- jadi hamba Allah yang baik dan solehah
- tambah amal ibadah dan amal jariah
- jadi isteri yang lebih taat dan rajin (erkk...sebelum ni aku kan kurang rajin)
- makin rajin update blog..hehehe...sesi luahan perasaan gittewww...
- lebih berdisiplin dalam hidup
- menghargai apa yang aku ada
- lebih bersyukur dengan kurniaan Ilahi
- tambah anak...hiksss
tahun baru hijrah ni juga amat bermakna untuk aku dan suami sebab esok merupakan ulangtahun ke-5 perkhwinan kami. tak sangka kan, masa cepat betul berlalu... rasa masih macam pengantin baru (huhuhu...aku perasan lagi). lagi satu tahun baru ni jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. pendek citer, inilah sambutan anniversary ke-5 aku yang paling hebat dan berkat aku rasa...
ni hadiah anniversary aku tahun 2007.
ni kad yg aku plan nak bg kat hb. sebenarnya, aku dah cari kad anniversari kat selayang mall hari tu. tapi pilihan terhad + xcantik. yang banyak pilihan dari suami kepada isteri. huh..geram ler aku. last2 aku g bookworm kat bukit sentosa. pun sebenarnya xde pilihan. jadinya, aku terpaksa rela pilih kad ni. nak wat camne kan.. janji jgn xde.
esok gak aku n hb plan nak g celebrate anniversary kami. cuma xplan lagi ar nak g mana. nak makan2 je kot. lagi pun mak aku dari kedah ada kat KL nih. mak aku mai untuk wat check up kat UH. esok dia datang rumah aku. hari Sabtu plak abang aku yang sulong, aku panggil dia 'chaq' akan pindah kat sini gak. yuhuuu!!! best..best... dia pun dah beli rumah kat sini. nanti aku ada la geng nak g merayap. kak chaq aku la, menjadi mangsa... tu pun kalau dia xbz lerr...mana la aku nih layak nak nyusahkan hidup dorang yg mmg sedia bz tu..hiksss...
pesanan penaja: jangan lupa baca doa akhir tahun pas solat asar nanti, dan doa awal tahun pas solat maghrib ye. lagi, baca yassin kebetulan malam ni malam jumaat sebagai tanda kesyukuran sebab Allah masih panjangkan umo kita...bye..bye..
No comments:
Post a Comment