Monday, August 24, 2009

Menu awal Ramadhan

dah lama tak buat aktiviti masak-memasak nih. sejak mula bekerja, malas..hehehe... tapi oleh sebab awal Ramadhan jatuh pada time cuti sekolah, so aku pun boleh la masak kuih-muih ni.


1 Ramadhan
menu berbuka: nasi putih, terung goreng cili padi dengan lauk-pauk, cucur bawang (fav. hb)


2 Ramadhan
mee sup, ketayap (first time aku buat. Alhamdulillah menjadi). hb siap puji sedap...kembang idung aku. hahaha.... ni pun kuih fav. dia juga.

Bancuhan tepung untuk kulit ketayap

Inti ketayap...kelapa tua skit... kalau kelapa muda lebih sedap

Tadaaaa.... siap ketayap aku...nyum..nyum..nyumm

3 Ramadhan

nasi putih, cendawang goreng tepung, ikan kering goreng, sup daging, kuih talam pandan. talam pandan ni cubaan pertama jugak. Dan alhamdulillah lagi sekali. menjadi dan permukaan atas kuih pun cantik...smooth jer. takde kawah gunung berapi ke, berombak2 ke.... bangga gak la. rasa pun sedap. lemak dan manis.

Cendawan goreng tepung

kuih talam....

yummyyy.... sedap!!! jemput makan semua....

No comments: