Wednesday, November 2, 2011

Bandung - Day 1 Part 3

Aku rasa untuk entry Day 1 je kot yang banyak Part. sebabnya banyak benda nak diciterkan. Day 2 until last day, takde menda sangat kot nak citer. jangan bosan. aku splitkan supaya tak la mata korang berpinau tatkala membaca posting aku...kihkihkih...

Ok, lepas turun dari tangkuban perahu, kami singgah ke strawberry park. aku lupa nama tempat tu dan lupa jugak nak snap gambar sebab waktu tu anak aku dah tido kat atas riba aku. Hanya hb dan pak edi je yang masuk untuk beli strawberry. Tempat ni memang boleh petik strawberry. Buahnya boleh tahan ranum, tapi agak masam. Aku tak sure sangat berapa harga yang perlu di bayar untuk beli strawberry tu. Kata hb, kita boleh lepak dalam tu sambil minum jus strawberry segar. Fresh from garden...hmmmm...not bad. 
Hb beli strawberry tak sampai 1 kg, nasib baik tak beli banyak sangat sebab kat hotel kami menginap tu xde peti ais. so memang xleh berangan nak bawak strawberry balik mesia. hari ke-3 je dah layu strawberry tu. hb beli total 2 bekas, banyak jugak, memang tak termakan sebab rasanya tak semanis gula ok!!. Hb sedekahkan 1 bekas tu kat orang mesia gak, selang 1 bilik dari bilik hotel kami. Dari terbuang kan, dapat gak pahala.

Fresh taww...



Kat sini kami beli stroberi..gigih kan diorang ni...

Untuk makluman korang, kat atas tangkuban perahu pun ada jugak peniaga yang jual stroberi nih. tapi rasanya manisss banget!! sebabnya buah tu dah disiram dengan gula. kalau korang dah ngidam sangat nak makan stroberi yang manis, sila lah beli. but again, jangan malu untuk tawar. klu tak, sape yang rugi?? koranggg gak kan?

Habis part stroberi, yuk kita makan plak. Pak edi bawa kami makan kat sangkuriang. bagi aku, i would not recommend this restaurant sebab makanannya memang mahal. Overall, aku rasa makanan di Bandung ni tak semurah mana. lagi2 kalau korang makan ikan dan daging. please be careful, dan check dulu harganya. tengok over price ke tak. kami dah terkena, hopefully korang beringat.

Banyak gak kuda ni kat sana
 

Menu yang kami pesan ialah makanan sunda. ikan gurame bakar (9 ounce), sup ekor 2 bahagian - 1 bakar dan satu lagi rebus, sambal belacan+ulaman, sayur, air kelapa sunda, kopi es salju, teh o dua, dan nasi putih 4 bhgian. You guess what?? Total kami kena bayar hampir Rp300k. Gila kooo..kalau makan kat mesia pun rasanya takkan semahal ni.. Ikan gurame tu sebenarnya ikan tilapia hitam. Mahal yang amat. Hb yang bayar, dia cakap ikan tu saja cost you more than Rp100k. Mangkuk betul, dah terkena kali ni...


Selesai makan bagai, kami nak ke hotel. aku book Patradisa 3, kat jalan wastukencana. Sebelum tu kami singgah beli sim card jenama SIMPATI. Aku beli 1, dan hb beli 1. Call rate within indonesia murah wooo... 2sen++ je duit mesia untuk seminit...dasat kan?... kat bawah ni ialah rupa bentuk kad tu. harga starter pack Rp10k, dapat free credit Rp5k. terpulang lah sama ada korang nak top up siap2 ke tak..

Sampai hotel, kami terus check-in. kami ambik bilik jenis superior A. katil 1 double + 1 single. Harga Rp300k/nite untuk weekday, dan Rp325k/nite untuk weekend. Ratenya agak mahal untuk budget hotel. Cuma aku ambik gak hotel ni sebab owner dia Muslim, dan pekerja dia juga 100% Muslim. Jadi tak risau pasal nak makan. Bilik ni agak kecik. kalau kat mesia, kita bayar RM120/nite pun dah boleh dapat bilik yang lagi besar dan bekfes yang banyak choices. Facilities termasuk ac, tv (banyak giler channel), hot shower 24 hours, bekfes. Air panas lambat panas, kena buka dalam 20-30 minit, baru nak panas. Hotel ni asalnya ialah rumah yang telah diubahsuai. Depan nampak sempit, tapi kat belakang agak luas kawasannya. siap ada garden lagi. comel je... Receptionistnya juga baik and friendly. Keseluruhan bilik dan kawasan hotel agak bersih. Kita layan gambar sekitar hotel. Lobinya aku xsnap pun. malassss...hahaha...



Lepas check-in, kami mandi, solat, dan siap untuk keluar semula. Bersambung....

No comments: