Friday, December 24, 2010

Heppi Birthday to me!!

 Semalam aku baru je celebrate birthday aku yg ke-29... kejap je masa berlalu. tup tap tup tap, tahun depan, aku akan masuk ke era 3 series. takutnyaaaa... ye la bila dah masuk ke zon ni, amal ibadat kena lebih digandakan. kalau boleh setiap maghrib solat jemaah dgn hb n anak... baca quran atau wat tadarus sesama lepas maghrib.hb bagi tazkirah untuk aku, anak dan diri dia sendiri.  agaknya dapat tercapai ke tak? ntah...tp aku sentiasa berdoa ianya akan tercapai. sebab perasaan tu aku pernah lalui di waktu aku sekolah rendah. arwah ayah yang mendidik kami begitu. perasaan tu hanya orang yang pernah lalui akan tahu betapa seronoknya... tak percaya, cuba lah!!. tak rugi pun. pahala lagi dapat berganda-ganda.

bagi kaum suami pulak, kalau rasa diri kekurangan ilmu, nak imamkan solat pun tak pandai, baca al-quran tak lancar, tajwid lintang pukang, tolong lah pergi belajar!!. jgn malu tak bertempat. sebab yang paling ditakuti, anak2 kita bakal mewarisi kejahilan kita. terutama anak lelaki sebab mereka menjadikan bapa tu sebagai ikutan atau contoh teladan. jadi, tolonglah perbaiki. kalau yang tak pernah solat jemaah sesama, suami tolong lengkapkan diri. belajar macam mana nak jadi imam, hafal semua wirid dan doa, belajar kendalikan majlis tahlil supaya kalau ke kubur kalau takde org lain, hanya kita sorang je lelaki time tu, takkan nak suruh isteri pulak kendalikan? fikir-fikirkan lah... sampai bila nak hidup dalam kejahilan. takkan nak mewarisi kejahilan akibat kegagalan bapa kita dulu. kena perbaiki supaya generasi kita akan jadi lebih baik dari yang sebelumnya.

aku rasa kebanyakan isteri impiannya begitu. cuma sayang, tak ramai suami yang ambik berat, malah ramai yang memandang perkara ini sebagai tidak penting. kalau niat kita sebelum kahwin dulu nak solat jemaah sesama selepas kahwin, berjanji untuk belajar agama supaya hidup lebih baik, tetapi bila dah kahwin sepatutnya suami patut teruskan niatnya tu... kenapa nak dilupakan?? hidup di dunia ni tak lama. jangan sampai esok bila kita dah tak ada, anak2 baca al-quran pun tidak untuk hadiahkan pada kita. kalau anak2 tak tolong, sape lagi yg kita harapkan untuk tolong kita? tak takut ke wahai suami?? takut besok anak2 hadiahkan dengan melalak atas pentas, menyanyi...na'uzubilah!!

kalau suami tu xde rupa, harta masih lagi boleh isteri terima. tapi kalau jahil ilmu agama, nak didik anak isteri pun tak pandai, apa lagi yang tinggal pada suami untuk dihormati selayaknya sebagai suami dan bapa? harta xde, rupa xde, jahil agama... jadi?? fikir2 kan lah wahai insan yang bergelar suami.. sampai bila nak hidup dalam kejahilan?? tak takut ke di akhirat di soal oleh Allah Ta'ala. 

Lagi, jgn nak pertikaikan isteri tak jalankan tangunggjawab sebagai isteri dengan sempurna kalau suami sendiri pun xupaya nak jalankan t/jwb dgn sempurna. suami nak rumah kemas, cantik, masak sedap2... kalau isteri tak buat dengan baik, tarik muka 14 kat isteri. tapi suami tu pulak macam mana? duit perbelanjaan isteri tolong 50-50, ilmu agama tak mampu nak beri, habis apa yg suami tadi ada? ambik lah perkara ni secara serius. jgn sambil lewa saja.... 

panjang n3 aku ni... dah lama niat nak tulis, cuma xberkesempatan.... layan gambar ni ye...

Kek birthday pemberian hb... thanks abang..

Potong kek dengan hero aku

Hb ada surprise....luv u abang!!

2 orang hero. Ayah & Along: moga jadi suami & anak yang soleh..

Ada budak rasmi makan kek atas kerusi baru...

No comments: