Thursday, January 24, 2008

peristiwa baru...

bulan ni bln yg paling bz lam idup aku. aku balik kedah dgn syafiq n asben. g uum utk register DPLI 3hb jan ari tu. setahun aku kat kedah. mula la idup aku sbg student. kena orientasi 3 hari. tp best gak la kat uum nih. orientasi pun tak pack sgt. sampai pkl 4.30 ptg jer. mlm free. aku siap ulang alik lagi dr rumah ke uum. register masuk asrama YAB, tp tak dok situ pun. penyelaras program kami En. Rosli. dia memang best n baik hati. caring pasal kami, 38 org nih. satu course jer kat sini, ICT. syafiq dok rumah dgn mak njang dia. bila mak balik mekah 15 hb nanti, mak plak jaga syafiq dgn cik ah. best la syafiq, ada 2 penjaga. syafiq tolong teman kan mak tok. tak la mak tok sunyi sangat. aku plak, hari2 berulang dari rumah kepala batas ke uum. kongsi keter 3 orang. aku, salehha n kak nina. aku parking keter wira merah aku tu kat rumah salehha, then naik keter dia ke uum. aku tak berani lagi nak bawa diorang sumer. maklum la, pemandu amaturrr...lagi pun jimat minyak skit...aku kira2, kalau sorang jer berulang, rm300 untk minyak setiap bulan. sengkek...dah la elaun aku jauh beza dgn gaji aku sblm ni. huhuhu......kelas aku dari ahad sampai rabu. khamis sampai sabtu takde kelas. best!!! tp, discussion group bnyk. tujuh subjek sem ni, tujuh group.....tu kureng best. aku tak berapa suka group bnyk2 ni sbb aku dok luar. kalau dok asrama cam org lain, xde mslah sgt. tak kisah la. yg penting, aku akan wat yg terbaik ikut kemampuan aku.
Citer syafiq
Balik kedah, syafiq batuk n selsema. mungkin sbb habuk n cuaca yg bertukar. maklum la, sblm ni dok lam hutan, la ni dok kat kg, panas kering...dekat seminggu gak la baru ok. dah lega selsema n batuk, mai penyakit sembelit pulak. adoiiii...sian syafiq. satu-satu masalah. nak berak sampai kena korek, keras sgt najis dia. ni dah seminggu lebih sembelit. jenuh bagi minum air bnyk2, buah pisang la, betik la, still sama gak. mungkin nak kena tukar susu plak. hari ahad baru ni, dia terjatuh. tersembam mulut dia kat simen. luka n berdarah banyak. panik gak aku. terus chaq n kak chaq bawa aku n syafiq ke klinik. tq very much chaq n kak chaq. sanggup susah payah walau pn waktu tu diorang dah nak bertolak blk kl. nasib baik doc kata tak sampai kena jahit. ntah macam mana leh jatuh. benda nak jadi kot....

Wednesday, December 19, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA .....

Hari kebesaran umat Islam tiba lagi. Hari ni bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1428H. Esok seluruh umat Islam di Malaysia akan sambut Aidiladha. Perayaan terbesar bagi orang Islam. Macam biasa, tahun ni kali ke-3 aku n hb beraya kat kl. tak balik kg. cuti pun takde. lagi plak, aku nak siapkan kerja2 pejabat yang tertangguh sebelum tinggalkan tempat ni. sayang juga sebenarnya nak pegi dari sini. ye la...sedar tak sedar dah 3 tahun aku kejer kat sini. macam2 pengalaman yang aku dah tempuh. hehehe...aku tak de idea nak tulis apa sebenarnya. cuma nak ucap "SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA" kepada seluruh umat islam.
pagi tadi terima sms dari chaq di mekah. diorang akan bertolak ke muzdalifah pula untuk ibadat melontar. aku sentiasa mendoakan mak dan chaq selamat dan dilindungi oleh Allah. Terharu bila mengenagkan impian, harapan dan cita2 mak akhirnya terkabul pada tahun ni. tak sabar nak tunggu diorang balik dari mekah....

Tuesday, December 4, 2007

24 November 2007

Tengahari aku terima panggilan tel. dari hb. Dia kata TAKIPP bgtahu syafiq demam lagi. Baru jer sabtu n ahd lepas, dia demam. Ni demam pulak lagi. Waktu tu, aku rasa jantung aku dah lain rentaknya. Terus kami bawa syafiq kek Klinik Kesihatan Tmn Ehsan. Dah jumpa doctor n mention pada doctor yg syafiq kerap demam. So, doctor suruh pegi ambik darah untuk testing. For sure syafiq nangis bila kena ambik darah. Dia kena cucuk 2 tempat. 1 kat siku, sebelah atas. Tapi darah tak keluar. Jadi nurse ambik darah kat bahagian atas belakang tapak tangan. Aku tak sanggup nak masuk n tengok syafiq kena inject camtu. Aku suruh hb jer bawa syafiq. Then darah tu kami bawa ke makmal. Petugas kat situ terus check n print the result. Kami bawa result tu utk jumpa doctor. Muka doctor tu nampak berubah. Dia tanya jenis antibiotic yg syafiq pernah ambik sebelum ni. Tapi both of us tak ingat nama ubat tu. Sebab dia kata sel darah putih syafiq is very strong. Tak response to any antibiotics given by the doc previously. Sebab tu syafiq asyik demam sebab virus yg ada dlm darah dia tak mati. WBC=19.7. Then, doctor suruh kami ambik antibiotic yg baru kat kaunter n come back in 3 days, means Jumaat petang untuk blood testing. Waktu tu, aku terasa macam nak menangis. Kesian syafiq, dah la asyik demam. Ni nak kena inject lagi untuk ambik darah. Dia masih kecil n tak tau apa2 pun. “Ya Allah, lindungilah anakku dari segala penyakit yang berbahaya. Aku tak sanggup tengok dia menderita dan menangis kesakitan.” Balik dari klinik, hb htr aku kat ofis dan dia terus balik rumah dgn syafiq. Kat opis, aku tak blh langsung nak concentrate pada kerja. Dada aku rasa nak pecah, sedih n sebak. Aku menangis sakan kat opis. Tak peduli apa orang lain nak cakap. Aku cerita pada kak rohana ttg apa yg jadi. Dan dia tenangkan aku. Aku balik lewat dr opis sebab prepare untuk meeting ITTO esok pagi. Aku kena prepare tugasan untuk dibentang dlm meeting esok. Aku buat slide ala kadar jer. Tak boleh focus langsung. Sedih….selera makan aku hilang. Perut memang lapar. Nak tunggu hari jumaat, aku rasa tak tenang langsung. “Ya Allah, Kau lindungilah diriku, anakku dan suamiku dari segala bahaya. Janganlah Kau uji kami dengan sesuatu yang tak mampu kami tanggung. Kasihanilah kami Ya Allah….”

3 Disember 2007

KK Tmn Ehsan, 26/11/2007 – aku dan hb bawa syafiq utk buat blood testing utk kali ke-2. agak melegakan sebab WBC dia dah turun kepada 13.3. So, doc minta maintain antibiotic sampai seminggu. Next appointment will be on 28/11/07.

26/11/2007 – aku dan semua adik-beradik hantar chaq dan mak untuk tunaikan haji di mekah. Bila semua jemaah diminta melaporkan diri, masing-masing menangis sedih. Aku peluk mak dan chaq erat. Tak lupa, aku minta mereka mendoakan agar syafiq sentiasa sihat.

28/11/2007 – blood testing kali ke-3 utk syafiq. Kesian anak mama. Maaf sayang....mama sedih tengok syafiq. Mama tak tahu macam mana nak tolong anak mama yang sorang ni. Mama sentiasa doakan syafiq supaya tabah, sihat dan ceria seperti orang lain. Kelegaan aku sblm ni tak kekal lama. Keputusan: WBC= 15.7. Naik semula. Waktu tu, aku rasa seluruh badan aku menggigil ketakutan, kesedihan dan segala macam perasaaan bercampur-baur. Doc. Beri surat untuk refer kes syafiq ke Hospital Selayang untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak. Esoknya, hb terus pegi ke Hosp Selayang untuk buat appointment. Appointment di Hospital Selayang: 3/12/2007, 10.20 pg.

3/12/2007- Pagi ni datang ofis pun xde mood. Teringat kejap lagi nak kena bawa syafiq ke Hospital Selayang. Menggigil badan dan hati berdebar2...Sejuk kaki dan tangan aku. Tapi aku sentiasa berdoa dalam hati semoga syafiq tak apa2 dan sihat... ”BE STRONG SAYANG.....”

4 Disember 2007

Semalam merupakan hari yang sangat menggembirakan dalam hidupku. Pertamanya kes syafiq. Setelah bertemu dengan pakar kanak2 di Hospital Selayang, doc tersebut menerangkan kepadaku n hb bhw syafiq cuma terkena infection sahaja. Bukan penyakit yang kami berdua takuti.... dia menerangkan secara panjang lebar mengenai keadaan syafiq, menerangkan kepada kami mengenai simptom2 penyakit keturunan tu...dan syafiq tak perlu dibuat pemeriksaan darah....tak perlu follow-up pun. Syukurrrr..Al-Hamdulillah....

Berita kedua yang menggembirakan ku ialah permohonan aku untuk mengikuti kursus DPLI telah diterima. Aku bakal belajar kursus ICT di UUM. Abangku yang turut memohon juga mendapat tempat di UIA. Cuma yg merisaukan aku ialah aku terpaksa berpisah lama dengan syafiq. Tak pasti, aku mampu lalui atau tidak sebab aku jenis yang sensitif dan cepat terasa. Tentu aku akan merindui syafiq, rindukan senyumannya, gelak tawa nya, keletahnya yang menghiburkan....dapat ke aku belajar dengan baik nanti? Nanti syafiq tak nak dgn mama lagi...sedihhhh..... ”Syukur Ya Allah atas apa yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan keluargaku...”

Aku n hb kena revised semula bajet keluarga. Maklumla…lepas ni pendapatan aku akan berkurang RM1k++ gak. Semput dan sesak nafas dibuatnya...hehehe....pening gak kepala aku n hb dok fikir macam mana nak pusing segala sumber yg kami ada untuk tempoh setahun ni. Rumah dah beli, loan ASB pun kena potong gak, duit kereta 2 buah (keter buruk jer), yuran nursery syafiq, etc.... semua tu kena pkr macam mana nak bayar. Huhuhu...tahun depan aku n hb akan jadi org yg paling sengkek dan paling berjimat cermat. Poket kosong.... Harap-harap semua adik-beradik dan sedara mara hb dan aku boleh faham. Jgn la dok minta kami sponsor ke, beli apa2 ker yg mahal2. Mahu pengsan.....

Monday, November 12, 2007

minggu ni syafiq demam lagi. last week baru jer demam 3 hari. naik risau pulak saya. 2 hari saya cuti minggu lepas. kali ni saya minta hb cuti sebab cuti saya pun dah tak banyak. lg pulak, nak simpan cuti utk htr mak g mekah 26/11/07 ni di kelana jaya. dah bawa syafiq jumpa doc semalam. doc kata dia bnyk kahak. mungkin sebab cuaca yg terlalu sejuk. al-maklum la, saya ni dok lam utan. mlm2 mmg sejuk gilerrrr....air jadi cam air batu. tak mandi sehari pun tak pe. lagi, syafiq ikut ayah dia. hidung sentiasa berair...sebab tu dia sentiasa bnyk kahak...dia alergic habuk....sejuk....etc...ayah dia pun camtu gak. sentiasa batuk, berair hidung, berkahak, kerap demam..ermmmmm...macam2...dugaan..inilah namanya dugaan...dugaan kecil kata orang..tu pun kekadang menguji kesabaran saya sebagai seorang isteri dan ibu..
syafiq baru nak belajar memanjat sikit2. tp saya kesiankan dia sebab selalu sangat tak sihat. asyik makan ubat jer. bila dah makan ubat batuk, mula la dia tido. so, tak boleh nak aktif sangat cam org lain. siannn ank mama ni kan...sabar sayang yer...ini habuan sayang...kena redha...ada orang lain yg kena lebih teruk dari ni.....kepala ni dok tengah pikir2 gak, mana nak cari ubat yg sesuai untuk si kecik ni. takkan nak biar camtu jer. kalau ikut doc, memang tak de ubat sebab keturunan. tp, saya tetap tak puas hati. saya akan cari gak. kalau sesapa yg tau mana alternatif rawatan yg sesuai untuk resdung pesen ni, tolong la inform saya ok.
hujung minggu ni, mak nak buat kenduri sempena nak ke mekah. mak pegi dgn chaq. rasa syukur sangat sebab keinginan mak untuk ke sana akan tercapai. kalau berkesempatan, hujung minggu ni, saya nak balik kedah. naik bas jer kot...tu pun xsure lagi macam mana sebab 19/11 saya ada meeting. tak boleh nak cuti isnin tu. saya doakan mak dan chaq selamat pegi dan selamat kembali...

Thursday, October 25, 2007

cerita raya

puasa sudah, raya pun sudah. so, nak gak citer kat sini pasal raya hari tu. saya balik kg hari khamis, dalam pukul 6 petang sampai kedah...aduiiiii...rindu gilos kat kg. balik ramai2, konvoi 2 buah keter, chaq dan family, cik ah dan kakak balik sekali. on the way nak balik pun, dah terasa kemeriahan nak raya. bila sampai kg, kak chik, izzah(anak kak chik) dan dan yg paling kecik nur aqilah zahidah (anak kak chik yg no.2) memang dah ada kat rumah sebab kak chik masih dalam tempoh berpantang. terasa havoc rumah kat kedah tu. mak pun nampak heppi sesangat. ye la, jarang2 dapat kumpul ramai2 camni. 2 thn sekali baru merasa. cucu pun dah 5 orang. tambah2 plak bapa sedara semua jenis suka bergurau dan menyakat, memang riuh rendah dibuatnya. sebelum berbuka, chaq dan hb g bazar ramadhan kat kepala batas. diorang beli pasembor. mak masak bubur lambuk dan kuih lompang. sedapnya berbuka ramai2 camni.


malam tu, saya, hb, chaq, kak chaq n cik ah g pekan jitra. nak cari baju raya...punya la ramai orang kat situ. kat situ semua ada, kedai sakan, pasaraya, bazar n kedai2 deret yg jual semua kelengkapan yg kita nak. so, saya n hb berjalan dari satu kedai ke satu kedai, nak cari baju raya saya, nak sama warna atau seakan2 dengan baju raya hb n syafiq. jenuh mencari...lenguh kaki berjalan...at last dapat gak...kak chaq pun cari baju raya dia....dia beli warna hijau..saya plak warna biru. dah selesai shopping, terus balik rumah...syafiq dah tido kat mak tok dia...sian dia..mesti penat jalan jauh...


malam raya, yg perempuan semua sibuk kat dapur. siapkan juadah raya. macam biasa, mak buat serunding daging, rendang ayam, ketupat palas dan ketupat nasi. kuih raya pun banyak. kat 10 jenis rasanya...hahaha..jenuh nak makan kuih raya. saya tido lewat malam tu. w/pun penat, tapi best....


pagi raya, semua orang siap2 nak ke masjid utk sembahyang raya. suasana pagi raya sentiasa ditunggu2 oleh semua orang. dengan laungan takbir, suasana yg sibuk, terasa kesyahduan....teringat saya kat arwah ayah....selesai sembahyang raya, kami ambik gambar sekeluarga. lepas tu, g rumah tok dan wan kat tokai...pagi raya ke-2 baru g kubur arwah ayah sebab nak elak panas. raya ke-2, mak masak macam2. kuew tiaw sup, laksa dan nasi daging (makanan kegemaran arwah ayah). mak sedara satu keluarga datang petang tu, n terus makan malam.

Gambar keluarga (tiada dalam gambar, adik yg bongsu, jd cameraman)


raya ke-3 petang, saya dah bertolak ke perak. rumah mertua...huhuhu...sedeyyyy sebab saya jd org pertama yang pulang. hari khamis, lepas zohor, bertolak balik semula ke KL. tak sempat g rumah terbuka pak ngah kat bedong, kedah. sorry yer pak ngah, saya memang nak sangat pegi...tp nak wat camne kan...dah jadi isteri orang.....
lupa nak cakap: kengkawan, doakan saya dapat dpli. saya interview hari isnin, pkl 9 pg. bang t, good luck...zakiah, good luck. ko pun dapat gak kan interview tu...

Monday, October 8, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....

Kepada semua pembaca blog, saya ucapkan selamat menyambut aidilfitri. maaf zahir dan batin. tahun ni puasa rasa sekejap jer. pejam celik dah hampir sebln kita berpuasa. hari sabtu ni dah raya....


Balik kg


tahun ni raya kedah. Allah saja yang tahu betapa heppi hati ni nak sambut raya dgn keluarga tersayang di Kedah. Tambah pulak ada syafiq baihaqi, buah hati pengarang jantung. Dah lama tak balik...rindu nak ziarah kubur arwah ayah...tahun ni dah kali ke-3 saya beraya tanpa arwah. Saya nak bawa syafiq ke kubur arwah...sedih..pilu...bila teringatkan arwah....kalau arwah ayah masih ada, mesti dia heppi dikelilingi cucu2. Arwah ayah pulak jenis yg sukakan budak2, suka bergurau dan berjenaka. Dia sangat kasihkan anak2. Sanggup bersusah payah untuk besarkan kami.... tapi Allah lebih sayangkan dia. umur arwah ayah pendek, 58 tahun arwah pergi menghadap Ilahi....dua-tiga malam sebelum ni saya mimpikan arwah. dia pandang saya, tapi tak bercakap walau sepatah...waktu tu saya kat masjid, dengar ceramah. arwah ada kat majlis ilmu tu...mimpi tu kejap jer...saya terjaga bila syafiq menangis...cukuplah untuk saya melepaskan rindu walau pun dapat menatap wajah ayah sekejap je....nanti lah, bila ada masa saya tulis kan kisah arwah ayah kat sini...sampai sekarang saya masih boleh menangis sendiri bila teringatkan arwah ayah....pergi yang tidak akan ada pengganti....dalam hati saya sentiasa ada satu ruang yang masih kosong...ruang untuk kenangan saya dan keluarga di Kedah bersama arwah ayah ....AL-FATIHAH.....


hehehe...sorry la...teremosional plak pagi2 ni. bukan apa, rindu sesangat kat ayah...balik kepada citer raya. saya beli 2 jenis kuih dan 2 jenis kerepek untuk bawa balik ke kedah. nak beli banyak2 pun cik ah dah buat kuih...chaq pun beli kerepek gak bawak balik....ingat nak buat choc moist cake sebiji utk bawa balik...hari rabu lagi saya dah bercuti, nak kemas rumah. hari khamis lps subuh terus bertolak balik kg....yuhuuuuu.....tak sabar2 nak balik kg...berkumpul ramai2 semua adik beradik....dah lama tak rasa suasana macam ni. 2 thn sekali jer berpeluang kumpul camni. meriahhhhh nyaaaa......baju raya saya tak beli lagi....nak cari kat kg la nanti...baju syafiq dan ayah syafiq dah beli. tahun ni tema warna baju ialah biru...baju syafiq dan ayah syafiq sama sebiji...2 beranak kan..mama syafiq jer lain skit...but warna still sama la...saya beli gak 2 pasang lagi baju syafiq, baju casual...ye la, budak2 kan mana nak pakai baju melayu lama2...


Bisnes raya...


Tahun ni cuba2 nasib, jual kek choc moist untuk raya. rabu minggu lepas baru promote. ramai yg tanya nape lewat sangat promote. ye la, orang dah order kuih dan kek dah, saya baru nak promote. tp, memang saja nak wat camtu. 1st time nak try jual kek, tak berani nak ambik order banyak2. karang tak terbuat, naya....kek bukan cam kuih raya, awal2 dah boleh buat. kek last2 minit baru boleh buat, kalau tak, cepat berkulat...maklum la, kek ni lembap dan sedap....so, dapat gak la order dari member2 kat opis ni. lepas untuk beli baju raya....nak2 plak saya jual kek ni murah banget. 1kg=RM25 jer. kalau kat kedai2 kek, biasanya reger dalam RM35-RM40. kek ni memang tinggi kos modal sebab guna banyak coklat. pendek kata, saya cuma ambik untung beberapa ringgit jer... kalau nak kira kos masa dan penat cam tak berbaloi...tapi, sebab teringin nak menjual, buat gak la..hehehe....

Tuesday, October 2, 2007

hari sabtu lepas 29/9/07, saya g ujian Medsi DPLI kat Bangunan Peperiksaan UM. Ujian mula pkl 9.30 pg sampai 10.30 pg. hb yg hantar. ujian tu ada 300 soalan, terdiri drpd 4 bahagian, kena jawab dlm masa 1 jam. soalan2 pulak lebih kurang ujian sahsiah. nasib baik tak de soalan2 math ke, soklan IQ ke. kalo tak memang konpem tak leh jawab. otak ni dah berkarat, lama sangat dah tak buat math. kalau tanya sudut pun, rasanya fail nak jawab.. result utk interview dijangka pada 12 Oktober 2007. Sehari sblm raya. dup..dap..gak hati nih. kalo dapat Al-hamdulillah. saya memang sangat berharap utk dapat kerja ni. at least terjamin masa depan. ye la, dah berkeluarga kan. bang t pun ambik gak xm ni. dia mengajar kat sekolah rendah islam swasta sekarang ni. dah setahun lebih dah. harap2 bang t pun dapat gak interview. tempat dia ngajar sekarang gaji rendah jer. tak sampai rm1k pun sebulan. kerja nya kusssss semangat... boleh kata hari2 dari pg sampai petang kat sekolah. tapi, gaji tak berbaloi. cuma orang kata, dapat pahala jer la, ngajar agama kat budak2.

hari ahad plak, pagi2 buta dalam pkl 9 pg camtu, saya dah tercongak kat opis. diminta oleh bos untuk siapkan presentation KP. dah la inform last minit. jumaat petang baru bagi tau. sabor jer laaa....so, stay kat opis sampai pkl 3 ptg. dlm pkl 2 ptg, jumpa boss, tunjuk presentation tu kat dia. mesti dia nak komen dan tambah itu ini. syukur....dia tak komen banyak sangat. cuma minor things. ok la tu.... balik rumah, membuta la. apa lagi, badan dah penat. org lain boleh rileks2 hujung minggu kat rumah, saya lak kena stay opis sampai petang. huhuhuhu.......apa nak wat. dah nasib badan...terima jer la...

petang ahad, chaq datang rumah ambik cik ah dan kakak balik pj. dah seminggu diorang stay kat rumah saya. ringan skit kejer dah ada cik ah. hehehehe.....bila dia masak, saya just tolong2 jer la mana yang patut. tapi, kengkadang wat dono jer bila datang penyakit 'M'. syafiq pun cik ah yang uruskan. dah 2-2 hari tu jadual penuh, tak melekat kat rumah. cuma sempat gak la petang sabtu saya mandikan si baihaqi....mesti oooo....nak si baihaqi tu rasa belaian tangan ibu....sian dia....asik kena tinggal jer...nasib baik cik ah jenis yang tak berkira bila wat kejer...sblm balik pj, diorang g kedai bakery untuk beli perkakas kuih raya. cik ah nak wat kuih raya bawa balik ke kedah.

walau pun lambat lagi nak raya dan balik kg, mood raya dah mula terasa. semangat nak bekerja pun a bit down. dasat...dasat....penangan raya. kalah budak2. tahun ni memang teruja gila nak balik kg beraya. dah la turn raya tahun ni kat kg saya-kedah, pastu 1st time plak beraya dengan syafiq baihaqi, si jantung hati....memang tunggu masa jer nak bertolak balik...dah angau skit2 pun ada gak...kalah orang bercinta....hikhikhik....kelakar kan...dah besar2 camni pun, sentiasa rindu dan teringat kat kg. tambah2 jarang dapat jumpa mak.....tp tahun ni, anak mak ni akan balik berbuka, bersahur dan beraya dengan mak...tunggu tau mak!!!