Friday, April 10, 2009

aku dan blog

Aku suka tulis blog. kenapa? hanya yang suka tulis jer tau.... kat sini aku boleh luahkan apa saja yang aku suka... tak siapa bising. aku suka blog ni jadi private, means that aku tak reveal pada teman2 rapat or relatives yang aku ada blog. kalau ada orang yang terbaca tu, aku prefer orang yang aku tak kenal... dia pun tak kenal aku. jadi, lebih bebas aku nak meluahkan yang terbuku di hati, yang tak mungkin atau tak dapat aku luahkan secara berdepan. melalui blog juga, aku dapat releasekan kepala otak aku yang kengkadang berserabut...

Jumaat terindah


hari ni merupakan antara hari jumaat terindah dalam hidup aku. why???? sebab esok aku tak yah g sekolah. at least, weken ni merasa lah aku bercuti 2 hari. dah lama tak lepak rumah atau g jenjalan during weken. balik2, g shopping complex kat rawang je beli barang keperluan rumah. huhuhu..bosan seh.... tengah aku syok2 update blog nih, datang la si kecik nempek atas riba aku. sabor je laaa.... memang tak kasi chance kat mama langsung budak ni. terganggu skit kosentrasi aku. dia sibuk mintak buka citer "betul...betul...betul...". tak jemu-jemu. dah berapa puluh kali ulang dah. pantang nampak aku buka notebook ni, mula la dia sibuk... apa pun, aku tetap enjoy melayan karenah dia... he's my baby sampai bila-bila.

Adik belajar solat... good boy!!!!


so cute!!!


kepala otak aku ni dok berputar ligat lagi. tengah fikir, apa yang aku nak buat esok. nak merayap ke mana? si kecik dah lena pun. letih sangat la tu. mulut, kaki n tangan tak berenti berkomunikasi. memang aktif. korang ada cadangan ke ha untuk aku esok? sebenarnya aku teringin nak melawat ikea. hehehe....tapi hb malas skit nak g tempat-tempat camtu. "crowded", kata encik abang....


hari ni aku dah buat satu lagi satu dosa. dosa sunat.... erkkk...ada ke istilah tu? terpaksa bohong seseorang yang close dengan aku sebab aku memang tak dapat fulfill kehendak dia coz aku n hb memang plan nak g merayap esok, cuma belum decide ke mana.

baju 'keparat'

hari ni gak aku ngumpat dengan anak angkat tok ketua. dia bagitau aku, mak angkat dia tu memang jenis kedekut. hukksss.... bocor rahsia. padan lah bila kat sekolah liat gila nak bagi cikgu cikgi spend duit walaupun untuk tujuan p&p. kini aku mengerti....sadis sungguh.

dahtu, tok ketua dengan angkuhnya mewajibkan anak2 buah dia beli baju 'keparat' sekolah yang harganya mencecah seratus lebih. design sebiji cam baju operator pengeluaran kat kilang. konon buat ala2 cam blazer la. nanti kalau ada yang pakai, aku snap gambar. buruk siot!!! aku tak boleh imagine macam mana si ketua ni tadi nak pakai baju camgitu. kalau body slim, solid molid, tak pe arrr.... ni body.... malas cakap lah. kalau aku snap gambar dia untuk masuk contest, agak2 boleh menang ker pertandingan 'ratu korporat'. huh...kalau menang sebagai 'ratu keparat' tu aku pasti. hiksss... laser uuuuu!!!! (haiyoooo...berapa banyak 'kalau' daaaaa.... )

please la, ukur baju di badan sendiri beb. takkan dah tua-tua pun nak pakai baju cenggitu. kan buruk rupanya. but u know what? aku memang takkan beli baju tu. kalau markah SKT aku dipotong atas alasan tu, aku memang tak menghalalkan perbuatan engkau tu kat aku. dunia dan akhirat... huh...ambik kau sebijik... dush!!!!

utk selamatkan diri, mungkin takut perkara ni sampai ke peringkat atas, dia tulis dalam memo kepada guru-guru 'digalakkan membeli'. tapi, bila orang kanan dia briefing, guru-guru diberitahu "faham-faham sendiri la". lupa aku nak snap memo tu. wahai orang-orang PPD, jenguk-jenguk la tok ketua yang hampa pilih kengkonon excellent ni. buat kejer korang sama. kalau cikgu biasa, sibuk dok push sana sini. tapi part yang sepatutnya ambik tau, korang tak ambik tau...hampessss keladi betul!!!

stop citer tok ketua. tu pasal aku suka tulis blog. lepas geram nehh!!!! asal citer pasal sekolah jer, aku mesti hot.... bukan pasal bebudak, tapi pasal management dia yang bodoh sombong. atau dalam istilah lain, "cerdik tak boleh tumpang, bodoh tak boleh diajar". huh...

Kisah lama

tak sangka, ex-bos aku waktu kat FRIM dulu masih ingat lagi kat aku. adoiiii...syahdu sungguh. siap kirim beg kat aku. dulu dia dah bagi satu beg dah. ni, bagi lagi. yang aku terharu sangat, untuk publication handbook, dia letak nama aku as a second author. sedangkan sumbangan aku untuk projek Itto tu teramattt la sedikit compared tu others. ex-bos aku siap inform hb aku yang dia punya ingat kat aku sampai termimpi-mimpi. thanks doc....sob..sob...sob... rindu la aku kat Frim, kengkawan kat opis lama.... aku ni kira alami culture shock jugak la bila jadi cikgu.... aku dok mengidam lama dah nak g jenguk member kat sana. but unfortunately, tak de ruang... hopefully, this coming school holiday i can make it. rasa zalim plak sebab langsung tak contact diorang.



No comments: