Sunday, April 11, 2010

sepi jer kan....

dah hampir sebulan sepi blog ni. aku memang xde mood nak update. kemalasan melanda lagi. huh...azam tahun baru konon. sian sape yg rajin dok selak blog ni. asik tak berubah jer...sorry dearrr... aii tak sengaja tau. kat tempat keje, memang ler bz sesangat. jangan mimpi la nak jengah blog ke hapa. sooooo tired. balik rumah dah penat. nak ngadap komputer lagik...errrmmm, idea pun tak nak keluar. mata asik ngantuk. tersengguk2 depan pc. jadinya...aku lebih rela zzzzzzzz............... hahaha...jangan mareeee. nanti kena jual tau.

tengok la, seminggu dua, pasti aku akan ada mood semula. nanti aku upload gambar2 yang aku berhutang tu yek... hikss...  tadi siang g merayap kat selayang. g sekali dgn hb, baihaqi n cik ah. cari drawer untuk letak kat sekolah. almaklum, jadi cikgu kan...semua harap duit poket sendiri...huhuhu...sian kat aku khennn... pastu singgah FRIM, solat zohor. hampir 3.30 bertolak balik ke rawang. drop cik ah kat stesen komuter rawang. dia nak balik putrajaya. sebenarnya dah few weeks tak jalan jauh. asik dok pusing area2 dekat rumah. why?? money matters kot. hahaha.... 

sampai jer rumah, terus hb on kan aircond. panas terik betul sekarang nih. aku letak jer kepala, terus lena dibuai mimpi. hehehe...tak nyenyak sangat pun. dah si kecik tu tak lena. mana nak nyenyak nyer aku ni. tp, kira sempat lelap jugak ler sekejap. bangun petang, terus solat asar. hb request mintak masak cucur bawang, letak udang kepal. sebagai isteri misali, hehehe...perasan again. aku pun buat la. perut lapar. makan tengahari tadi jer. tu pun cik ah belanja. muahh...muahh...tq a lot. aku memang suka orang belanja aku makan. tsape tak suka kan? hiksss...

tetiba jer aku rasa nak stop menulis. kering idea...wellaweiii...teruk kan pompuan sorang ni.... chowww

Wednesday, March 17, 2010

Mak dah balik

Dalam pukul 12.30 tadi, mak aku baru jer bertolak balik ke kedah dengan sepupu aku. Hampir 3 minggu kat sini, nampak muka mak sedih. ye la kan, berpisah dengan anak, menantu, cucu...sape pun sedih. aku? of course rasa sunyi. hb kat opis. mak dah balik kg. tinggal aku berdua dengan Baihaqi jer. sempat gak aku hulur sikit duit tangan untuk mak. huhuhu...weiii aku sedih ni. serious, tak tipuuu... tiap kali mak balik kg, aku la orang yang sedih... nak wat cemana kan. aku rindu betul nak balik kg. rindu dengan apa yang ada kat sana. nak ziarah kubur arwah ayah, nak g jenguk tok n wan kat tokai, banyak la plan aku. teringin nak jumpa adik aku, bang chik, bang t,.... tapi...errrmmmm....

Bila mak kat sini, sempat mak ajar aku nak wat home made roti canai. senang jer rupanyee... heheheh...aku yg malas. siap dengan kuah lagik mak tunjuk. pas ni leh aku wat roti canai sendiri. lagi pun hb n anak aku memang suka makan. sesuwaiiiii gittewww... ini la roti canai hasil air tangan mak. memang bila buat sendiri ni, kita boleh control minyak yang digunakan. kira kurang la skit pakai minyak. ni la dia roti canai tuuu... cam kat kedai je kan?

Kalau aku terfikir pasal mak dan kakak, aku teringin nak jadi orang senang. bukan tak bersyukur dengan apa yang aku kecapi sekarang ni. tapi, teringin nak penuhi semua impian mak selagi mak masih ada. kalau boleh, mak sebut jer, blinkkkk.....aku dah sediakan. kan best camtu. korang penah rasa gitu tak? rasa hampa bila kengkadang permintaan mak tu terpaksa diketepikan.  nak bawa mak g mekah lagi sekali, g cuti-cuti, beli baju, kasut mahal, makan sedap-sedap, dapat rawatan perubatan 1st class, repair rumah kat kampiung, pendek kata semua la nak serba tip top. tapi, tu la kan. aku hanya mampu berangan jer. bagi duit tangan kat mak pun tak seberapa. sian makkk.. nak balik kg pun terpaksa pikir 10x, kira bajet tolak tambah darab bahagi.

seronok kan jadi orang yang berkemampuan. boleh penuhi impian orang tersayang terutama mak & ayah yang melahir dan membesarkan kita. syukur la sape yang berada pada kedudukan tu. memang rahmat yang Allah kurniakan tu teramat besar. wajib bersyukur banyak-banyak.

ok lah, si kecik ni hari ni keje meragam jer. penat dah aku. kejap sakit perut, kejap gatal, naik merah-merah kat punggung dia. tak bagi pakai pampers, nak pakai gak. heeeeee....pastu asik merengek. sabar je laaa... so, aku stop stori dulu aaarrrr...

Friday, March 5, 2010

Sambungan lagi....

Ok, aku ceritakan tugas aku di sekolah semalam dan hari ini. Betapa letihnya aku… sebelum ke sekolah, aku memasak dahulu di rumah… takut nanti suami balik lapar, takde makanan..then pukul 8.40 siapkan semua barang anak dan barang yang nak di bawa kesekolah, kunci pintu, pastu drive hantar anak ke nursery, terus memandu ke sekolah. semalam sampai ke rumah dari sekolah dah 7.40 malam. Aku sampai di sekolah pukul 9.30 pagi. terus ke tempat aku untuk menyiapkan fail kokurikulum yang mana pada zaman aku belajar dulu, pelajar yang buat semua benda ni. Minit mesyuarat agung persatuan, senarai nama pelajar kelab/persatuan, senang cerita semua. Kemudian aku buat lesson plan untuk hari tu. TETAPI, preparation untuk masuk ke kelas zero. Tak sempat nak buat. Then masuk kelas, solat zohor. Sambung dengan kelas lagi sampai pukul 4.35.

Pastu, aku update fail merit pelajar (ke hulu ke hilir cari borang). Kelas lagi…. Perhimpunan petang, solat asar…balik rumah… pendek kata, aku memang tak rehat langsung dari pukul 9.30 pagi sampai 6.40 petang. Dalam tempoh ni, aku rasa aku berjalan ke hulu ke hilir dah beberapa km.Tengok… waktu untuk menanda buku pelajar pun tak ada. Baju berpeluh, badan melekit…

Mungkin sebab kuasa merotan tidak ada, maka pelajar sekarang tidak memperdulikan guru. Kalau masuk kelas, bercakap dengan pelajar-pelajar yang bising, tidak mendengar kata langsung, buku tak bawa, alat tulis tak ade… hanya segelintir sudi nak menadah telinga mendengar…. Macam ni pun kami dikatakan tidak ikhlas mengajar? Jadi, apa harus kami buat supaya boleh dikatakan ikhlas? Nak sediakan bahan bantu belajar yang hebat…macam mana? Masa nak buat persediaan pun tak ada. Di rumah? Cukup la dengan menanda buku di rumah. Kami juga ada keluarga…. Ada urusan yang perlu diselesaikan, ada anak dan suami, nak juga merasa rehat bila cuti, balik kampung menjenguk orang tua… cuti sekolah kami pun diambil untuk kelas tambahan…hujung tahun menjaga peperiksaan spm…itu pun keikhlasan kami masih dipersoalkan..yang mana akhirnya buat aku mengalah… semalam.. balik dari sekolah, lepas gerammm…sebab terlalu letih…. tidur malam sampai cramp kaki sebab terlalu banyak berjalan….…..

Pelajar sekarang manja yang melampau. Semua nak disuap. Bagi latihan yang mudah dan sedikit pun tak nak buat. Sebab malas nak fikir. Tulisan macam cakar ayam. Kalau line free hand jer. Takde pakai pembaris. Yang buat aku rasa macam nak menjerit dan sumbat semua buku dalam tong sampah!! Kalau bagi latihan, mesti kena tulis jawapan jugak. Kalau tak memang boleh kira dengan jari yang siap kerja. Even tulis jawapan pun ramai yang tak siap…. Jadi, macam mana kami guru nak handle masalah ni. Nak rotan??? Tak bolehhhh…nanti kena saman. Rotan je yang pelajar takut. Setakat kena herdik, diorang tak heran. Kalau kaunseling??? Lagi tak jalan. Demerit??? Pun tak berkesan… jadi apa cara lagi yang kami boleh buat…tolonglahhh parents di luar sana..semak buku kerja/latihan anak2 anda semasa di rumah. Periksa beg anak2 tengok apa benda yang dibawa sewaktu datang sekolah. Ada yang datang sekolah, beg kempis jerrr…. Kasihanilah kami guru-guru ni…. Dah letihhh….penatt…lelah….perit…. jangan serahkan tanggungjawab tu pada kami 100%. Tolong lah pantau anak-anak anda. Kami tak terdaya nak pantau semua. Lagi pun, kami takde kuasa nak buat apa pun kalau pelajar bermasalah. Setakat boleh tegur dan membebel saja… salah kami jugak ke?

Emosional kejap



"Mama suruh datang sekolah". Itu jawapan yang aku terima dari seorang pelajar kelas peralihan tatkala aku menghantarnya pulang ke rumah petang tadi. Dah tahu anak tu demam panas, kenapa la nak suruh ke sekolah. Bukankah lebih baik suruh pelajar tu duduk berehat kat rumah. Aku tak pelik dengan perangai parents sekarang yang kebanyakannya lepas tangan terhadap anak-anak. Cara termudah untuk mereka melepaskan diri dari manjaga anak-anak ialah menyuruh ke sekolah. Mungkin mengharap guru tolong jaga anak mereka. Sudahnya, guru terpaksa bersusah payah menghantar anak mereka balik. Itu pun, masih ramai ibu bapa di luar sana yang masih tidak tahu berterima kasih dan menghargai jasa guru yang mendidik anak mereka. Pantang ada silap sikit, pasti teruk guru-guru di sekolah menjawab tuduhan mereka. Memang dunia dah terbalik.

Coretan aku mungkin panjang hari ni, juga agak emosional sebenarnya. Sungguh kata orang, tugas guru teramat berat. Dulu aku bekerja di pejabat, 8pg – 5ptg, tapi aku tak pernah rasa begini letih. Penat, stress, berkorban masa, wang ringgit, tenaga tak usah cerita la. Allah saja yang tahu peritnya bila kita dah bergelar pendidik. Aku rasa parents di luar sana pun tak sanggup keluar duit untuk support anak orang. tapi, kami buatttt....bukan besar mana pun gaji kami...

Bila kita jadi guru juga, kita tak boleh nak harap pasangan kita memahami kita…sebabnya…mereka memang tak akan faham kesukaran, kesulitan dan masalah yang kita terpaksa hadapi setiap hari di sekolah. Dengan jadual kelas yang padat, kerja-kerja perkeranian yang banyak, dengan karenah budak yang pelbagai, tekanan dari pelbagai sudut, pergerakan fizikal yang macam orang sasau ke hulu ke hilir tak kira masa….berpeluh badan, melekit…hangit… Memang kalau kita kurang sabar, boleh jadi gilaaa!!!!

Pelajar sekarang dan pelajar dulu jauhhhhh sangat bezanya. Pelajar dulu sangat hormatkan guru. Orang selalu kata, guru-guru dulu ikhlas mengajar berbanding guru-guru sekarang. Sebab tu pelajar dulu hormatkan guru… aku 1000% tak setuju dengan pendapat ni. Kita tolak ke tepi guru yang mengajar sebelum merdeka. Sebaliknya, bandingkan dengan guru-guru yang mengajar 20 tahun lalu. 20 tahun lalu, guru-guru tidak dibebani dengan kerja sampingan yang melampau, aktiviti kokurikulum, sukan, tiada report itu ini nak kena siap…pendek cerita…tugas guru lebih kepada p&p sahaja. Itu pun, semasa zaman aku belajar konsep yang digunakan cumalah chalk n talk. Jarang2 ada preparation yang gah macam yang diminta oleh KPM sekarang. Tapi berjaya juga aku dan rakan2 waktu tu. Tak pernah timbul kes pelajar atau ibu bapa saman cikgu. Bagi aku sama jer cikgu dulu atau sekarang. Masing-masing ikhlas menjalankan amanah yang maha berat ini.

Guru sekarang, macam aku cakap di atas tadi….ditambah dengan sikap ibu bapa yang lepas tangan, tekanan dari KPM sendiri yang menganggap guru seolah-olah robot, macam-macam arahan yang kadangkala tak masuk akal dibebankan atas kepala guru. Contoh mudah, untuk kokurikulum. Penglibatan pelajar walaupun mereka tak aktif wajib juga diberi markah. Tak boleh letak 0 walaupun pelajar terbabit tak pernah melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh sekolah. Sudahnya, guru terpaksa memberi juga markah kepada setiap pelajar. Jadi, salah siapa dalam hal ini?


Sunday, February 28, 2010

Cuti 3 hari

Pagi ni, hb suruh aku masak makaroni goreng untuk bekfes. tadaaaa...ini la makaroni yang aku hasilkan. 

 

  

meh la makan..jemput yerrr....nampak nyummy kan. hehehe...perasan sungguh aku ni. ye la, tunggu korang puji memang takdenyer. so, aku puji la diri aku sendiri. hiksss....

Jumaat lepas kan cuti sambutan Maulidur-rasul. Sekolah aku wat majlis, tapi aku xpegi. malas laa... kalau dekat rumah dan sekolah, mungkin aku pegi. ni dah jauh, liat bukan main. lagi pun, hari Jumaat tu banyak aktiviti aku nak buat. nak kemas rumah, nak siang ikan, ayam dan seafood stok 1 minggu. mak aku nak mai dari kedah hari Ahad ni. pepagi, hb dah ke pasar beli bahan-bahan basah. bekfes pagi tu hb beli roti canai. aku plak masak bubur jagung cicah dengan roti. habis bekfes, cam biasa la rutin aku. siang ikan ayam semua siap-siap. kalau tak nanti hari sekolah kelam kabut nak masak. 

malam tu plak, kami ke pasaraya Bintang kat Rawang, beli bahan kering untuk rumah.sebelum tu ambik cik ah. dia dari Putrajaya. turun kat stesen komuter Rawang.  lupa lak, tengah hari tadi, fuad (adik hb) & wife, lia datang rumah. diorang dari Perodua. Lia dapat offer keje situ. bestnyaaaa...gaji besar, benefit banyak, bonus minimum 4.5 bulan... jeles nyer... apa pun tahniah untuk diorang. bertambah rezeki lagi.

hari sabtu, aku berehat-rehat kat rumah je. lama dah tak rest. dah la hari sekolah sibuk manjang. weken pun sibuk gak. hmmm...camni la hidup kan. abang posmen ada datang rumah hantar surat cinta. bil cad credit citibank. bila aku buka...suprisseeeeee....GST-RM50.00. otomatik darah aku menggelegak bila tengok statement nih. geram kat Bijan yang mangkun hayun tuh. sesuai sungguh dengan slogan dia "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". apa taknya, negara takde duit, kepala rakyat dia ketuk dulu. itu pun orang masih sokong dia. herannn.....herannnn....

kad kredit ni penting untuk aku sebab selalunya aku isi minyak kete. then, at the end of the month aku akan make sure aku bayar semua. lagi satu, cc ni penting bila kita nak beli barang online. contoh, cam tiket kapal terbang. atau pun bila kita travel. tak kira la ke mana-mana pun. bila outstation, cc ni sangat perlu. semalam bila aku cari dalam tenet, cc Bank Rakyat je yang sanggup absorbed GST nih. so, pasni aku nak terminate kad-kad lain. nak apply Bank Rakyat je la. tak sanggup aku perabih duit kat si Botak Bijan dan bini dia si Katik rambut kejung tanpa sebab. tak pasal2 kita kena bagi duit kat depa. hangin tul akuuu...

hahaha...emo jap aku bila sebut pasal si Botak Bijan nih. bodo mentadbir. takpe, tunggu la...ko pun akan mati gak. balasan Tuhan tu pasti. aku tunggu jer saat tu. mana tau, eksiden ke, kapal terbang terhempas ke...hahaha...aku la yang akan bersorak sakan. siap buat sujud syukur lagiiii....Bijan takut bini....ok, stop citer mangkuk 2 ekor ni. 

jumpa lagi....nak siap-siap. jap g nak g kepong, attend kenduri kawen...

Tuesday, February 23, 2010

Gambar birthday Chaq

Ok... as promised. here are the picsss.... layanzzzz

 
kek sedapppp...

  

  
 potong kek...dah meningkat umoo weiii

  
 chaq & wardah

  
 chaq & Baihaqi. tumpang sibuk gak budak ni..hehehe

  
 chaq & Fakhri.. anak ke-2

  

  
 chaq & widad, anak ke-3

  
bersama his beloved wife...

  
uiksss... tangan & jari sape yang comei tu. leh jadi model untuk losyen tangan...hahaha

Friday, February 19, 2010

Heppi belated birthday chaq

Malam semalam aku g rumah chaq coz diorang adakan makan2 sempena birthday chaq yg ke-38. sekejapppp jer masa berlalu kan? pejam celik pejam celik dah hampir 40thn dah umo chaq. aku pun dah hampir 30 thn. dah tua weeiiii... aku baru ada sorang anak, chaq dah 3... hhhooooo...jauh lagi nak kejar tu..

chaq beli makanan kat pasar malam sg. buaya nih. ada murtabak, pizza, karipap, keropok lekor, mee sup & bihun sup. kak chaq pulak beli kek secret recipe, tiramisu... errrmmm...cedap..cedap... hahaha..bila leh makan orang belanja, aku gerenti tak tolak nyer. bak kata orang 'rezeki jangan ditolak'... i likee!!! i like!! 

untuk chaq, "selamat hari lahir. moga murah rezeki dan panjang umur." lagi pesanan aku: "wat la makan-makan selalu. takpe. aiman tak kisah pun" kak chaq lak suka menapau bagi kami bawak balik.. hehehehe.... syabas inspektor sahab!! buat lagi tau. ni kalau kak chaq baca ni, mau pengsan dengan adik ipar dia yang "terlalu" senonoh nih. ahahaha

nanti aku letak gambar ek. malas la nak transfer gambar masuk pc. nak resize lagi. aku ni memang sentiasa camni.  malassss jer.. tu yg hb ai asik bebel tu. hiksss.. gambar pun tak banyak mana. cukup la sebagai kenangan chaq & family.

cukup la dulu bersiaran kali ni. esok mere betei kena p sekolah. againnnn?? errrmmmm