Wednesday, July 18, 2007

belajar bakery



Ini first time dlm hidup, saya pegi belajar bakery. Ambik kelas cupcake pada 15/7/07 kat kajang. saja nak tambah ilmu dalam bidang masak memasak. kelas mula pukul 2 sampai 6 petang. Dalam kelas, diorang ajar kaedah basic nak buat butter cup cake dan juga decorate cup cake guna white frosting, butter icing dan flow ising. first time juga pegang nozzle utk buat decoration. hahaha...menggigil jer tangan nak wat decoration tu. susah bila tak biasa. tapi kata orang, 'practice makes perfect' kan...so, kena selalu try kat rumah. Gambar ni saya buat waktu kat kelas. Cantik tak? Nampak sangat tangan tu keras. Tak reti! Comot sana sini. Oleh kerana ini hasil pertama, saya snap gambar, bangga jugak. Buruk2 pun, sayang gak nak makan (tapi...tak la teruk sangat kan? heeeee...perasan..). Bila balik, tunjuk kat hubby. Dia takde la puji. Tapi boleh nampak yang dia lebih xcited pulak dari saya. Maknanya, hasil kerja tangan saya ni attractive juga kot. Kalau tak mesti dia tak interested. Penat juga buat kerja ni walaupun cuma beberapa jam. Memasak memang best, tapi part yang tak best tu bila kena mengemas dan membasuh. Part ni memang memenatkan. Kalau la saya boleh masak jer, tak perlu ngemas, kan best! Ngeeee....pemalas...


No comments: