Thursday, November 3, 2011

Bandung - Day 2 Part 1

Awal pagi kami dah bangun. FYI, waktu subuh kat sini awal. Ini gambaran waktu solat di Bandung. 

Subuh: 4.05 pagi
Zohor: 11.40 pagi
Asar:  2.45 petang
Maghrib:  5.45 petang
Isyak:  6.55 petang. 

Kalau nak waktu solat terkini, boleh check laman web ni http://m-alwi.com/jadwal-waktu-sholat-tahun-2010-wilayah-jakarta-selatan.html

Selesai perkara wajib, kami bekfes kat hotel. Dapur dia comellll sangat..hehehe.. menu pun tak banyak. cuma ada nasi lemak sambal telur, dan mihun goreng, kopok sayur. Air kopi dan teh. Masakan hotel ni boleh tahan, sedap jugak. Lepas makan, kami minta receptionist call teksi Blue Bird untuk ke Pasar Baru. Waktu tu lebih kurang pukul 8.15 pagi.Teksi lain tak guna meter. Hanya teksi ni saja yang betul-betul guna meter.

Tips: Kalau korang naik teksi awal pagi, sila tunggu teksi tepi jalan. Tahan sendiri je, sebab waktu ni jalan clear, tak jem. Cajnya jauh lebih murah berbanding kalau call. Bila call, otomatik korang kena bayar Rp25k, ~ RM9.00 walaupun kat meter teksi tu cuma tunjuk Rp8700 ~ RM3.10 saja dari Patradisa ke Pasar Baru. Jauh beza kan??

Call no. ni kalau nak suruh dia pick-up kat hotel

 Seeloknya pegi sini awal sebab banyak kedai pun dah dibuka. Orang pun tak ramai lagi. Selesa nak shopping. Sesuai sangat la nak berbelanja. Pastu, boleh bodek diorang harga pecah telur. kehkehkeh... maklum, bila awal camni, biasanya kita akan jadi 1st customer. Sometime, ada antara diorang percaya, orang pertama mesti jadi beli. Baru murah rezeki. Tapi, tempat ni ditutup awal. Pukul 5 petang lebih kurang.

Bila dah sampai Pasar Baru, apa lagi...kejenya sopping dan ngabihkan borehhh...kihkihkih... Pasar Baru ni sangat la besar. Kalau korang nak menziarah semua kedai di setiap floor, memang akan tak terdaya punya. Kalau dah set nak beli kain sembahyang ke, terus jer terjah kedai-kedai yang ada kat situ. Supir kami semalam recommend kedai ni.. Ramai betul orang mesia di sini berbelanja. Pusing mana pun, balik2 korang akan jumpa muka orang Mesia.

Oleh sebab kedai yang jual kain sembahyang ni terlalu la banyaknya, sampai berpinau bijik mata gue, makanya kami just ikut saja saranan pak edi semalam. Rambang mata ko nak pilih kedai. Berpeluh-peluh aku n hb menawar untuk beli kain tudung. Hakhakhak...last-last kami rembat juga 9 pasang. Campur-campur mahal dan murah. Kalau korang pegi mana-mana kedai pun, insya-Allah harganya takkan jauh beza. Cuma as usual, tawar bukkk!!!

Aku beli telekung sembahnyang di sini

Jurujualnya yg letih melayan tawaran harga maut kami...hihihi
Sila jangan terlalu frust kalau korang rasa tudung yang dibeli berbeza harga dengan orang lain. Sebabnya, harga tudung tu diukur based on material dan sulaman. Cam ada yang aku beli tudung sulam tebal+beg, material japanese cotton gred terbaik, sure harga lagi mahal dari japenese cotton gred biasa. Kain cotton pun ada banyak gred ye... So, kalau orang bercerita dia beli tudung japanese cotton Rp150k, korang beli Rp200k, take it positively. "oooo...mungkin materialnya lain sikit"... gitu lah ye. Tak boleh nak kata ko dapat murah, aku dapat mahal. Sama jugak dengan kain pasang. Dun worry.

Kebanyakan peniaga di Pasar Baru ni pun dah pandai demand. Ada yang berprinsip, take it or leave it. Sebab diorang tau orang mesia suka bebenor sopping kat situ. Eksen ekkk.. apapun prinsip diorang, sila tawar gila2... Lagi satu, untuk yang bawak anak, akan ada penjual-penjual (bukan yang ada kedai tu ye) jual minuman dan mainan. Tektik diorang ni, dia akan umpan anak kita. Air milo kotak yang 250ml tu pun harga sampai RM3++..Mahal bebenar..Diorang akan hulur kat anak kita dulu, kita kan sedang leka sopping. mana nak perasan, tup-tup nanti tak pepasal kena bayar mahal.



Banyak juga yang kami shopping kat sini. Barang sendiri tak banyak mana, sobenir untuk orang je lebih. hahaha... t-shirt bandung boleh dapat dengan harga Rp20k sehelai. Kain 100% cotton. sesuai la nak jadikan sobenir. Then, FM yang getah tu, diorang jual Rp50k untuk 4 pack, 1 pack ada 6 FM. Berbaloi kalau nak beli untuk kengkawan opis. FM yang batu, aku tak nampak pun orang jual kat sini. ingat nak beli untuk diri sendiri, tapi nggak ketemu dong!

Selain tu, korang boleh jugak beli beg kain yang berzip,  dan ada cap bandung cam gambar di bawah. 10pcs, cuma Rp50k. Ada memacam kaler, cantik dijadikan sobenir. Yang ni aku beli kat orang yang jual merata-rata tu. Mungkin korang boleh cuba mintak lagi rendah. Aku cam kesian lak nak minta rendah sangat. ish..ish..ish.. sibuk nak kesiankan orang. Sape nak kesiankan aku? hehe..Benda2 ni semua berbaloi sebab ringan. Takde la makan space untuk luggage korang. buat terlebih berat, jenuh nak bayar kat AA. Nayo sajork. Tak silap aku, 1kg xtra luggage=RM30 kan? Bengkok wehhh..


Antara hasil rampasan di Pasar Baru
 
Dan lagi... penuh beg besar yang kosong tu

Cukup dulu entry  ni. cam panjang pulak Bersambung Part 2...

No comments: