Malam ni sunyi jer aku rasa.. Baihaqi tido, walhal jam baru jer menunjukkan angka 10 malam. Aku memang tak boleh pandang dia lama-lama time dia lena. Hati aku sebak, pedih, pilu.... bukan apa. Aku terkenangkan apa perasaan dia setiap hari. Ditinggalkan hampir 12 jam dengan pengasuh. Entah macam mana makannya, waktu tidurnya, mandi, pergaulan... semuanya.... menyedihkan aku. Aku kengkadang didera rasa bersalah kerana tidak berupaya menunaikan tanggungjawab aku sepenuhnya. Membesarkan anak dengan tangan sendiri. Balik dari nursery dah petang. Malam, awal malam lagi dia dah tidur. Dalam tempoh yang singkat tu, dia cuba menarik perhatian aku. Nak bermanja... Sebagai insan biasa, aku terleka... terbit juga sedikit rasa marah kerana aku kepenatan kerana seharian bertungkus-lumus mencurah keringat di sekolah. Mendidik anak orang lain, bukan anak sendiri. Sedangkan, sepatutnya pada saat dia sedang membesar, aku harus beri tumpuan yang tidak berbelah bagi kepadanya. Tapi, aku memang tak terdaya. Kudrat aku tak mengizinkan.
Adik.... mama sayangggg sangat kat adik.... sayanggggg sangat. Tak tahu macam mana nak luah. Tak terucap rasanya. Adik...kalau lah mama mampu, mama pun tak ingin bekerja. Mama lebih suka jadi suri rumah. Membesarkan adik sendiri... sebab mama pasti, satu saat satu ketika.. bila adik dah besar, adik akan ada kehidupan sendiri...waktu tu adik tentu pilih jalan hidup sendiri... tinggalkan mama dan ayah sendiri. Jadi, waktu kita bersama ni sangat singkat... mama yang tak gunakan waktu ni dengan sebaiknya.
Entah kenapa, malam ni aku rasa emosional sangat. Mungkin sebab tadi aku baru jer marahkan Baihaqi. Aku buat-buat tak endah bila dia nangis. Konon nak mengajar. At last, bila aku pujuk, adik terus jer diam. Then, terus nak tidur. Letih menangis agaknya. Bila aku terfikir sendiri, aku jadi risau. Takut terlalu memanjakan anak, tak sampai hati nak marah. Sebab masa kami bersama setiap hari memang terlalu singkat. Oleh itu, aku cuba sedaya upaya untuk elak dari marah Baihaqi.
Ya Allah, Kau berikan aku kekuatan dan ketabahan mengharungi setiap ujian, dugaan dan perjalanan hidup yang telah Kau tetapkan untukku. Jadikanlah anakku anak yang soleh dan terpelihara imannya. Kau permudahkan perjalanan hidup anakku dunia dan akhirat. Aminnnn.......
Nasib ada blog ni. Sekurang-kurangnya aku punya tempat untuk meluahkan perasaan. Lastly, tahniah kepada DS Nizar dan wakil rakyat bukit selambau kerana menang pilihanraya. Semoga kalian dapat menjalankan tugas yang terpikul dibahu itu dengan sebaiknya. Aku yakin sekali, kalian memang mampu dan memang layak... Allahuakbar!!!!!
No comments:
Post a Comment