Tuesday, December 4, 2007

24 November 2007

Tengahari aku terima panggilan tel. dari hb. Dia kata TAKIPP bgtahu syafiq demam lagi. Baru jer sabtu n ahd lepas, dia demam. Ni demam pulak lagi. Waktu tu, aku rasa jantung aku dah lain rentaknya. Terus kami bawa syafiq kek Klinik Kesihatan Tmn Ehsan. Dah jumpa doctor n mention pada doctor yg syafiq kerap demam. So, doctor suruh pegi ambik darah untuk testing. For sure syafiq nangis bila kena ambik darah. Dia kena cucuk 2 tempat. 1 kat siku, sebelah atas. Tapi darah tak keluar. Jadi nurse ambik darah kat bahagian atas belakang tapak tangan. Aku tak sanggup nak masuk n tengok syafiq kena inject camtu. Aku suruh hb jer bawa syafiq. Then darah tu kami bawa ke makmal. Petugas kat situ terus check n print the result. Kami bawa result tu utk jumpa doctor. Muka doctor tu nampak berubah. Dia tanya jenis antibiotic yg syafiq pernah ambik sebelum ni. Tapi both of us tak ingat nama ubat tu. Sebab dia kata sel darah putih syafiq is very strong. Tak response to any antibiotics given by the doc previously. Sebab tu syafiq asyik demam sebab virus yg ada dlm darah dia tak mati. WBC=19.7. Then, doctor suruh kami ambik antibiotic yg baru kat kaunter n come back in 3 days, means Jumaat petang untuk blood testing. Waktu tu, aku terasa macam nak menangis. Kesian syafiq, dah la asyik demam. Ni nak kena inject lagi untuk ambik darah. Dia masih kecil n tak tau apa2 pun. “Ya Allah, lindungilah anakku dari segala penyakit yang berbahaya. Aku tak sanggup tengok dia menderita dan menangis kesakitan.” Balik dari klinik, hb htr aku kat ofis dan dia terus balik rumah dgn syafiq. Kat opis, aku tak blh langsung nak concentrate pada kerja. Dada aku rasa nak pecah, sedih n sebak. Aku menangis sakan kat opis. Tak peduli apa orang lain nak cakap. Aku cerita pada kak rohana ttg apa yg jadi. Dan dia tenangkan aku. Aku balik lewat dr opis sebab prepare untuk meeting ITTO esok pagi. Aku kena prepare tugasan untuk dibentang dlm meeting esok. Aku buat slide ala kadar jer. Tak boleh focus langsung. Sedih….selera makan aku hilang. Perut memang lapar. Nak tunggu hari jumaat, aku rasa tak tenang langsung. “Ya Allah, Kau lindungilah diriku, anakku dan suamiku dari segala bahaya. Janganlah Kau uji kami dengan sesuatu yang tak mampu kami tanggung. Kasihanilah kami Ya Allah….”

3 Disember 2007

KK Tmn Ehsan, 26/11/2007 – aku dan hb bawa syafiq utk buat blood testing utk kali ke-2. agak melegakan sebab WBC dia dah turun kepada 13.3. So, doc minta maintain antibiotic sampai seminggu. Next appointment will be on 28/11/07.

26/11/2007 – aku dan semua adik-beradik hantar chaq dan mak untuk tunaikan haji di mekah. Bila semua jemaah diminta melaporkan diri, masing-masing menangis sedih. Aku peluk mak dan chaq erat. Tak lupa, aku minta mereka mendoakan agar syafiq sentiasa sihat.

28/11/2007 – blood testing kali ke-3 utk syafiq. Kesian anak mama. Maaf sayang....mama sedih tengok syafiq. Mama tak tahu macam mana nak tolong anak mama yang sorang ni. Mama sentiasa doakan syafiq supaya tabah, sihat dan ceria seperti orang lain. Kelegaan aku sblm ni tak kekal lama. Keputusan: WBC= 15.7. Naik semula. Waktu tu, aku rasa seluruh badan aku menggigil ketakutan, kesedihan dan segala macam perasaaan bercampur-baur. Doc. Beri surat untuk refer kes syafiq ke Hospital Selayang untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak. Esoknya, hb terus pegi ke Hosp Selayang untuk buat appointment. Appointment di Hospital Selayang: 3/12/2007, 10.20 pg.

3/12/2007- Pagi ni datang ofis pun xde mood. Teringat kejap lagi nak kena bawa syafiq ke Hospital Selayang. Menggigil badan dan hati berdebar2...Sejuk kaki dan tangan aku. Tapi aku sentiasa berdoa dalam hati semoga syafiq tak apa2 dan sihat... ”BE STRONG SAYANG.....”

4 Disember 2007

Semalam merupakan hari yang sangat menggembirakan dalam hidupku. Pertamanya kes syafiq. Setelah bertemu dengan pakar kanak2 di Hospital Selayang, doc tersebut menerangkan kepadaku n hb bhw syafiq cuma terkena infection sahaja. Bukan penyakit yang kami berdua takuti.... dia menerangkan secara panjang lebar mengenai keadaan syafiq, menerangkan kepada kami mengenai simptom2 penyakit keturunan tu...dan syafiq tak perlu dibuat pemeriksaan darah....tak perlu follow-up pun. Syukurrrr..Al-Hamdulillah....

Berita kedua yang menggembirakan ku ialah permohonan aku untuk mengikuti kursus DPLI telah diterima. Aku bakal belajar kursus ICT di UUM. Abangku yang turut memohon juga mendapat tempat di UIA. Cuma yg merisaukan aku ialah aku terpaksa berpisah lama dengan syafiq. Tak pasti, aku mampu lalui atau tidak sebab aku jenis yang sensitif dan cepat terasa. Tentu aku akan merindui syafiq, rindukan senyumannya, gelak tawa nya, keletahnya yang menghiburkan....dapat ke aku belajar dengan baik nanti? Nanti syafiq tak nak dgn mama lagi...sedihhhh..... ”Syukur Ya Allah atas apa yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan keluargaku...”

Aku n hb kena revised semula bajet keluarga. Maklumla…lepas ni pendapatan aku akan berkurang RM1k++ gak. Semput dan sesak nafas dibuatnya...hehehe....pening gak kepala aku n hb dok fikir macam mana nak pusing segala sumber yg kami ada untuk tempoh setahun ni. Rumah dah beli, loan ASB pun kena potong gak, duit kereta 2 buah (keter buruk jer), yuran nursery syafiq, etc.... semua tu kena pkr macam mana nak bayar. Huhuhu...tahun depan aku n hb akan jadi org yg paling sengkek dan paling berjimat cermat. Poket kosong.... Harap-harap semua adik-beradik dan sedara mara hb dan aku boleh faham. Jgn la dok minta kami sponsor ke, beli apa2 ker yg mahal2. Mahu pengsan.....

No comments: