Saturday, August 29, 2009

mak tok n family were here

semalam mak tok datang untuk berbuka puasa kat rumah aku. dia datang dengan bang t, kak ija, n my lovely kakak. the main reason datang KL sebab nak jenguk cucu. ingat tak the previous post that i mention before. (huyooo...speaking beb... hambik korang...). aku very the excited la utk sambut diorang. hb balik keje terus sapu n lap lantai...muaaahhh...muahhhh... luv u laling... kata laling, nak jaga status aku depan mak. tu tanda cayang bini....chewahhh...sempat lagi tu... kira merasa gak la aku berbuka dengan mak. sooo...menu semalam special la kann..kan...takkan nak masak yang besa besa jer...cehh...perasan lak aku...ye la, masyarakat marhain cam aku ni, menu gini kira mewah arrr......jangan kutuk aku tau... nanti kurang pahala posa korang. nak ke... ahakss...

apa aku masak??? jeng..jeng..jeng... masak lemak ketam, ikan goreng lada hitam, bayam goreng, burger, kuih bom. yang kelakarnya, kuih bom aku betul2 jadi bom...hahaha..siap meletup n pecah sana sini lam kuali...lagi teruk ada kuih tu sampai isi sumer keluar, tinggal kulit jer...hampess keladi tol. malu i uoulsss kat mak n kakak ipar baru....tergelak besar my laling bila tengok kuih aku. jadinya...aku tak snap la gambor kuih selepas goreng tu. muehheheheh...malu weiiii...

bila bukak posa ramai2 camni, rasa syok ja. teringat kenangan waktu aku kecik2 dulu. rumah kampung kat tengah bendang. keliling pokok kelapa. arwah ayah time tu, rajin la dok kait kelapa muda. ayaq kelapa wat minum, taruk gula skit, pastu letak aiss... meleleh wa cakap lu... air kelapa muda fresh tu...bukannya sikit. berjag2... almaklumlah uoulsss... i kan ramai bala tentera...7 beradik. sikit2 mana nak kenyangkan... mak plak memang tak menang tangan la. masak macam2 juadah. aku sejak kecik memang tak pernah bukak posa dengan nasik coz mak memang rajin. ada jer benda yg dia masak. agar2 tu wajib. pastu mesti ada nasi kerabu ker, bihun/mee/koew tiaw goreng ker, bubur lambuk ke... kuih sekurang2nya 1 jenis...memang pueh hati lebih dari tu... lepas berbuka, semua solat maghrib, isyak n terawih berjemaah. arwah ayah jadi imam... syahdunyaaaa bila teringat kenangan tu. indah, mendamaikan... aku rindu weiii...


time sahur plak, katakan waktu tu musim menuai. bulan mengambang penuh dengan angin tiup malu2 gitu... lepas makan boleh aku dengan kakak n abang aku g main lam bendang. kebetulan air bendang plak kering. syok tuuu...pepagi buta g bendang. paling aku tak boleh lupa, berak lam bendang, pastu ambik jerami tutup najis takut orang jumpa. aku kat hujung ni, kakak aku hujung sana, abang aku hujung sinun. pakat dok bertinggung......gila ko kelakar .. dah la tu, kengkadang berak dalam bendang orang lain. bukan bendang arwah ayah...hahaha.... tak takut plak tu kot2 terjumpa cik u**r ke. mana la tau kan, syok2 bertinggung, tiba2 makhluk ni muncul...huh..tak terpikir langsung time tu. memang kenangan tu manissss sesangat...betul2 aku rindu sebab kenangan tu aku takkan jumpa kat mana2 lagi dah kan... even budak2 sekarang g bendang real pun tak penah kot...apa kelasss bebudak sekang ni kan...asik2 ngadap tv, komputer, surf tenet. tak best laaa. tak adventure gitu.. eeeeiii...i dun like tauu...

mak aku dalam dok kalut siap nak balik tadi, dan lagi wat karipap untuk bekal balik. jadi, aku tak yah la masak kuih dah hari ni. rajin betul la omak aku nan sorang ni. anak dia jer kaya dengan vitamin 'M'. hiksss... apa la aku ni kan...

merapu jer aku... sekian. itu saja citer untuk hari ni. kita bertemu lagi di lain siaran. alkisah mak aku & sumer pengiring2 dah pun berangkat pulang tengahari tadi ke negeri tanah tumpa darahku... jelapang padi...

Thursday, August 27, 2009

Wardah dah ok

Pagi tadi sempat bawa baihaqi g nursery. juz nak hilangkan boring dia dok main sorang2 kat rumah. plus aku nak dia makan. macam2 aku masak, semua sikit jer dia makan termasukla nasi. tapi, kalau kat nursery bukan main selera. dia antara yang paling banyak makan. sabau jer laaa... adik, mama masak tak sedap ker?? fening...fening....

pas balik dari nursery, aku call chaq nak tanya khabar wardah. Al-hamdulillah...dia dah ok. semalam pukul 9 dia dibenarkan balik. lega hati aku dengar. chaq cuti hampir 2 minggu untuk tunggu wardah kat hospital... pas ni, still kena pegi hospital gak. untuk follow-up.

ni peringatan untuk parents di luar sana. kalau anak2 anda batuk yang anda rasa teruk, please la bawa anak2 cepat ke hospital. force the doctor untuk buat detail check-up. jangan sampai jadi cam wardah. doc buat derkkk jer. last2, my brother force them. then baru detect ada pneumonia. lagi2 kalau batuk tu dah lama. means, more than 1 week. tolong ambil berat. jangan ambik mudahhh occayyy!!!

ni dah pukul 3 petang, tapi aku lum masak apa pun. takde idea nak masak apa. malas pun ada. bila la mak baihaqi ni nak rajin macam mak orang. ekekeke..... ni kalau ada mak metua, dia mesti pening nengok menantu dia kena sindrom malas....

semalam (5 Ramadhan), aku aku wat kuih mudah je. kuih keria. aku guna 4 biji keledek. dapat dalam 20 biji keria. pastu aku masak nasi putih, masak merah udang, cendawan goreng. hb aku ni minat betul cendawan goreng. heran aku... bagi aku tak la sedap mana sebab bila kita goreng dengan tepung, rasa cendawan tu kureng. rasa tepung plak yang lebih. walau pun bila kita makan, kruk..krak..kruk...krakk... bunyinya... errrmmmm...taste memasing kannn.. aku plak suka cendawan tu goreng dengan sayur campur ke, wat sup ke...baru la bila makan kita rasa liat2 cendawan tu... baru sedap.

sempat gak malam semalam snap gambar baihaqi. lama dah rasa tak ambik gambar dia. sporting jer dia posing. dulu kemain susah nak shoot gambar. ni siap senyum simpul gittewww...hikssss...hensem anak mama...
tulis tu tulis gak... korang takde idea ker nak masak apa utk berbuka hari ni... serious aku blurrrr....idea tak mari oooo.... kasi idea skit???

Wednesday, August 26, 2009

Ke Selayang Mall

Semalam, lepas hantar Baihaqi ke nursery, aku pegi ke Selayang Mall. Tujuan utama nak beli baju raya. Minggu lepas, ada juga cari baju raya dengan hb. Tapi, takde yang berkenan. Bila sampai, hehehe...mesti melencong kejap. Port yang aku suka salah satunya ialah kedai buku. yang ada kat situ cuma Popular. lama aku lepak situ. Last2 aku beli majalah 'Storage'. Harga Rm9.90. Majalah ni best. Sebelum ni, aku asyik beli Impiana atau Anjung Seri. Majalah ni walaupun cuma 90 m/s jer, isinya padat. Iklan sikit sangat. 1 m/s saja. Bagi aku memang sangat2 berbaloi. Tak rugi aku beli. Ceritanya memang sama dengan tajuk. Lebih banyak berkisar kepada cara-cara untuk menyimpan barang2 dalam area yang kecil. Menarik dan padat!! Lepas ni, mungkin aku jadi pelanggan setia 'Storage'.




Lepas sejam lebih, sedar2 dah dekat pukul 12 tengahari. baru kelam kabut cari baju raya. sebab dah penat berdiri dan berjalan, aku beli jer baju yang mana aku rasa match degan color baju hb n baihaqi. lantak la. malas aku nak round lagi. xlarat den. baju pun murah jer. tahun ni tahun aku berjimat. tak boleh overspent sebab budget sangat tight. kena berjimat cermat. bonus pun takde tahun ni. lagi parah...huhuhu...sian kan kat aku. mana nak raya lagi. semua tu duit. kuih raya pun aku xbeli lagi. nak buat pun, tinggi gak kos. hb cakap baik beli jer. adehhh....

sebut pasal duit, aku pening kepala dah. baru2 keter lagik minta diganti sana sini. bukan rosak. tapi dah memang sampai masa. minyak hitam nak kena tukar, tayar botak, timing belt pun nak kena ganti....adehhh laaa... fenin wooo....duit...duit...bila la ngko nak turun dari langit.

balik dari Selayang, terus ambik baihaqi dari nursery. pastu masak untuk berbuka.
menu semalam -

4 Ramadhan:
nasi putih, sotong masak lemak cili padi, sayur goreng, ikan goreng, burger.....

Monday, August 24, 2009

Menu awal Ramadhan

dah lama tak buat aktiviti masak-memasak nih. sejak mula bekerja, malas..hehehe... tapi oleh sebab awal Ramadhan jatuh pada time cuti sekolah, so aku pun boleh la masak kuih-muih ni.


1 Ramadhan
menu berbuka: nasi putih, terung goreng cili padi dengan lauk-pauk, cucur bawang (fav. hb)


2 Ramadhan
mee sup, ketayap (first time aku buat. Alhamdulillah menjadi). hb siap puji sedap...kembang idung aku. hahaha.... ni pun kuih fav. dia juga.

Bancuhan tepung untuk kulit ketayap

Inti ketayap...kelapa tua skit... kalau kelapa muda lebih sedap

Tadaaaa.... siap ketayap aku...nyum..nyum..nyumm

3 Ramadhan

nasi putih, cendawang goreng tepung, ikan kering goreng, sup daging, kuih talam pandan. talam pandan ni cubaan pertama jugak. Dan alhamdulillah lagi sekali. menjadi dan permukaan atas kuih pun cantik...smooth jer. takde kawah gunung berapi ke, berombak2 ke.... bangga gak la. rasa pun sedap. lemak dan manis.

Cendawan goreng tepung

kuih talam....

yummyyy.... sedap!!! jemput makan semua....

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN DATANG LAGI.....

Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak... bulan penuh keberkatan yang dinantikan oleh semua makhluk Allh di muka bumi. Tak terkecuali aku. rasa teruja sangat. jadi, kena mula dengan rutin biasa. bangun sahur, masak untuk berbuka, solat terawih... tapi, cam biasa. aku solat sendiri di rumah. hb jer yang solat di masjid. ada anak kecil kan, tak berani aku heret. takut2 mengganggu jemaah lain berjemaah.

minggu lepas, anak buah aku wardah masuk wad sebab pneumonia. sebelum tu, dia memang batuk2. teruk gak bunyinya. chaq dah bawa wardah ke klinik, ke hospital...semua doc cakap batuk biasa. dah abang aku paksa, baru diorang check betul dan x-ray dada. lepas tu baru nampak yang paru-paru dia ada infection. tu la perangai doc kat mesia nih. suka ambik mudah bila orang biasa cam kita ni. tapi, bila vvip ke, bukan main sakan melayan. kadang aku nyampah dengan situasi camni. bukan vvip tu bagi diorang makan pun.

hari ahad, aku g jenguk wardah kat wad. sian nampak kena cucuk tangan untuk masuk air dan ambik darah untuk test H1N1. alhamdulillah, hari ni condition dia makin baik. tak perlu masuk air lagi. makan pun dah selera skit. syukur pada Allah. mak pun dah sampai dari kedah pukul 3 pagi tadi, semata-mata untuk tengok cucu. mak..mak.... cucu dan tok, memang la... heehehe...

kepada semua umat Islam, "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK"

hahaha...yang lagi best, esok mula cuti sekolah for 1 week...bestnya!!!!!

Tuesday, July 28, 2009

apa korang akan buat....

kalau korang jadi aku, macam mana korang akan buat ye? aku ni dalam dilema. cikgu-cikgu sekolah aku kan disuruh beli baju korporat kononnya. tapi design sebijik cam baju operator kilang/ makcik cleaner pakai. tapi harga rm150 termasuk upah jahit. bagi aku yang fulusnya cukup2 makan, memang aku rasa sangat terbeban. lagi, aku tak suka design tu. kalau pakai, huyooooo... buruk la. masalahnya, guru kanan jabatan math sc cam memaksa aku suruh beli jugak baju tu. sedangkan kalau ikut kemampuan, aku belum mampu. dah tu, aku cikgu baru. belum pun dilantik ke jawatan DG41, tapi nanti dikira pandai melawan. huhuhu..... silap2 haribulan, diorang markah rendah untuk penilaian aku sebab tak ikut arahan. so, kalau korang jadi aku, korang beli ke tak? atau korang wat derkkkk jer. cikgu2 lain semua beli sebab kami digertak ekceli. kira aku antara 2-3 orang yang tak beli. tapi diorang semua cikgu lama, dah confirm pun. pening gak aku dok pikir menda nih. sebab aku betul2 tak nak beli. korang plak rasa macam mana? patut ke aku buat ikut kemampuan aku? takkan nak kena bergolok bergadai/berhutang semata-mata sepasang baju?

hari ni aku rasa letih sangat. sibuk ke sana sini uruskan budak yang nak ke MSU esok. tiba-tiba jer aku jadi bidan terjun untuk handle menda ni, sedangkan ini kejer orang lain. sabor je la. ini la dunia perguruan. kejer sampingan terlalu banyak sampaikan fokus untuk p&p sangat kurang. tak cukup masa untuk wat preparation. kengkadang tu, bila masuk kelas ngajar ikut dan jer. takde perancangan teliti sebab time constraint. event terlampau banyak. majlis itu, majlis ini, bulan itu, bulan ini. belum lagi termasuk nak organize lawatan, camping... semua kena ikut prosedur...letih teramat. bila balik dari sekolah, ikut badan, memang rasa nak tido jer... hmmmm... bila la aku boleh jadi super woman yang hebat. boleh bekerja dan urus rumah tangga dengan baik.

minggu ni, sekolah ada july test. walaupun tak perlu wat preparation untuk p&p, banyak keje yang aku kena bereskan. aku kena siapkan buku program bulan patriotik, wat dokumentasi bulan sc math, preparation untuk karnival ict 4 ogos, siapkan sijil berhenti budak kelas aku (tingkatan 5), wat slide power point (8 presentation) untuk subjek math, bawak pelajar ke MSU, shah alam, siapkan folio bebudak psk, pendek kata dalam masa yang singkat ni, semua nak kena buat. aku tak larat... sebab semuanya rushing. penyelaras makmal komputer lagi. tu pun, aku belum hias makmal tu. sikit-sikit jer aku buat... rasa nak demam kalau difikir-fikirkan... nanti nak tanda kertas ujian lagi (aku ngajar 8 kelas). tolong la aku....


Thursday, June 25, 2009

Last aku update blog ni sebulan lepas. dalam tempoh ni, banyak sungguh peristiwa dalam hidup aku, terutamanya sekolah. ermmm... bila dah jadi pendidik ni, tak dapat tidak, mesti akan citer jugak hal2 sekolah. jadi macam terapi pulak bagi aku, sebab kalau nak citer kat orang, even hb sendiri pun takkan faham. kadang2 cam malas layan. so, it's better for me to write here.

cuti sekolah yg baru lepas ni, aku attend kenduri kawen bang t di Pasir Gudang johor. Jauhnya berjalan. kos pun tinggi. huhuhu...senang citer, kopak la poket aku yang memang sedia kering ni. lepas kenduri di johor, kenduri kat kg aku pulak di kedah. duit lagiiii.... bila dah lepas kenduri, rasa lega teramat. nanti la aku letak gambar. malas nak resize....


lepas balik kg, balik semula kl pd minggu ke-2 cuti sekolah. duit melayang sebab repair keter. macam2 hal plak. dah la tengah semput, keter pulak time2 ni la nak bermanja. absorber mintak di ganti, bateri keter kong sebab aku lupa nak tutup lampu, asbestosss betul. pastu 'tulang anjing' keter pecah, brek bocor.... ohhhh...banyaknya duit nak kena kuar. nak pitam gak aku. pastu, hb dah bgtau awal2 kena standby dalam 400, sebab ada parts brek keter tu yang bermasalah. mintak diganti. Ya Allah..... bertimpa2 masalah.

tapi dalam dok sesak2 pun, aku sempat gak beli perabot untuk rumah. 2nd hand jer. 3 buah almari RM450. murah kan? kalau beli yang baru, mau seribu lebih. perabot tu pun masih cantik lagi. aku beli kat serendah, selangor. kedai tu baru bukak sebln jer. tapi, pilihan perabot terpakai dia not bad. banyak gak la pilihan. susah nak cari perabot terpakai yang masih elok. nanti aku snap gambar. jangan jelesss tau bila korang tengok....

huhuhu...aku malas nak snap n upload gambar... jangen mareee arrr...