hari sabtu lepas 29/9/07, saya g ujian Medsi DPLI kat Bangunan Peperiksaan UM. Ujian mula pkl 9.30 pg sampai 10.30 pg. hb yg hantar. ujian tu ada 300 soalan, terdiri drpd 4 bahagian, kena jawab dlm masa 1 jam. soalan2 pulak lebih kurang ujian sahsiah. nasib baik tak de soalan2 math ke, soklan IQ ke. kalo tak memang konpem tak leh jawab. otak ni dah berkarat, lama sangat dah tak buat math. kalau tanya sudut pun, rasanya fail nak jawab.. result utk interview dijangka pada 12 Oktober 2007. Sehari sblm raya. dup..dap..gak hati nih. kalo dapat Al-hamdulillah. saya memang sangat berharap utk dapat kerja ni. at least terjamin masa depan. ye la, dah berkeluarga kan. bang t pun ambik gak xm ni. dia mengajar kat sekolah rendah islam swasta sekarang ni. dah setahun lebih dah. harap2 bang t pun dapat gak interview. tempat dia ngajar sekarang gaji rendah jer. tak sampai rm1k pun sebulan. kerja nya kusssss semangat... boleh kata hari2 dari pg sampai petang kat sekolah. tapi, gaji tak berbaloi. cuma orang kata, dapat pahala jer la, ngajar agama kat budak2.
hari ahad plak, pagi2 buta dalam pkl 9 pg camtu, saya dah tercongak kat opis. diminta oleh bos untuk siapkan presentation KP. dah la inform last minit. jumaat petang baru bagi tau. sabor jer laaa....so, stay kat opis sampai pkl 3 ptg. dlm pkl 2 ptg, jumpa boss, tunjuk presentation tu kat dia. mesti dia nak komen dan tambah itu ini. syukur....dia tak komen banyak sangat. cuma minor things. ok la tu.... balik rumah, membuta la. apa lagi, badan dah penat. org lain boleh rileks2 hujung minggu kat rumah, saya lak kena stay opis sampai petang. huhuhuhu.......apa nak wat. dah nasib badan...terima jer la...
petang ahad, chaq datang rumah ambik cik ah dan kakak balik pj. dah seminggu diorang stay kat rumah saya. ringan skit kejer dah ada cik ah. hehehehe.....bila dia masak, saya just tolong2 jer la mana yang patut. tapi, kengkadang wat dono jer bila datang penyakit 'M'. syafiq pun cik ah yang uruskan. dah 2-2 hari tu jadual penuh, tak melekat kat rumah. cuma sempat gak la petang sabtu saya mandikan si baihaqi....mesti oooo....nak si baihaqi tu rasa belaian tangan ibu....sian dia....asik kena tinggal jer...nasib baik cik ah jenis yang tak berkira bila wat kejer...sblm balik pj, diorang g kedai bakery untuk beli perkakas kuih raya. cik ah nak wat kuih raya bawa balik ke kedah.
walau pun lambat lagi nak raya dan balik kg, mood raya dah mula terasa. semangat nak bekerja pun a bit down. dasat...dasat....penangan raya. kalah budak2. tahun ni memang teruja gila nak balik kg beraya. dah la turn raya tahun ni kat kg saya-kedah, pastu 1st time plak beraya dengan syafiq baihaqi, si jantung hati....memang tunggu masa jer nak bertolak balik...dah angau skit2 pun ada gak...kalah orang bercinta....hikhikhik....kelakar kan...dah besar2 camni pun, sentiasa rindu dan teringat kat kg. tambah2 jarang dapat jumpa mak.....tp tahun ni, anak mak ni akan balik berbuka, bersahur dan beraya dengan mak...tunggu tau mak!!!
No comments:
Post a Comment