Sunday, April 19, 2009

Hajat tak kesampaian

Awal pagi ni, aku sekeluarga hantar mak n kakak balik kampung. Kami menuju ke Lapangan Terbang Subang. Chaq dah booking tiket firefly pada jam 9.50 pagi. Mak dan kakak masuk ke balai berlepas jam 9.20 pagi. Ekceli plan aku lepas hantar mak ialah aku nak ke Pesta Buku di PWTC. Aku terbaca dalam Harakah yang TGNA akan melancarkan novel 'Bidadari dari Timur', nukilan isteri tercinta beliau. Majlis pelancaran dijadualkan berlangsung pada pukul 12-1 petang. Aku memang excited sangat nak ke sana sebab sesi autograf akan diadakan selepas pelancaran. But, unfortunately, atas beberapa masalah, aku tak sempat ke sana hari ni.




Buku yang aku nak beli dan mintak autograf


Ermmmm.... aku sebenarnya sangat frustrated. Hati ni memang melonjak-lonjak untuk berjumpa TGNA n isteri. Mereka ialah idola aku selain arwah ayahku. Tapi, nampaknya, rezeki tidak menyebelahi aku. Sedih sungguh rasanya. Suami pula kurang faham kehendak dan keinginan aku. Lagi buat aku sedih. Bagi aku, peluang macam ni takkan datang berkali-kali. Ini kesempatan keemasan untuk bertemu dengan idola aku. Sampaikan semalam aku termimpi-mimpi bertemu dengan TGNA dan isteri. Apakan daya.....

Sampai rumah, memang aku takde mood langsung. Nak bercakap dengan hb pun macam malas jer. Puncanya, aku over excited. siap dok citer dengan mak, chaq n cik ah. Aku cancel plan awal aku nak ke pwtc on saturday gara2 nak jumpa TGNA... Hajat aku tak kesampaian rupa-rupanya...... hmmmmmmm.......

No comments: