Monday, July 9, 2007

sukaneka...


hari sabtu lepas- 7/7/07, nursery anak saya organised sukaneka. oleh kerana anak saya masih kecil, mak bapak dia yang kena masuk game. tp, sukannya simple jer. nama permainan tu kasih ibu dan kasih ayah. untuk game kasih ibu, saya kena pakaikan baju pada syafiq, manakala si ayah pegang s syafiq. saya kalah laaa...sebab waktu pakaikan baju tu, kena bawa bola ping pong dalam sudu. bola tak boleh jatuh. susah...tak perasan pulak dapat no. berapa.

game kedua kasih ayah. ayah kena hiaskan anak tu bagi nampak cun. pun tak menang gak dlm acara ni. maklum la, saya and hubby tak prepare sangat. anak lelaki plak tu. tak leh nak hias lelebih. so, just pakaikan syafiq dengan costum penguin. baju tu saya beli bulan lepas. tapi besar ya amat. mungkin bila syafiq dah setahun baru leh pakai. hahaha.... sian syafiq... mesti dia penat waktu sukaneka tu.



pagi, sebelum acara sukaneka tu, parents diminta utk bawa makanan. ye la, sorang bawa sikit, jadi banyak jugak. malam tu, saya dok pikir, "ermmmm...nak masak apa yang mudah?" pikir punya pikir, at last saya plan nak buat 'burger malaysia'. saya bangun pkl 4.30 pagi menguli 1 kg tepung. semangat berkobar-kobar. hehehe.... "aduhhhh...lenguh tangun....". maklum la, tak reti nak uli banyak-banyak ni. dah siap uli, saya biar doh tu dalam 1/2 jam supaya dia jadik 2x lebih besar dari saiz asal. pastu saya kejut asben bangun, n suruh dia terap doh tu. dapat dalam 50 biji burger. saya plak buat sambal tumis ikan bilis untuk letak dalam burger tu. dah siap terap, saya goreng burger tu, potong burger tu kat tengah. lastly, letak sambal tumis ikan bilis. timun xde sebab tak plan pun. first itme uli tepung 1 kg, nasib baik jadi elok dan gebu jer. dah tu, guna yis basah, seumor hidup tak penah guna. tapi sebab yis tu jer yang ada, guna je la. puas hati dapat sediakan makanan dengan tangan sendiri kan?

No comments: