Friday, December 9, 2011

Air Asia 10 Awesome years


Wahhh.... dah lama tak update blog. Tetiba je dek kerana melampau teruja dengan sales AA, jdnya hr ni aku wat keputusan utk update blog. Promo ni sangat2 la berbaloi. Thanks to Pak Tony, sebab buat promo gila2 camni. next time sila buat lagi...hehehe. I love AA!!!! Teruskan usaha murnimu pak tony. Aku support sentiasa. Yang geramnya, pasal MAHB je naikkan tax airport. hampeh!! Dulu 25, sekarang dah jadi RM32. Kalau tak, jimat lagi RM21. huh!!

Malam waktu dia wat promo aku blh tdo dengan lenanya. Huuuhuhuhu...jdnya walau aku tido bermimpikan Ho Chi Minh, pastinya bila dah bangun pagi, tix seposen dah habis. uwaaaaa... yang tinggal pun cuma RM30/way. masih jauhhh murah lagi dari biasa. cuma aku tak berani nak ambik sebab takut pegnen. Kang melayang duit aku. Kalau termasuk tax pun utk 3 org, masih berbaloi2. tak sampai RM700 pun pegi balik.

Oleh sebab aku ni cikgi, walau ada banyak promo, pilihan aku sangaaaaaat lah terhad. sobb...sob...sob...So, untuk promo kali ni, jeng...jeng..aku cuma berupaya merembat tix seposen ke Medan 3 org. Yeay!!!! jimat tu beb. Buatnya btl aku confirm pegnen, hah... blh ke aku terbang jugak kalau dah 30 minggu yek? Tu dia, gila punya teruja nak berjln.

Credit to En. Google
 Pastu, sbb suka berjln ni jugak, aku teringin nak tukar keje. Boleh lagu tu?? huuuu... bukan apa, setiap kali promo, aku mesti berputih mata. Tarikh tak sesuwaiii, occay!!Aku nak masuk opis. Keje aku ni sekarang ok, cuma aku sangat xsuka cuti aku di atur org. Aku prefer untuk atur cuti sendiri. Lebih senang kan kalau kita merancang nak ke mana2. Nak cuti dalam Mesia pun, time cuti sekolah, segala2nya mahalllll sangat. Hotel jangan cakaplah, dah jd super peak. Dah tu, org punya la ramai. Bosan weiiii!! Aku komen ni, bukan aku xbersyukur ye. Syukur dengan rezeki yang Allah bagi ni. Tapi, aku rasa mungkin kita kena cari pekerjaan yang sesuai dengan jiwa kita kan? kan? Tak salah.. tapi aku rasa cam susah je (^_^')

Lain lah klu hb aku jutawan ke, bisnesman berjaya ke, xkisahlah sebab xyah nak beli tix promo nih. nak pegi minggu depan, minggu ni mampu lagi nak beli tiket. Nak travel bila2 pun xkisah. Ni, dah dua2 pun makan gaji sajork, memang kami cuma harap tix promo murah2 camni la nk g jenjalan. Kalau tak, memang tak merasa larr... ($__$)

So, plan utk tahun depan, bln 5 ke KK, ni pun rembat tix seposen gak. Bln 7, ke Medan. Harap2 semuanya dapat berjalan seperti yang dirancang.

Opss.. lupa, minggu depan nak wat family day kat Sg klah Hot Spring, Sungkai Perak. Dah sewa homestay pun. hehehe...xsabar nak kumpul ramai2 dan wat BBQ malam2. Yang xbestnya, aku blh gerenti nanti tempat mandi tu akan crowded gila. Maklum, super peak kan?? Sabor je laaa

No comments: