Wednesday, November 2, 2011

Bandung - Day 1 Part 2 Tangkuban Perahu

Dari airport menuju ke Tangkuban Perahu mengambil masa hampir 2 jam jugak.. tengok jalan lah macam mana. tapi kalau dah pukul 9 lebih, jalan dah a bit clear. kata orang tak macet lagi. Bayaran masuk ke tangkuban ialah Rp50k/person, anak aku free, supir pun free. Kereta pulak kena caj Rp15k. total untuk masuk ialah Rp115k. Masih berbaloi. 

cuaca kat atas sejuk, dan berkabus... nyamannnnn banget. seronoknya cuaca camni. jalan pun tak berpeluh. tapi, bau sulfur memang kuat, baunya cam telur busuk gitu...hehehe....Orang agak ramai di situ. berebut gak la nak ambik gambar. tambah plak dengan penjual-penjual yang asik dok approach kita suh beli barang diorang.. hadoiiii...letih gak la, hilang privacy sebab diorang ni asik ngekor kita kat mana saja kita melangkah... hmmmm....nak halau kang, cam kesian jugek... sabo je lahhh yang mampu kami buat. huhuhu

Tengok si penjual..siap pimpin tangan anak gue lagi...

Kawah gunung berapi ni masih aktif, namanya kawah ratu. Ada lagi satu kawah tu, boleh turun sampai ke bawah, rendam kaki dalam air panas bagai, nak masak telur pun boleh. tapi kena bayar. tak silap aku Rp200k kot sejam... tak ingat la, pak edy bagitau. ada tourist guide yang akan bawa kita turun. but, we're not interested dude!! dok kat atas je pun dah cukup. posing kat kawah ratu je lah...

 

Pokok manarasa (hentam saja spellingnya).. hitam batangnya sebab kena debu sulfur
Di sini jugak ada banyak gerai yang menjual barang-barang cenderamata. Tips penting: sila tawar gila-gila untuk beli. Harga yang diorang bukak tu memang lar teramat tinggi. tak berbaloi wehhh... Kata orang, jangan beli dengan penjual yang asik dok approach kita. But, my personal opinion, aku tak setuju. somteime harga depa jauh lebih rendah dari harga yang kedai jual. syaratnya, korang beli last minute, time dah nak naik kete untuk balik. waktu tu, letak la harga rendah gila2. If possible, diorang memang akan setuju. 

Gerai jual cenderamata
 
Para peniaga yang gigih mengapproach korang nanti... kihkih
contoh cam my hb, dia beli tasbih yang dibuat dari batu gunung berapi tu.. harga yang diorang buka Rp450k... Giloooo mahal koo.. End up, menggunakan taktik di atas, hb dapat beli dengan harga cuma Rp50k sahaja. Nampak tak?? teknik mesti betul beb!! silap2 ada orang beli lagi murah kot..

Aku sempat beli souvenir juga untuk di bawa balik. salah satunya wallet yang dibuat dari kulit ikan pari dan kulit lembu. Ni pun, gilo punya tawar...hehehe... 

Ni bukan aku punya

Aku dah lupa nama tokei kedai ni


 



 

Scenery dalam perjalanan ke tangkuban perahu
Dah puas posing sana sini, kami pun turun. Nak g petik strawberry dan makan plak. Bersambung.....

No comments: