Friday, November 4, 2011

Bandung - Day 3 Part 2


Lepas Jalan Riau, kami ambik cab ke Toko 3. Kat sini banyak giler pilihan kalau korang nak beli jeans. Original with reasonable price. A must visit place ye, but for those yang minat jeans lah :-)) Kami pun rembat 2-3 pasang jeans kat sini. Tapi semua untuk dewasa sahaja, takde jeans untuk kanak-kanak. Ada sesetengah jeans tu, siap ada sale lagik. Dari 10% sampai la 50%. Pilihlah mana yang berkenan di hati. 

 


Khusyuk dok belek burung...hahaha..sampai bersila kawan...

Ni commercial break jap:
Along: Mama, nape burung tu pejam?
Mama:. dia tido tu
Along: Nape dia tido?
Mama: Dia ngantuk la
Along: Nape dia ngantuk?
Mama: Sebab dia jalan banyak sangat
Along: Nape dia jalan banya sangat?
Mama: ????...erkk..along ni cam lagu bangau oh bangau plak... haish!!

Itu baru sikit. Bila tengok burung tu dok garu guna paruh, camtu kat atas tu dia tanya...isk..isk..isk...

Ok, back to the topic...

Toko 3 ni tak jauh dari Pasar Kosambi. Korang boleh je menapak ke pasar ni kalau berhajat nak membeli jajanan Bandung macam pisang sale, kekacang, etc.. Cam pakaian tu tak berapa banyak di situ. Tapi kami tak pegi pun sebab along udah capek. Tapi, aku teringin sebenarnya nak pegi...huahuahua

Snap dari dalam cab je
Keluar dari Toko 3, kami tunggu cab kat tepi jalan. Jalan dah jem sangat waktu ni. Teksi Blue Bird memang tak nampak langsung, sudahnya terpaksa jugak ambik teksi lain. Dari sini, kami ke area Setiabudhi. Jauh gak jarak dari Toko 3 ke Setiabudhi. Sebab dah pukul 3 lebih time tu, kami g makan makanan padang, dekat sangat dengan Rumah Mode. Restoran Sederhana, recommended sebab sangat bersih. Surau pun selesa. Anak aku dah tdo dalam cab tadi. Sampai restoran ni sambung tido lagi kat atas kerusi. Kesiannn.. penat sangat la tu. Kami makan dan solat kat sini. Selesa restoran ni sebab luas, bersih dan tak ramai orang.

Restoren ayam goreng Suharti






Sangat bersih kan?



Yang dimakan saja perlu dibayar

Dua beranak menjamu selera
Pukul 4 lebih, kami berjalan ke Rumah Mode. Aku tak snap sekeping pun gambar kat situ. Ntah nape ntah...Frust weiii ('~_~)..hukhuk..Oleh sebab hari ni Sabtu, weekend, agak ramai orang kat sini. Pilihan pakaian pun agak banyak. Cuma, tak memenuhi taste aku. for those yg memang jenis trendy/modern tu, suka la kot. Aku cuma beli pakaian kanak2 je kat sini. 

Along cam biasa, very the lasak ko!! Sampai ayahnya kebengangan (erk..ada ke term ni dalam BM?) tahap langit petala ke-8. Dengan aku-aku pun hilang mood nak shopping. Dalam Rumah Mode tu, boleh dia dok usik barang mainan yang dok jual tu. Panjat kerusi, ambik mainan tu, mainan ni...Adoiii..fening...fening...Tu pasal agaknya sampai langsung tak teringat nak ambik gambar.  Jenuh kisahkan dia je sebenarnya...

Waktu kat rumah Mode, hujan turun selebat-lebatnya. Hujung bulan 10 sampai bulan 2, Bandung ni kira cam musim hujan. Setiap hari hujan.  Bila kami nak balik ke hotel, dah malam, hujan lebat. Kebetulan pulak, line TelkomSel (line tepon kami) takde. xleh call out untuk panggil cab, public phone lak rosak. Camne nak g panggil taxi ni?

Jadi, hb jaga along sebab dia memang tak tahan kena hujan. Kalau tak selsema teruk la nanti. Aku nekad tunggu cab kat jalan besar. Hujan pun hujan lah... Tiba-tiba aku nampak ada budak bawa payung. budak tu comel, kulit cerah, berkaki ayam. Rasanya umur dia dalam 7-8 tahun kot. diorang ambik tips untuk payungkan orang-orang yang xde payung naik ke kereta masing-masing. Kagum aku dengan kegigihan diorang, juga bijak mencari peluang.

Budak ni payungkan aku kat tepi jalan besar. Dia cakap waktu malam kat situ, susah nak dapat teksi yang kosong. Jalan jem sangat-sangat waktu ni. Cab yang aku tahan sume tak nak berenti. Sebab dah ada orang. Budak ni masih setia payungkan aku... bila aku tengok muka dia..alahaiiii..... simpati aku.. Bila hujan dah reda, aku cakap kat budak tu tak perlu payung lagi. aku hulur duit kat dia. Sedekah.. terus budak tu beredar dari Rumah Mode. Aku pulak, xdapat-dapat gak teksi. Sabo je la. Aku menapak semula ke Rumah Mode, cari hb.

Mungkin dah rezeki bila kita ikhlas menolong orang kan, tiba-tiba ada teksi masuk ke area Rumah Mode, untuk drop orang. Teksi tu la yang aku ambik untuk balik ke hotel. Sampai hotel dah pukul 8 lebih.. Kami mandi, solat dan rehat. Pastu, hb g order makanan hotel saja. Pas makan, tido. Esok dah nak balik..

Kalau korang g Rumah Mode, banyak FO lain juga yang berdekatan. Sebelah rumah Mode, ada Rumah Mode Plus, Fashion World. Seberang jalan, ada The Secret. Boleh la korang g semua tu. Sebab tu aku cakap, kalau nak shopping sakan, jangan bawa budak. klu nak bawak juga, ambik la supir. Itu the best solution yang aku nampak buat masa ni. 

Cam aku, banyak tempat tak sempat nak redah. Jalan Dago, Cibaduyut (ni untuk barang-barang kulit), pegi spa, Kartika Sari untuk beli Brownies, Pasar Kosambi etc... Pasar Baru pun tak puas shopping... huhuhu...Tapi, aku tak terlalu ralat pun sebab aku bukan orang yang terlalu gila shopping... ye ke?? ke nak pujuk hati ni. hehehe.. ya, sebab aku lagi suka berjalan untuk tengok tempat orang, budaya orang... senang citer untuk sight seeing. At least, sebab semua orang sibuk ke Bandung, aku jugak dah sampai dan tahu macam mana rupa paras Bandung ni kan...

Bersambung... last day..

No comments: