Tuesday, July 28, 2009

apa korang akan buat....

kalau korang jadi aku, macam mana korang akan buat ye? aku ni dalam dilema. cikgu-cikgu sekolah aku kan disuruh beli baju korporat kononnya. tapi design sebijik cam baju operator kilang/ makcik cleaner pakai. tapi harga rm150 termasuk upah jahit. bagi aku yang fulusnya cukup2 makan, memang aku rasa sangat terbeban. lagi, aku tak suka design tu. kalau pakai, huyooooo... buruk la. masalahnya, guru kanan jabatan math sc cam memaksa aku suruh beli jugak baju tu. sedangkan kalau ikut kemampuan, aku belum mampu. dah tu, aku cikgu baru. belum pun dilantik ke jawatan DG41, tapi nanti dikira pandai melawan. huhuhu..... silap2 haribulan, diorang markah rendah untuk penilaian aku sebab tak ikut arahan. so, kalau korang jadi aku, korang beli ke tak? atau korang wat derkkkk jer. cikgu2 lain semua beli sebab kami digertak ekceli. kira aku antara 2-3 orang yang tak beli. tapi diorang semua cikgu lama, dah confirm pun. pening gak aku dok pikir menda nih. sebab aku betul2 tak nak beli. korang plak rasa macam mana? patut ke aku buat ikut kemampuan aku? takkan nak kena bergolok bergadai/berhutang semata-mata sepasang baju?

hari ni aku rasa letih sangat. sibuk ke sana sini uruskan budak yang nak ke MSU esok. tiba-tiba jer aku jadi bidan terjun untuk handle menda ni, sedangkan ini kejer orang lain. sabor je la. ini la dunia perguruan. kejer sampingan terlalu banyak sampaikan fokus untuk p&p sangat kurang. tak cukup masa untuk wat preparation. kengkadang tu, bila masuk kelas ngajar ikut dan jer. takde perancangan teliti sebab time constraint. event terlampau banyak. majlis itu, majlis ini, bulan itu, bulan ini. belum lagi termasuk nak organize lawatan, camping... semua kena ikut prosedur...letih teramat. bila balik dari sekolah, ikut badan, memang rasa nak tido jer... hmmmm... bila la aku boleh jadi super woman yang hebat. boleh bekerja dan urus rumah tangga dengan baik.

minggu ni, sekolah ada july test. walaupun tak perlu wat preparation untuk p&p, banyak keje yang aku kena bereskan. aku kena siapkan buku program bulan patriotik, wat dokumentasi bulan sc math, preparation untuk karnival ict 4 ogos, siapkan sijil berhenti budak kelas aku (tingkatan 5), wat slide power point (8 presentation) untuk subjek math, bawak pelajar ke MSU, shah alam, siapkan folio bebudak psk, pendek kata dalam masa yang singkat ni, semua nak kena buat. aku tak larat... sebab semuanya rushing. penyelaras makmal komputer lagi. tu pun, aku belum hias makmal tu. sikit-sikit jer aku buat... rasa nak demam kalau difikir-fikirkan... nanti nak tanda kertas ujian lagi (aku ngajar 8 kelas). tolong la aku....


No comments: