27 Oktober 2011
Kami ke Bandung dengan menaiki AA. Sampai di LCCT lebih kurang pukul 5.00 pagi. Tengok mak oii, agak ramai umat Malaysia yang nak shopping sakan di sana. Oleh sebab dah buat self check-in, kami terus ke kaunter drop luggage. Sistem AA slow sangat. hampir pukul 6 pg baru selesai. Lama kan? Walau pun dah buat self check-in. Then, kami bergegas masuk ke departure hall sebab nak kejar solat subuh. Syukur sangat sebab subuh awal. Klu tak, tentu kami akan kelam kabut. Flight berlepas jam 6.45 pagi (waktu Malaysia) dan tiba di Bandung jam 8.05 pagi (waktu Bandung).
Perjalanan dengan flight cuma mengambil masa lebih kurang 2 jam 5 minit sahaja. Perlu diingat, waktu di Bandung lewat 1 jam dari Malaysia. Jadi kalau di Malaysia pukul 9.05 pagi, di Bandung pukul 8.05 pagi. So, sila adjust jam korang. Kang tak pasal2 ada yang terlepas flight balik Malaysia sebab tengok jam Malaysia. huhuhu.....
Selamat datang ke Bandung.... Kapal terbang akan mendarat sebentar saja lagi... |
Perjalanan dengan flight cuma mengambil masa lebih kurang 2 jam 5 minit sahaja. Perlu diingat, waktu di Bandung lewat 1 jam dari Malaysia. Jadi kalau di Malaysia pukul 9.05 pagi, di Bandung pukul 8.05 pagi. So, sila adjust jam korang. Kang tak pasal2 ada yang terlepas flight balik Malaysia sebab tengok jam Malaysia. huhuhu.....
Sampai di Bandung, sempat snap gambar kat epotnya. bagus sebab boleh ambik gambar depan flight. kalau kat Malaysia kan tak boleh. urusan imigresennya ambik masa sampai sejam..adoiii....lambat giler. ye la, umat manusia dah la ramai, pastu kaunter cuma ada dua saja. mana dia nak ambik gambar lagi, mana nak scan jari jemari lagi... tapi aku & family cuma dia ambik gambar je. takde plak kena scan jari. sebabnya, aku sendiri tak pasti. mungkin muka takde dosa kot...keh keh keh...sedangkan ini pertama kali jejak kaki ke Indonesia.
Posing depan kapal terbang |
Sebaik turun kapal terbang, posing lagik!! |
Beratur nak go tru imigresen |
selesai ambik beg, supir dah sedia menanti. nama supir tu Pak Edi. orangnya lingkungan 48 tahun, peramah dan banyak cakap. senang berurusan, dan tak banyak karenah. Recommended lah this supir. kami sewa avanza, kos Rp400k sehari. Kalau ke kawah putih kena tambah lagi Rp50k. kereta cantik, bersih. memang aku puas hati sangat. Boleh deal dengan kak lina. Ni contact dia teh_cumi@yahoo.co.uk/ 0172262458. Boleh request supir yang kita nak. Tapi bergantung kepada kekosongan jugak la. Harga bergantung jenis kenderaan dan tempat nak tuju. Kalau atoz Rp350k sahaja sehari. Kos termasuk petrol, parking, tips. Bayaran masuk kita sendiri lah. Destinasi pertama kami ialah ke Tangkuban Perahu. Next n3 aku citer pasal nih ye. sila bersabar!! heheh..
Ohh..lupa nak mention. luggage dari KL-Bandung kami cuma ambik 20kg sahaja(RM40) .Kami bawa 1 beg besar kosong, dalamnya ada 1 beg yang lebih kecil penuh berisi barang. Bila ditimbang, 16kg yang diguna. Xtra, kami jadikan hand luggage. Nak jimat kannnn...
1 comment:
sangat menarik, terima kasih
Post a Comment