhirat di soal oleh Allah Ta'ala. 

Lagi, jgn nak pertikaikan isteri tak jalankan tangunggjawab sebagai isteri dengan sempurna kalau suami sendiri pun xupaya nak jalankan t/jwb dgn sempurna. suami nak rumah kemas, cantik, masak sedap2... kalau isteri tak buat dengan baik, tarik muka 14 kat isteri. tapi suami tu pulak macam mana? duit perbelanjaan isteri tolong 50-50, ilmu agama tak mampu nak beri, habis apa yg suami tadi ada? ambik lah perkara ni secara serius. jgn sambil lewa saja.... 

panjang n3 aku ni... dah lama niat nak tulis, cuma xberkesempatan.... layan gambar ni ye...

Kek birthday pemberian hb... thanks abang..

Potong kek dengan hero aku

Hb ada surprise....luv u abang!!

2 orang hero. Ayah & Along: moga jadi suami & anak yang soleh..

Ada budak rasmi makan kek atas kerusi baru...

Tuesday, February 23, 2010

Gambar birthday Chaq

Ok... as promised. here are the picsss.... layanzzzz

 
kek sedapppp...

  

  
 potong kek...dah meningkat umoo weiii

  
 chaq & wardah

  
 chaq & Baihaqi. tumpang sibuk gak budak ni..hehehe

  
 chaq & Fakhri.. anak ke-2

  

  
 chaq & widad, anak ke-3

  
bersama his beloved wife...

  
uiksss... tangan & jari sape yang comei tu. leh jadi model untuk losyen tangan...hahaha

Friday, February 19, 2010

Heppi belated birthday chaq

Malam semalam aku g rumah chaq coz diorang adakan makan2 sempena birthday chaq yg ke-38. sekejapppp jer masa berlalu kan? pejam celik pejam celik dah hampir 40thn dah umo chaq. aku pun dah hampir 30 thn. dah tua weeiiii... aku baru ada sorang anak, chaq dah 3... hhhooooo...jauh lagi nak kejar tu..

chaq beli makanan kat pasar malam sg. buaya nih. ada murtabak, pizza, karipap, keropok lekor, mee sup & bihun sup. kak chaq pulak beli kek secret recipe, tiramisu... errrmmm...cedap..cedap... hahaha..bila leh makan orang belanja, aku gerenti tak tolak nyer. bak kata orang 'rezeki jangan ditolak'... i likee!!! i like!! 

untuk chaq, "selamat hari lahir. moga murah rezeki dan panjang umur." lagi pesanan aku: "wat la makan-makan selalu. takpe. aiman tak kisah pun" kak chaq lak suka menapau bagi kami bawak balik.. hehehehe.... syabas inspektor sahab!! buat lagi tau. ni kalau kak chaq baca ni, mau pengsan dengan adik ipar dia yang "terlalu" senonoh nih. ahahaha

nanti aku letak gambar ek. malas la nak transfer gambar masuk pc. nak resize lagi. aku ni memang sentiasa camni.  malassss jer.. tu yg hb ai asik bebel tu. hiksss.. gambar pun tak banyak mana. cukup la sebagai kenangan chaq & family.

cukup la dulu bersiaran kali ni. esok mere betei kena p sekolah. againnnn?? errrmmmm