Khamis lepas, aku pegi lawatan ke Perlis. tentatif kami ialah pegi SMK Derma. sekolah kluster. awal2 pagi dah bertolak n sampai sana hampir pkl 9 pagi. Lepas sesi taklimat, kami dibawa melawat ke sekitar sekolah. facilities kat sekolah tu not bad. rasa aku antara the best school la kot. ada 7 wifi point kat sekolah tu saja. makmal, library mmg dilengkapkan dgn komputer n internet. even, utk pentadbiran pun mmg guna full ict teknologi termasuklah sistem kedatangan guru & staff. diorang guna smart card n finger print. aku jadi mc utk sesi taklimat. akhir program, ada sesi bergambar.
Lepas ke SMK Derma, kami ada misi ke Gua Wang Burma. hujan lebat gak waktu on the way ke sana. ada 3 pensyarah yg ikut eksplorasi tu. sebelum sampai ke pintu gua, kami kena berjlan hampir 800 meter, ikut track hutan n panjat bukit. pacat tok sah kira la. penuh kat sepanjang jalan. memang tunggu mangsa jer lalu. waktu panjat bukit tu, 4-5 ekor pacat naik kat kaki aku. apa lagi, sakan la aku dok minta tolong org ni, org tu buangkan pacat. aku memang surrender dgn makhluk Allah yang satu ni, wpun kecik jer badan dia. geli geleman....hiiiii...dgn badan lembik, sejuk2...eeeiiiiii...meremang badan aku....aku geli giler dengan pacat...kalau la dari awal aku tau keadaan sebenar untuk sampai ke mulut gua tu camni, gerenti awal2 aku tarik diri dah... tapi sebab dah terlanjur, redah jer la. mulut aku dok ngok ngek ngok ngek...marah kat pacat... pacat bukit plak besar2 n panjang2...serammm.... lepas keluar dari gua, kena turun bukit plak. memang xleh lari dari pacat. salehha kena gigit 8 ekor pacat, kak nina plak sekor. aku...Alhamdulillah, sempat nampak dan buang... kalau naik kat badan ker, mau aku jerit sakan.
kami bertolak balik ke UUM dah hampir maghrib. sampai UUM pkl 9.30 mlm. then bertolak balik ke jitra. hb ambik aku kat yawata. dia balik awal ke kg. rabu malam khamis dah balik sbb tiket xde. so, terpaksa ambik cuti xtra. xpe la, at least boleh layan si kecik tu. sian dia kena tinggal sehari suntuk. apa nak wat, mama dia bz. hehehe.... sampai rumah, aku terus tido. siap mimpi pacat naik badan aku...sungguh dasat penangan pacat gua wang burma. tak ingin aku ke sana lagi. kalau tak terpaksa, jgn harap la aku nak masuk dalam gua tu. bukan gua yang menakutkan aku, tapi track untuk sampai ke mulut gua tu yang menyeramkan...
minggu ni aku kalut siapkan sumer assignment. next week final exam. hari sabtu pagi aku akan balik kl dgn air asia, balik semula ke kedah naik MAS pada sabtu berikutnya...weken ni memang kena study la. satu habuk apa pun tak baca lagi...huhuhu.... tapi aku percaya that everything will be fine. macam sem lepas, lagi kalut dari sem ni. but still all of us score gak dlm exam. semua dapat 3.5 ke atas. so wonderful. aku pun tak lekeh gak. pointer 3.78. terer tak? jangan mare arrr....sape lagi nak puji aku... kena puji diri sendiri la...
No comments:
Post a Comment