puasa sudah, raya pun sudah. so, nak gak citer kat sini pasal raya hari tu. saya balik kg hari khamis, dalam pukul 6 petang sampai kedah...aduiiiii...rindu gilos kat kg. balik ramai2, konvoi 2 buah keter, chaq dan family, cik ah dan kakak balik sekali. on the way nak balik pun, dah terasa kemeriahan nak raya. bila sampai kg, kak chik, izzah(anak kak chik) dan dan yg paling kecik nur aqilah zahidah (anak kak chik yg no.2) memang dah ada kat rumah sebab kak chik masih dalam tempoh berpantang. terasa havoc rumah kat kedah tu. mak pun nampak heppi sesangat. ye la, jarang2 dapat kumpul ramai2 camni. 2 thn sekali baru merasa. cucu pun dah 5 orang. tambah2 plak bapa sedara semua jenis suka bergurau dan menyakat, memang riuh rendah dibuatnya. sebelum berbuka, chaq dan hb g bazar ramadhan kat kepala batas. diorang beli pasembor. mak masak bubur lambuk dan kuih lompang. sedapnya berbuka ramai2 camni.
malam tu, saya, hb, chaq, kak chaq n cik ah g pekan jitra. nak cari baju raya...punya la ramai orang kat situ. kat situ semua ada, kedai sakan, pasaraya, bazar n kedai2 deret yg jual semua kelengkapan yg kita nak. so, saya n hb berjalan dari satu kedai ke satu kedai, nak cari baju raya saya, nak sama warna atau seakan2 dengan baju raya hb n syafiq. jenuh mencari...lenguh kaki berjalan...at last dapat gak...kak chaq pun cari baju raya dia....dia beli warna hijau..saya plak warna biru. dah selesai shopping, terus balik rumah...syafiq dah tido kat mak tok dia...sian dia..mesti penat jalan jauh...
malam raya, yg perempuan semua sibuk kat dapur. siapkan juadah raya. macam biasa, mak buat serunding daging, rendang ayam, ketupat palas dan ketupat nasi. kuih raya pun banyak. kat 10 jenis rasanya...hahaha..jenuh nak makan kuih raya. saya tido lewat malam tu. w/pun penat, tapi best....
pagi raya, semua orang siap2 nak ke masjid utk sembahyang raya. suasana pagi raya sentiasa ditunggu2 oleh semua orang. dengan laungan takbir, suasana yg sibuk, terasa kesyahduan....teringat saya kat arwah ayah....selesai sembahyang raya, kami ambik gambar sekeluarga. lepas tu, g rumah tok dan wan kat tokai...pagi raya ke-2 baru g kubur arwah ayah sebab nak elak panas. raya ke-2, mak masak macam2. kuew tiaw sup, laksa dan nasi daging (makanan kegemaran arwah ayah). mak sedara satu keluarga datang petang tu, n terus makan malam.
Gambar keluarga (tiada dalam gambar, adik yg bongsu, jd cameraman)
raya ke-3 petang, saya dah bertolak ke perak. rumah mertua...huhuhu...sedeyyyy sebab saya jd org pertama yang pulang. hari khamis, lepas zohor, bertolak balik semula ke KL. tak sempat g rumah terbuka pak ngah kat bedong, kedah. sorry yer pak ngah, saya memang nak sangat pegi...tp nak wat camne kan...dah jadi isteri orang.....
lupa nak cakap: kengkawan, doakan saya dapat dpli. saya interview hari isnin, pkl 9 pg. bang t, good luck...zakiah, good luck. ko pun dapat gak kan interview tu...
No comments:
Post a Comment