Wednesday, November 2, 2011

Bandung - Day 1 Part 4

Wellaweiii....banyaknya part untuk Day 1 ni..hakhakhak... saja nak taip pepanjang skit. destinasi kami seterusnya ialah pergi ke kedai yang menjual raket badminton terpakai, tapi branded. pak edi bawa kami gi kedai Rangkas (singkatan untuk barang bekas). Kat sana depa tak kata barang terpakai, tapi dia panggil barang bekas. kedai ni boleh tahan luasnya. Barang-barang pun banyak. Ada yang terpakai, dan ada jugak yang baru. Kasut punya la banyak. Korang jangan lupa, kami ni budget wisata. hikhik..jadi, kami akan cuba save kat mana boleh. maklum la, gaji memasing kecik je..








Barang-barang kat sini ada jugak yang original tau. Cam biasa, diorang campur yang ori dengan yang fake. So, pepandai la pilih. Harga sangat reasonable, tapi tak boleh tawar. Aku rembat gak sepasang sweater merah meroon, hb lak rembat raket badminton. semua jenama yonex.

Serius, masih sangat cantik.. Banyak sweater kaler pink untuk budak. Cantik-cantik..

Kemudian, kami pegi pulak ke Transtudio Bandung. Saja nak posing-posing untuk ambik gambar. nak masuk dalam aku tak teringin sangat. Rasa cam buang duit je. baik aku shopping. sebab dari feedback yang aku dapat dari internet, banyak masa terbuang kat dalam tu sebab korang kena beratur setiap kali nak naik permainan. kecuali la korang sanggup bayar xtra beli VIP pass...hahaha...ada berani? 




Then, kami pegi makan yang ringan-ringan saja untuk malam tu. Pak edi bawa kami makan bakso. kedai makan ni bersih, dan baksonya memang sedap. recommended lah keddai ni. korang boleh pilih bahan-bahan yang korang nak makan. contoh cam meat ball, fish ball, etc.. then dia akan taruk sup. total kami makan untuk 3 orang termasuk air Rp50k. Serius, bakso dia sedap. Tak caya, korang try la sendiri!!

Dah kenyang
 

Kualiti camera aku memang la sangat out bila ambik gambar waktu malam. nampak ketara gak noise tu kan...  Lepas makan, balik hotel, solat, then zzzzz...

Bersambung Day 2....

No comments: