hari ni aku jadi chef, dibantu oleh kakak aku. kami memasak untuk lebih kurang 12 orang. dah la bidan terjun sebab tau pun lewat... tapi Alhamdulillah settle. tetamu aku ialah family kak chaq dari seremban. dorang datang untuk tolong chaq n family mengemas rumah. almaklum, dorang kan baru jer pindah semalam. jadinya, banyak kejer kemas mengemas nih kena buat. jadi, aku sebagai adik n ipar yg baik (cheeewah...perasan sehhh) pun tolong memasak untuk diorang makan. sian kan, keje penat2. lagi pun, rumah kak chaq pun masih berselerak lagi. dapur pun belum tersusun barang. jadinya susah untuk dorang memasak kat rumah tu. menu aku simple jer, ayam masak kicap; sedappp...rugi kalau tak makan nih, sayur air petola, ikan goreng, sambal belacan, kentang goreng bawang, masak lemak cendawan (lauk malam semalam), dan ulam-ulaman. air sirap ros. haaaa... mesti korang terliur nyer. hehehe...sila gelak dengan penuh bangga ek.
dah settle pun aku ngemas pinggan mangkuk yg diguna untuk acara memasak dan makan2 siang tadi. cik ah beru jer balik ke putrajaya.esok dia dah keje. Baihaqi plak syok je lena. siang dia langsung tak tido. seronok ada sepupu dia main sesama. naik turun tangga rumah chaq tu tok sah cakap la. berpuluh-puluh kali. hiii.... risau... aku? di sini update blog nih. gambar idak ler aku ambik sebab bz. xsempat nak fikir untuk snap gambar. bila dah selesai acara makan2 baru terpikir, aduhaiiiii...nape la aku tak ambik gambar. klu tak, leh letak dalam blog. hehehe...tak pe la kot takde gambar kan. janji ada citer, ye tak? hb ai plak jadi orang paling bz menolong chaq ke sana ke mari. boleh tahan banyak gak barang dorang tu. hmmm..kena slow slow la kan ngemas. kalau tak, nanti penat.
hujung minggu ni nak bertolak balik ke Kedah sebab sepupu aku kawen. aku plan nak balik awal sikit, tapi hb dah takde cuti. so, terpaksa la balik lewat gak. hari Khamis malam baru bertolak. huhuhu...cuti sekolah kali ni langsung aku tak berpeluang me'laypark' kat kampung. rindu weiii...aku nak jumpa bang chik n family. rindu kat budak kecik 2 orang tu; izzah dan aqilah. kenduri hari sabtu, hari ahad dah kena balik KL semula.
Minggu depan dah kena pegi sekolah. kejapppp jer rasa cuti. tak sempat aku nak berpoya-poya dah sekolah nak buka dah. huh..kena la aku control macho aku depan bebudak semula. maklum, ai kan cikgi. takkan u all tak tau? nak ho ha ho ha pun tak berani youuu... leceh kan. sebab aku tak boleh jadi diri aku yang sebenar. sume nak kena control. makan, pakai, berjalan...senang citer semualah... sebab tu dalam blog ni aku cuba untuk ekspresi (wow...bahasa kelas tinggi tuuu) diri aku yang sebenar... hahaha....
3 gambar kat atas ni, view belakang rumah aku
opsss...lupa nak cakap. esok aku kena g sekolah. ada mesyuarat guru. hmmmm...malas nyerrrr
No comments:
Post a Comment