Tuesday, December 29, 2009

kenduri cousin

cuti krismas yg baru lepas ni, aku balik kg hari khamis malam.  bertolak dari KL pukul 10.30 malam. singgah isi minyak kat Shell Tanjung Malim.


sampai kedah lebih kurang pukul 4 pagi.esoknya, pe lagi bantai tido arrr...ngantuk siot. chaq dah balik kedah awal sehari dari aku.anak aku dan anak2 sedara semua memang seronok sangat la. ye la, laman rumah luas, ada ayam, arnab... hehehe...main tak ingat depa tuh.


 

Plan asal, Jumaat pagi tu nak ke rumah ngah. nak tolong apa2 yang patut untuk persiapan kenduri tu. tapi, chaq plak kempunan nak makan gulai kepala ikan plotan. dia dah g nat (pasar pagi) kat tok jalai awal2 pagi lagi. nak tak nak, kami masak tengahari dulu, then lepas makan baru bertolak ke Bedong.

aku n hb g lewat skit. lepas isyak baru ke sana. sampai rumah ngah, kami keluarkan acar buah yang ditempah dari tok njang. borak2 kejap, dalam pukul 12 t/mlm camtu, kami ke sungai petani. tido rumah baru bang chik rumah ngah dah ramai orang, tak cukup space nak tido. ni gambar rumah bang chik.




esoknya, bang chik n hb kuar g beli bekfes. macam-macam ada, nasi lemak, roti canai, kuih muih... kenyang...

pastu, semua orang mandi dan siap. terus bertolak ke rumah ngah. jom kita layan few pics yang aku ambik... kualiti gambar hampehhh... aku tersilap edit... hancusss sume gambar. (hehehe...macam la gambar sblm ni lawo2...hiksss, perasan plak)

tok aku

 
 widad tengah makan

 
otroman taroo...hiapppp!!!

 
gotong royong memasak

 
posing atas katil pengantin

 
 selamat pengantin baru...jalan laju tak hengat..

 
aktiviti makan-makan lepas kenduri

No comments: