Tuesday, July 24, 2007

syafiq demam pulak

hmmmm....baru jer lega selsema dan batuk. dah demam plak si syafiq ni. hari sabtu malam tu, bila rasa badan dia, panasnya. sukat suhu, dah naik 38 darjah lebih. ikut nasihat doktor, saya terus bukak baju dia dan lapkan badan dia dengan air suam. menangis-nangis syafiq malam tu. sian mama tengok. pastu, dah lap badan, rasa cam turun sikit suhu tu. syafiq pun boleh lena kejap. dalam 2 jam, suhu badan dia panas semula. dekat 39 darjah. kelam kabut gak saya. risau la bila baby demam. saya lap badan dia lagi. menangis2 syafiq, ye la mesti rasa tak selesa kan. pagi2 esok terus siap and bawa syafiq g klinik. doc sukat suhu dan kata tinggi suhu badan dia, 38.7 darjah celcius. doc bagi ubat, dia pesan kat saya suruh bukak baju syafiq dan lap dengan air suam. balik rumah, terus bagi syafiq makan ubat dan antibiotik. saya lap badan dia mcm yg disarankan oleh doc. tp, suhu tak turun 2 gak. cakap dengan hb, "tak leh jadi camni. kita ikut cara mak jer. cara org tua2 dulu". hb pun setuju jer. so, saya ambik daun lidah buaya, daun rambutan, campur sikit air dan ramas. syafiq saya bagi pakai baju, dan selimut tebal2. then, saya sapu air tadi tu kat kepala dia. lepas tu, baru nampak dia boleh lena dan tak nangis lagi. bila kering jer air kat kepala dia, saya terus sapu lagi. sampai suhu badan dia dah betul2 turun. bila bukak selimut, badan dia berpeluh. orang tua kata, dah kebah. legaaa skit..

Wednesday, July 18, 2007

belajar bakery



Ini first time dlm hidup, saya pegi belajar bakery. Ambik kelas cupcake pada 15/7/07 kat kajang. saja nak tambah ilmu dalam bidang masak memasak. kelas mula pukul 2 sampai 6 petang. Dalam kelas, diorang ajar kaedah basic nak buat butter cup cake dan juga decorate cup cake guna white frosting, butter icing dan flow ising. first time juga pegang nozzle utk buat decoration. hahaha...menggigil jer tangan nak wat decoration tu. susah bila tak biasa. tapi kata orang, 'practice makes perfect' kan...so, kena selalu try kat rumah. Gambar ni saya buat waktu kat kelas. Cantik tak? Nampak sangat tangan tu keras. Tak reti! Comot sana sini. Oleh kerana ini hasil pertama, saya snap gambar, bangga jugak. Buruk2 pun, sayang gak nak makan (tapi...tak la teruk sangat kan? heeeee...perasan..). Bila balik, tunjuk kat hubby. Dia takde la puji. Tapi boleh nampak yang dia lebih xcited pulak dari saya. Maknanya, hasil kerja tangan saya ni attractive juga kot. Kalau tak mesti dia tak interested. Penat juga buat kerja ni walaupun cuma beberapa jam. Memasak memang best, tapi part yang tak best tu bila kena mengemas dan membasuh. Part ni memang memenatkan. Kalau la saya boleh masak jer, tak perlu ngemas, kan best! Ngeeee....pemalas...


Friday, July 13, 2007

Hobi baru..

Tiap-tiap bulan saya ada hobi baru. nak tau apa dia? hehehe....shopping baju baby. last gaji jer, saya spend almost RM200 utk baju dan barang baby. bukan apa, ada sale clearance stock. so, beli la banyak. jumlah baju yang saya beli bulan ni jer 7 pasang. susah nya nak control. geram...sumer baju-baju tu cumil-cumil sampai rambang mata. dulu2 waktu lum ada baby, takde plak sibuk-sibuk nak beli ke atau nak jenguk2 kat baby department. tapi bila dah ada anak ni, asal pegi shopping complex, mesti beli sumthing for my baby. huhuhu....kopak poket cam ni.....

minggu ni rasa rileks sikit kat tempat kejer sebab bos cuti. boleh la siapkan kejer-kejer tertangguh yang tak boleh buat masa dia ada. pagi tadi sebelum hantar syafiq kat nursery, sempat snap gambar dia. dah 5 bulan lebih dah umor dia hari ni. berat pun dah 7kg. kussss semangat. berat syafiq memang maintain naik 1kg tiap bulan. syafiq kuat minum susu. ikut perangai ayah nya la kot. dah berapa hari ni, syafiq selsema dan batuk. biasa la, bila dok kat nurseri cam tu la. sorang batuk ker demam, mesti akan berjangkit kat orang lain gak. semalam saya dan hb bawa syafiq ke klinik kali ke-2. doc. cakap dia banyak kahak. bila bernafas, ada bunyi. risau jugak. so, doc bagi ubat serbuk, bancuh dengan air masak bagi syafiq minum. kata doc, kalau dalam masa 2 hari tak ok, hari ahad kena bawa ke klinik semula. risau...."mama harap syafiq ok yer..."

Monday, July 9, 2007

sukaneka...


hari sabtu lepas- 7/7/07, nursery anak saya organised sukaneka. oleh kerana anak saya masih kecil, mak bapak dia yang kena masuk game. tp, sukannya simple jer. nama permainan tu kasih ibu dan kasih ayah. untuk game kasih ibu, saya kena pakaikan baju pada syafiq, manakala si ayah pegang s syafiq. saya kalah laaa...sebab waktu pakaikan baju tu, kena bawa bola ping pong dalam sudu. bola tak boleh jatuh. susah...tak perasan pulak dapat no. berapa.

game kedua kasih ayah. ayah kena hiaskan anak tu bagi nampak cun. pun tak menang gak dlm acara ni. maklum la, saya and hubby tak prepare sangat. anak lelaki plak tu. tak leh nak hias lelebih. so, just pakaikan syafiq dengan costum penguin. baju tu saya beli bulan lepas. tapi besar ya amat. mungkin bila syafiq dah setahun baru leh pakai. hahaha.... sian syafiq... mesti dia penat waktu sukaneka tu.



pagi, sebelum acara sukaneka tu, parents diminta utk bawa makanan. ye la, sorang bawa sikit, jadi banyak jugak. malam tu, saya dok pikir, "ermmmm...nak masak apa yang mudah?" pikir punya pikir, at last saya plan nak buat 'burger malaysia'. saya bangun pkl 4.30 pagi menguli 1 kg tepung. semangat berkobar-kobar. hehehe.... "aduhhhh...lenguh tangun....". maklum la, tak reti nak uli banyak-banyak ni. dah siap uli, saya biar doh tu dalam 1/2 jam supaya dia jadik 2x lebih besar dari saiz asal. pastu saya kejut asben bangun, n suruh dia terap doh tu. dapat dalam 50 biji burger. saya plak buat sambal tumis ikan bilis untuk letak dalam burger tu. dah siap terap, saya goreng burger tu, potong burger tu kat tengah. lastly, letak sambal tumis ikan bilis. timun xde sebab tak plan pun. first itme uli tepung 1 kg, nasib baik jadi elok dan gebu jer. dah tu, guna yis basah, seumor hidup tak penah guna. tapi sebab yis tu jer yang ada, guna je la. puas hati dapat sediakan makanan dengan tangan sendiri kan?

Tuesday, July 3, 2007

Selamat datang....

Hai semua...selamat datang ke blog saya. Banyak benda yang kita bole ceritakan kat sini kan? Macam-macam tujuan blog diadakan. Luahan perasaan, sebagai diari kehidupan kita, berkongsi ilmu dan pengalaman dan sebagainya. Saya plak nak cari kenalan, release kan kepala yang kadang2 berserabut ni, etc... Nak kata saya ni pandai ngarang, memang la hampes sesangat. Bab ngarang-ngarang lemah. Tak pandai n tak kreatif langsung. Saja suka2 nak create blog ni. Harap-harap saya tak hangat2 tahi ayam la. Kejap ada, kejap tak ada. "I'll try my best! Cannot promise maaaa..".

Yang jadi malas tu bukan apa, server down or lembap, terus fed-up nak tunggu. Ye la, kejar masa kan.