Sunday, April 5, 2009

Konvo dan hari sukan sekolah

Hari ni aku tinggal sorang kat rumah. HB outstation ke Sarawak, dia bertolak ke airport pukul 3.30 pagi tadi. Flight pukul 7.10 pagi. Dari rumah, dia singgah FRIM untuk ambik Rosdi, ofismate dia. Then, baru bertolak ke airport. Yang pasti aku rasa sunyi sangat kalau hb takde kat rumah. Perasaan yang sama aku rasakan kalau si Baihaqi takde. Ohhh.... aku memang tak tahan dengan kesunyian. Bagi aku, sepi tu boleh membunuh jiwa aku. Aku benci perasaan tu. Jadi, aku cuba sibukkan diri sedari pagi untuk buat kejer2 rumah dan melayan si kecik. Bila dia tidur, aku ambik kesempatan untuk update blog nih. Hb pulak, hari Selasa baru dia akan balik ke sini, flight pukul 9 malam. Lambat sungguh masa berlalu.

Konvo DPLI



Last week, hari Jumaat, aku n family bertolak balik ke Kedah. Aku ambik cuti sehari. Konvo tu keesokan harinya, 28 Mac 2009. Kalau ikut hati cam malas jer nak pegi. Tapi, bila fikir2 balik, ini masanya aku nak jumpa semua member, so aku pegi gak la. Sampai Kedah, sempat singgah Jitra beli baju. Aku beli sepasang baju batik hadiah untuk hb, dan sepasang lagi untuk diri aku. Untuk Baihaqi, aku akan beli bila balik kl nanti. Kesuntukan masa, tak sempat dah. Then kami singgah makan malam kat Tanah Merah, pastu terus menuju ke rumah. Nasib baik gaji dah dapat waktu konvo ni, kalau tidak memang gerenti aku tak pegi. kos tinggi wooo bila balik kg ni. Aku malas nak citer pepanjang pasal konvo ni. So, aku akan upload gambar je nanti. Gambar ada dalam camera. Belum sempat transfer. Hb bawa camera ke Sarawak. Kena tunggu dia balik baru aku upload.

Hari sukan sekolah

Semalam, dah berlangsung sukan tahunan sekolah aku. Hari sabtu, 4/4/09. Dari 7.30 pagi sampai pkl 2.00 ptg baru setel semuanya. Persiapan untuk sukan ni memang meletihkan. aku in-charge kawad kaki KRS. Penat sangat sebab terpaksa cari bebudak kat sana sini macam orang gila untuk paksa diorang masuk kawad. Dahtu, kalau takde uniform, nak kena mintak kat bebudak yang ada, pinjam la tu... Komen aku, bebudak sekarang ni memang manja habis. Semua cikgu kena buat. Dari a-z. Zaman aku sekolah dulu, kalau takde unifrom, kita usaha sendiri untuk pinjam dari kengkawan atau sesapa saja yang kita tau memang ada uniform. Tapi, bebudak sekarang semua harap cikgu buat untuk mereka. Hatta nak siapkan sepanduk, hias khemah, cikgu yang terpaksa buat semua. Letihhh gilaaa.... Bagi aku, guru2 zaman dulu sangat beruntung sebab bebudak zaman tu sangat berdikari dan hormatkan guru. Berbeza zaman sekarang ni......apa nak buat kan... dah jadi profesion aku pun...kena sabar dan terima dengan redha...

Gambar hari sukan aku akan upload sekali dengan gambar konvo nanti.

P/s: Semoga pilihanraya 7 April nanti akan memihak kepada pakatan rakyat. Semoga Allah memberi izin kepada kita untuk menang. Aku nyampah tengok ayam katik, merangkap ahkak pink, rambut kejung tu, kemetot tu jadi 1st lady. Macam pontianak sundal malam... perompak harta negara.... akhirnya misi dia untuk jadi 1st lady tercapai gak....benci!!! benci!!! benci!!!!

No comments: