Happy birthday to me!! Happy birthday to me!! Heheh...hari ni birthday aku, dah masuk 3 series pun. Syukur pada Allah kerana masih memberi aku peluang untuk hidup dan mengecapi segala nikmat.
Juga aku bersyukur kepada Allah atas rezeki yang lama ditunggu-tunggu. I AM PREGNANT!! Merasa la beradik along ni. Baru 6 minggu kalau ikut perkiraan aku. Cuma, aku belum check doctor, aku cuma buat UPT kat rumah jer. Jadinya, buat masa ni, blog aku pun kelam kabut sebab aku alahan dan mabuk2... Semoga Allah beri aku kesabaran untuk aku mengharungi proses kehamilan yang pastinya mencabar ni, sebab muntah2 kan? mana nak kerja lagi, rumah tangga lagi. 3-4hari ni pun tak terdaya nak berdiri untuk memasak. Asyik mual, loya, muntah...
18 Disember hari tu, aku sambut ulangtahun perkahwinan yang ke-7. Juga aku bersyukur di atas kebahagiaan rumah tangga ini, dikurniakan seorang cahaya mata, dan seorang suami yang sabar melayan sikap aku. Nak2 tengah pregnen ni. !*hb juga aku dan keluarga buat family day di Sg Klah Hotspring Sungkai. Ceritanya kemudian la ye, xjanji bila dengan keadaan aku yang mabuk darat camni. Nak edit gambar pun xde mood rasanya...
Cukuplah dulu untuk hari ni. Aku pun xsihat sangat. Jumpa lagi!!
No comments:
Post a Comment