Korang ada wat simpanan ASB tak? aku tadi ke RHB Bank utk settlekan 1 urusan. so, alang2 dah pegi, jumpa dgn peg. kat situ, then terus tanya pasal ASB loan. penting utk org yg xde disiplin cam aku untuk menyimpan duit utk masa depan. tp, kalau korang mmg spesis duit bnyk, disiplin pun tinggi, xyah pun xpe nak wat loan. terus je masuk duit dlm ASB. nanti setiap tahun dapat dividen.
Berbalik pada RHB tadi, aku tertarik dgn pakej diorang. Sesuai untuk org yg bajet ciput cam aku.. hahaha... apa yg diorang tawarkan ialah bayaran balik untuk 3 tahun pertama rendah saja. Tapi, dividen yg akan kita dapat setiap tahun mengikut jumlah yang kita pinjam.
Contoh, katakan korang wat pinjaman ASB sebanyak RM50k. korang plan nak byr balik dalam tempoh 15 tahun. sape ada bajet lebih, elok pendekkan lagi tempoh. lebih menguntungkan... ok, untuk 3 tahun pertama, korang cuma kena bayar installment bulanan sebanyak RM226 sahaja. tapi, dividen korang dapat untuk tempoh setahun lebih kurang RM3500. sape nak bagi kan?? Dividen ni jangan la korang belanjakan, sebaliknya gunakan dividen tu untuk bayar balik installment bulanan korang bagi tahun2 kedua dan seterusnya.
Ringkasannya begini:
Installment bulanan (RM)
Tahun pertama 226/mth
Tahun kedua & ke-3 0 (guna dividen thn pertama & ke-2 untuk bayar)
Baki dividen tahun pertama dan ke-2:
RM3500 - (226 x 12) = RM778
RM778 x 2 = RM1556 (boleh saving @ byr installment thn berikutnya)
Tahun ke-4 hingga tahun ke-15 471/mth - (3500/12) ~ RM180/mth (guna dividen tahun ke-3)
Pengiraan ni tak termasuk insurans. Kalau termasuk insurans, mungkin korang kena byr lebih kurang RM200 je sebln. Selepas 15 tahun, korang akan dapat saving sebanyak RM50k dengan hanya byr bulanan RM180.00 @ RM200 shj. Tak membebankan langsung... w/pun 50k tu kecik jer jumlahnya, sekurang2nya ada saving drpd langsung xde kan... then, dividen plak setiap thn akan dapat... Jadi, tepuk dada, tanya selera.
Setakat ni cuma RHB je yg tawarkan pelan ni. bank lain rasanya belum buat lagi. Kalau guna kaedah biasa, tahun pertama tu mmg sengsara la sbb korang kena byr bnyk sejak tahun pertama lagi. Jadinya, kalau income mmg ciput, seksa gak la nak hbskan sethn tu... Tp, bila masuk thn ke-2 mmg dah lega... terpulang pada korang untuk buat keputusan...
No comments:
Post a Comment