Thursday, December 31, 2009

Lembu

cuti sekolah dah sampai ke hujung pun. minggu depan aku g sekolah cam biasa. next year plak aku ngajar sesi petang. ok gak, tak la aku kelam kabut sangat waktu pagi.

pagi tadi waktu tengah prepare bekfes, ternampak la sekawan lembu dok bersidai belakang rumah aku. ermmm...leh tahan banyak nya. tu pasal, pokok yg hb tanam belakang rumah habis 'dikerjakan' dek mereka. aku tak marah kat lembu sebab aku tau lembu memang tak tau apa2. hehehe...tapi, tuan lembu lyang patut ambik tau lembu dia kemana, wat pe... tak boleh la lepas tangan camtu jer. dulu hb ada tanam pokok pisang, benih import dari kampung tu. pun settle dikerjakan... hadoiii... takkan pokok kelapa dan pisang pun nak kena pagar kot. adoyaiii...letih arr camni.



 

 

 
tengok la nasib pokok kelapa ni...bila nak besar..

 
petang ni mungkin ada tetamu akan datang rumah aku. almaklum, rumah aku ni kira rumah tumpuan gak la dikalangan adik beradik aku, juga adik beradik hb. so, tugas aku ialah mengemas rumah dan memasak. ni  aku baru jer balik dari pasar. aku beli ayam dan ikan. ada udang, tapi nampak udang lama. tak fresh. so aku tak beli la. yang nak mai tu pengantin baru. hikss... derang ni pun cikgu. semalam baru je derang dapat tau posting kat selangor. hari isnin melapor diri. hb tolong derang cari rumah sewa kalau boleh area Sg. Buloh sebab si isteri ni dapat posting kat SK Sri Kundang, si suami lak kat SK Gombak Setia. hmmm... tak tau la sempat dapat tak rumah sebelum isnin.

baki gambar semalam.... 


 kak chaq & mak ndak (adik mak aku)

 
Baihaqi tengah melayan Disney channel..



 

 
depan rumah bang chik

Tuesday, December 29, 2009

kenduri cousin

cuti krismas yg baru lepas ni, aku balik kg hari khamis malam.  bertolak dari KL pukul 10.30 malam. singgah isi minyak kat Shell Tanjung Malim.


sampai kedah lebih kurang pukul 4 pagi.esoknya, pe lagi bantai tido arrr...ngantuk siot. chaq dah balik kedah awal sehari dari aku.anak aku dan anak2 sedara semua memang seronok sangat la. ye la, laman rumah luas, ada ayam, arnab... hehehe...main tak ingat depa tuh.


 

Plan asal, Jumaat pagi tu nak ke rumah ngah. nak tolong apa2 yang patut untuk persiapan kenduri tu. tapi, chaq plak kempunan nak makan gulai kepala ikan plotan. dia dah g nat (pasar pagi) kat tok jalai awal2 pagi lagi. nak tak nak, kami masak tengahari dulu, then lepas makan baru bertolak ke Bedong.

aku n hb g lewat skit. lepas isyak baru ke sana. sampai rumah ngah, kami keluarkan acar buah yang ditempah dari tok njang. borak2 kejap, dalam pukul 12 t/mlm camtu, kami ke sungai petani. tido rumah baru bang chik rumah ngah dah ramai orang, tak cukup space nak tido. ni gambar rumah bang chik.




esoknya, bang chik n hb kuar g beli bekfes. macam-macam ada, nasi lemak, roti canai, kuih muih... kenyang...

pastu, semua orang mandi dan siap. terus bertolak ke rumah ngah. jom kita layan few pics yang aku ambik... kualiti gambar hampehhh... aku tersilap edit... hancusss sume gambar. (hehehe...macam la gambar sblm ni lawo2...hiksss, perasan plak)

tok aku

 
 widad tengah makan

 
otroman taroo...hiapppp!!!

 
gotong royong memasak

 
posing atas katil pengantin

 
 selamat pengantin baru...jalan laju tak hengat..

