Dah penat tawaf (ni kalau tawaf Kaabah ni, dah dapat pahala kan), dan tawar-menawar, perut pun dah berdondang sayang. anak aku pun dah meragam. jenuh ayahnya pujuk, dan berdokong naik turun tangga. haish!!! mamanya belum puas lagi sopping nih...huhuhu...budak kan...mana la seronok pegi tempat camni. jadi, kalau korang memang bebetul plan nak shopping sampai pengsan, if possible jangan bawa anak kecik yang tengah lasak, cam anak aku. Jenuh kejar dia pusing kedai.. ayooo.. itu belum lagi bila dia melekat nak beli mainan. Even ayahnya belikan pun, kejap je terubat, pastu wat perangai lagi. Klu baby takpe, dia boleh tido dalam stroller je. klu tak, jadi cam aku...huwaaaaa!!! (Apapun, Mama tetap sayang along..(.=_='))
Errr...back to the topic, dah lapo, kami makan je kat food court di pasar baru. luasnya food court dia. Food sangat variety. Cuma nak makan tu, tengok-tengok lah juga orang yang prepare makanan tu. senonoh ke tidak kan. Risau jugak, tempat orang. Kena ambik kira, halal ke tak. Last-last, kami makan di kedai ni je. Masakan padang. Tapi, mengikut orang kat situ, kat atas tu semuanya halal.Tepuk dada, tanya selera memasing ye.
Rp12500..boleh la untuk alas perut... |
Kami makan di kedai ni... |
Selesai makan, kami beli sobenir yang belum cukup untuk sedara mara. Pastu, terus turun dan tunggu cab kat tepi jalan. Teksi blue bird memang payah nak lalu jalan ni. Kami tunggu dah lama, tak nampak pun batang hidung diorang. Aduhhh... dah la anak ku nak berdokong. Asik cakap, along penat!! sian anak aku. Last-last aku tahan gak teksi lain.
Mana la burung biru ni?? |
Sebelum korang naik, sila negotiate harga siap-siap. Klu tak, jenuh korang kena pawww. Contoh camni:
Aku: Ke Hotel Patradisa, Jalan WastuKencana pak
Teksi: Bisa
Aku: Berapa tambangnya pak?
Teksi: Rp50k..jalan macet
Aku: Mahal pak. 25k boleh?
Teksi: Rp30k..
Aku: Oklah...
Hambik ko, siap letak dialog lagi... hehehe..ni semua pasal nak tolong korang la ni. Supaya tak kena tipu. aku tak minta pape, ikhlas tolong ni. Cuma doakan aku murah rezeki, sihat tubuh badan, panjang umo, boleh travel around the world dengan family tercinta.. Ngeeee...kata ikhlas tadi...(~_~)
Kalau tak setuju dengan harga dia, kena la tunggu teksi lain. Or call saja teksi Blue Bird. Kalau nak super duper jimat, naik la angkutan. Memang murah. Tapi, kalau nasib tak baik, dia sumbat orang penuh cam tin sardin.. Bersabarlah kalau kena camtu.. Dan mungkin jugak korang kena tukar angkutan untuk sampai ke hotel.Angkutan ni dah ada laluan memasing.. kena tanya sebelum korang terjah naik.
Van dijadikan angkutan |
Tapi, memandangkan aku n hb dah penat sangat, dengan anak wat perangai, dengan barang lagi, sambar je lah. Sampai hotel, hb dah flat, sampai demam2 petang tu sebab bawak muatan berat. ye la, anak aku dah 16kg++, sakit belakang dia, barang lagi. sudahnya petang tu kami tak ke mana-mana pun. Hb kena rest dan tido, demam urat..Uwaaaaaa!!! sob..sob..sedih wei. Kalau tak, petang tu jugak aku nak g Toko 3.. Apakan daya.. Kita merancang, Tuhan menentukan.. Ececece... frust sungguh bunyiknye...hahaha.. memang frust sesangat pun!! Hmmmm....
Bersambung Day 3 plak...
No comments:
Post a Comment