hari ni dan semalam ramai la kanak2 kat rumah aku. chaq hantar wardah dan fakhri ke rumah aku. diorang bawa anak yang bonsu Widad ke hospital untuk checkup. jadi, Baihaqi ada ramai kawan. pe lagi, main sakan la dia. tak boring sebab ada kawan. aku pun senang sebab dia tak kacau aku nak wat keje, nak surf tenet. hehehe.... wardah dah 4 tahun, fakhri plak sebaya dengan Baihaqi. tak susah nak handle. habis sangat pun, diorang gaduh. biasa la, rebut mainan la, basikal la... ermmm..macam-macam bebudak ni. seronok kan jadi budak, tak de masalah. hidup diorang heppi jer.
pagi tadi aku g pasar beli ayam, ikan dan sayur untuk masak tengahari. then balik, terus jer masak. sudah masak, bebudak tu semua tidur, letih main la tu. ada la lebih kurang 2 jam lena, pastu masing-masing bangun. terus g main basikal kat depan rumah. hiksss...aktif sungguh. tak reti dok diam. boring main basikal, dorang masuk dalam rumah. Wardah sibuk ngajak 2 orang tu mewarna plak. tukar program lagik. hihihi....
terlena keletihan
main basikal kat luar rumah
aktiviti mewarna pulakk...
No comments:
Post a Comment