 
aktiviti makan-makan lepas kenduri

Wednesday, December 23, 2009

dah tua lagi setahun

heppi besday to me...heppi besday to meee.huhuhu....sedih sebab umo aku meningkat lagi setahun. makin tua la gue. banyak lagi ni perancangan idop aku. moga2 Allah izinkan semua cita-cita dan impian aku tercapai. aku blm fikir lagi nak celebrate hari ni macam mana. bz arrr.... mak, kakak ada kat rumah aku. dorang tengah siap2, nak bertolak balik kedah dengan chaq sekeluarga. uwaaaa....bestnya balik kampung. nak itut...nak itut.... aku memang dah gedikz gila nak balik kg nih. tapi apa kan daya, esok hb keje lagi. malam baru bertolak balik. tak best laaa... kejap sangat kat kedah. tak sempat bontot panas, dah kena chiow balik KL hari ahad, isnin dah keje. kena g sekolah. ada orientasi bebudak tingkatan 1.


ok, citer besday tadi. hb ada bagi kad. thanks to hb.

malam ni hb belanja makan kat luar. tapi, tak plan lagi la nak makan apa. hehehe...walau dah petang, tak sempat aku nak pikir. jadinya, sambutan besday aku tahun ni tak la sehavoc mana kan... biasa and simple jer. janji ada ingatan dari hb, tu pun dah cukup baik. love u dear....

Tuesday, December 22, 2009

anak sedara

hari ni dan semalam ramai la kanak2 kat rumah aku. chaq hantar wardah dan fakhri ke rumah aku. diorang bawa anak yang bonsu Widad ke hospital untuk checkup. jadi, Baihaqi ada ramai kawan. pe lagi, main sakan la dia. tak boring sebab ada kawan. aku pun senang sebab dia tak kacau aku nak wat keje, nak surf tenet. hehehe.... wardah dah 4 tahun, fakhri plak sebaya dengan Baihaqi. tak susah nak handle. habis sangat pun, diorang gaduh. biasa la, rebut mainan la, basikal la... ermmm..macam-macam bebudak ni. seronok kan jadi budak, tak de masalah. hidup diorang heppi jer.

pagi tadi aku g pasar beli ayam, ikan dan sayur untuk masak tengahari. then balik, terus jer masak. sudah masak, bebudak tu semua tidur, letih main la tu. ada la lebih kurang 2 jam lena, pastu masing-masing bangun. terus g main basikal kat depan rumah. hiksss...aktif sungguh. tak reti dok diam. boring main basikal, dorang masuk dalam rumah. Wardah sibuk ngajak 2 orang tu mewarna plak. tukar program lagik. hihihi....


terlena keletihan

main basikal kat luar rumah

aktiviti mewarna pulakk...

Sunday, December 20, 2009

kenduri

hari ni aku jadi chef, dibantu oleh kakak aku. kami memasak untuk lebih kurang 12 orang. dah la bidan terjun sebab tau pun lewat... tapi Alhamdulillah settle. tetamu aku ialah family kak chaq dari seremban. dorang datang untuk tolong chaq n family mengemas rumah. almaklum, dorang kan baru jer pindah semalam. jadinya, banyak kejer kemas mengemas nih kena buat. jadi, aku sebagai adik n ipar yg baik (cheeewah...perasan sehhh) pun tolong memasak untuk diorang makan. sian kan, keje penat2. lagi pun, rumah kak chaq pun masih berselerak lagi. dapur pun belum tersusun barang. jadinya susah untuk dorang memasak kat rumah tu. menu aku simple jer, ayam masak kicap; sedappp...rugi kalau tak makan nih, sayur air petola, ikan goreng, sambal belacan, kentang goreng bawang, masak lemak cendawan (lauk malam semalam), dan ulam-ulaman. air sirap ros. haaaa... mesti korang terliur nyer. hehehe...sila gelak dengan penuh bangga ek.

dah settle pun aku ngemas pinggan mangkuk yg diguna untuk acara memasak dan makan2 siang tadi. cik ah beru jer balik ke putrajaya.esok dia dah keje. Baihaqi plak syok je lena. siang dia langsung tak tido. seronok ada sepupu dia main sesama. naik turun tangga rumah chaq tu tok sah cakap la. berpuluh-puluh kali. hiii.... risau... aku? di sini update blog nih. gambar idak ler aku ambik sebab bz. xsempat nak fikir untuk snap gambar. bila dah selesai acara makan2 baru terpikir, aduhaiiiii...nape la aku tak ambik gambar. klu tak, leh letak dalam blog. hehehe...tak pe la kot takde gambar kan.  janji ada citer, ye tak? hb ai plak jadi orang paling bz menolong chaq ke sana ke mari. boleh tahan banyak gak barang dorang tu. hmmm..kena slow slow la kan ngemas. kalau tak, nanti penat.

hujung minggu ni nak bertolak balik ke Kedah sebab sepupu aku kawen. aku plan nak balik awal sikit, tapi hb dah takde cuti. so, terpaksa la balik lewat gak. hari Khamis malam baru bertolak. huhuhu...cuti sekolah kali ni langsung aku tak berpeluang me'laypark' kat kampung. rindu weiii...aku nak jumpa bang chik n family. rindu kat budak kecik 2 orang tu; izzah dan aqilah. kenduri hari sabtu, hari ahad dah kena balik KL semula.

Minggu depan dah kena pegi sekolah. kejapppp jer rasa cuti. tak sempat aku nak berpoya-poya dah sekolah nak buka dah. huh..kena la aku control macho aku depan bebudak semula. maklum, ai kan cikgi. takkan u all tak tau? nak ho ha ho ha pun tak berani youuu... leceh kan. sebab aku tak boleh jadi diri aku yang sebenar. sume nak kena control. makan, pakai, berjalan...senang citer semualah... sebab tu dalam blog ni aku cuba untuk ekspresi (wow...bahasa kelas tinggi tuuu) diri aku yang sebenar... hahaha....


 
 
3 gambar kat atas ni, view belakang rumah aku

opsss...lupa nak cakap. esok aku kena g sekolah. ada mesyuarat guru. hmmmm...malas nyerrrr

Friday, December 18, 2009

Happy 5th wedding anniversary

Aku n hb celebrate wedding anniversary ke-5 hari. bukannya wat kenduri, ada kompang bagai. hiksss...over la tu. juz kuar g makan. semalam kan aku dah janji nak tunjuk hadiah anniversary tahun ni... hb ada bagi kad juga kad aku. ok la, kira dia masih ambik berat pasal tarikh2 penting ni. Alhamdulillah...

ni pic kad yg aku dapat. simple n nice. but sorry, coz kualiti gambar teruk. aku malas nak adjust. nak cepat. jap g nak masak. my mum dah on the way ke sini. dia puasa lak tu. kang aku xmasak, jenuh mak aku lapor. kejam lakss....


ini la present anniversary tahun ni...tv LCD, ganti tv tua kat rumah yg dah teruk. kalau tengok gambar, batang hidung orang pun dah tak nampak. nasib baik tv tua tu tak ok. kalau tak tak merasa la aku ber'tv' baru. hehe... thanks hb..muahhhh...

ok, untuk suami tersayang, semoga hubungan kita berkekalan hingga akhir hayat, dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan serta keredhaan Ilahi.

Selamat Tahun Baru 1431H....

Alhamdulillah...aku masih bernafas sampai hari ni. hehehe...boleh sambut tahun baru lagik. sihat tubuh badan, murah rezeki, apa lagi nak kan? pagi ni aku masak bekfes cucur fav. hb. Cucur bawang!!! hehe...simple je hb ai tu. suka cucur bawang, ketayap, kari. nasib la ai tau masak sumer tu. kat tv nanti mesti ada perhimpunan Maal Hijrah. himpun tu himpun jugak, tapi apa faedah yang kita dapat ek? aku rasa lebih kepada mengabih bores dan duit kerajaan jer. pendapat aku la kan, lebih baik buat majlis solat hajat minta supaya Malaysia ni bebas dari bala, sujud syukur, baca Yassin...lebih berfaedah dan berkat.

korang tak risau ke tgk Malaysia ni dah mula bergegar. aku? serius aku takut. ye la, selama ni kita dok bangga negara kita bebas dari lingkaran gempa bumi.. kita mudah lupa kan... kita lupa dengan kuasa yang di atas sana. kalau dia nak tunjuk, sekejap je jadi. tambah2 negara kita yg maksiat dah berleluasa, pemimpin yang jahil agama... huh..bila tulis menyampah aku sebab terbayangkan muka bijan dan si katik...

waa... n3 aku ni kira ada pekdah gak la ni ye. nanti sambung lagi. nak siang ayam & ikan, kemas rumah. banyaknye keje aku... plus budak kecik ni dok kacau aku. memang jeles budak ni bila tengok aku ngadap komputer..