Monday, November 12, 2007

minggu ni syafiq demam lagi. last week baru jer demam 3 hari. naik risau pulak saya. 2 hari saya cuti minggu lepas. kali ni saya minta hb cuti sebab cuti saya pun dah tak banyak. lg pulak, nak simpan cuti utk htr mak g mekah 26/11/07 ni di kelana jaya. dah bawa syafiq jumpa doc semalam. doc kata dia bnyk kahak. mungkin sebab cuaca yg terlalu sejuk. al-maklum la, saya ni dok lam utan. mlm2 mmg sejuk gilerrrr....air jadi cam air batu. tak mandi sehari pun tak pe. lagi, syafiq ikut ayah dia. hidung sentiasa berair...sebab tu dia sentiasa bnyk kahak...dia alergic habuk....sejuk....etc...ayah dia pun camtu gak. sentiasa batuk, berair hidung, berkahak, kerap demam..ermmmmm...macam2...dugaan..inilah namanya dugaan...dugaan kecil kata orang..tu pun kekadang menguji kesabaran saya sebagai seorang isteri dan ibu..
syafiq baru nak belajar memanjat sikit2. tp saya kesiankan dia sebab selalu sangat tak sihat. asyik makan ubat jer. bila dah makan ubat batuk, mula la dia tido. so, tak boleh nak aktif sangat cam org lain. siannn ank mama ni kan...sabar sayang yer...ini habuan sayang...kena redha...ada orang lain yg kena lebih teruk dari ni.....kepala ni dok tengah pikir2 gak, mana nak cari ubat yg sesuai untuk si kecik ni. takkan nak biar camtu jer. kalau ikut doc, memang tak de ubat sebab keturunan. tp, saya tetap tak puas hati. saya akan cari gak. kalau sesapa yg tau mana alternatif rawatan yg sesuai untuk resdung pesen ni, tolong la inform saya ok.
hujung minggu ni, mak nak buat kenduri sempena nak ke mekah. mak pegi dgn chaq. rasa syukur sangat sebab keinginan mak untuk ke sana akan tercapai. kalau berkesempatan, hujung minggu ni, saya nak balik kedah. naik bas jer kot...tu pun xsure lagi macam mana sebab 19/11 saya ada meeting. tak boleh nak cuti isnin tu. saya doakan mak dan chaq selamat pegi dan selamat kembali...

No comments: