"Mama suruh datang sekolah". Itu jawapan yang aku terima dari seorang pelajar kelas peralihan tatkala aku menghantarnya pulang ke rumah petang tadi. Dah tahu anak tu demam panas, kenapa la nak suruh ke sekolah. Bukankah lebih baik suruh pelajar tu duduk berehat kat rumah. Aku tak pelik dengan perangai parents sekarang yang kebanyakannya lepas tangan terhadap anak-anak. Cara termudah untuk mereka melepaskan diri dari manjaga anak-anak ialah menyuruh ke sekolah. Mungkin mengharap guru tolong jaga anak mereka. Sudahnya, guru terpaksa bersusah payah menghantar anak mereka balik. Itu pun, masih ramai ibu bapa di luar sana yang masih tidak tahu berterima kasih dan menghargai jasa guru yang mendidik anak mereka. Pantang ada silap sikit, pasti teruk guru-guru di sekolah menjawab tuduhan mereka. Memang dunia dah terbalik.
Coretan aku mungkin panjang hari ni, juga agak emosional sebenarnya. Sungguh kata orang, tugas guru teramat berat. Dulu aku bekerja di pejabat, 8pg – 5ptg, tapi aku tak pernah rasa begini letih. Penat, stress, berkorban masa, wang ringgit, tenaga tak usah cerita la. Allah saja yang tahu peritnya bila kita dah bergelar pendidik. Aku rasa parents di luar sana pun tak sanggup keluar duit untuk support anak orang. tapi, kami buatttt....bukan besar mana pun gaji kami...
Bila kita jadi guru juga, kita tak boleh nak harap pasangan kita memahami kita…sebabnya…mereka memang tak akan faham kesukaran, kesulitan dan masalah yang kita terpaksa hadapi setiap hari di sekolah. Dengan jadual kelas yang padat, kerja-kerja perkeranian yang banyak, dengan karenah budak yang pelbagai, tekanan dari pelbagai sudut, pergerakan fizikal yang macam orang sasau ke hulu ke hilir tak kira masa….berpeluh badan, melekit…hangit… Memang kalau kita kurang sabar, boleh jadi gilaaa!!!!
Pelajar sekarang dan pelajar dulu jauhhhhh sangat bezanya. Pelajar dulu sangat hormatkan guru. Orang selalu kata, guru-guru dulu ikhlas mengajar berbanding guru-guru sekarang. Sebab tu pelajar dulu hormatkan guru… aku 1000% tak setuju dengan pendapat ni. Kita tolak ke tepi guru yang mengajar sebelum merdeka. Sebaliknya, bandingkan dengan guru-guru yang mengajar 20 tahun lalu. 20 tahun lalu, guru-guru tidak dibebani dengan kerja sampingan yang melampau, aktiviti kokurikulum, sukan, tiada report itu ini nak kena siap…pendek cerita…tugas guru lebih kepada p&p sahaja. Itu pun, semasa zaman aku belajar konsep yang digunakan cumalah chalk n talk. Jarang2 ada preparation yang gah macam yang diminta oleh KPM sekarang. Tapi berjaya juga aku dan rakan2 waktu tu. Tak pernah timbul kes pelajar atau ibu bapa saman cikgu. Bagi aku sama jer cikgu dulu atau sekarang. Masing-masing ikhlas menjalankan amanah yang maha berat ini.
Guru sekarang, macam aku cakap di atas tadi….ditambah dengan sikap ibu bapa yang lepas tangan, tekanan dari KPM sendiri yang menganggap guru seolah-olah robot, macam-macam arahan yang kadangkala tak masuk akal dibebankan atas kepala guru. Contoh mudah, untuk kokurikulum. Penglibatan pelajar walaupun mereka tak aktif wajib juga diberi markah. Tak boleh letak 0 walaupun pelajar terbabit tak pernah melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh sekolah. Sudahnya, guru terpaksa memberi juga markah kepada setiap pelajar. Jadi, salah siapa dalam hal ini?
No comments:
Post a Comment