hari ni aku rasa letih sangat. sibuk ke sana sini uruskan budak yang nak ke MSU esok. tiba-tiba jer aku jadi bidan terjun untuk handle menda ni, sedangkan ini kejer orang lain. sabor je la. ini la dunia perguruan. kejer sampingan terlalu banyak sampaikan fokus untuk p&p sangat kurang. tak cukup masa untuk wat preparation. kengkadang tu, bila masuk kelas ngajar ikut dan jer. takde perancangan teliti sebab time constraint. event terlampau banyak. majlis itu, majlis ini, bulan itu, bulan ini. belum lagi termasuk nak organize lawatan, camping... semua kena ikut prosedur...letih teramat. bila balik dari sekolah, ikut badan, memang rasa nak tido jer... hmmmm... bila la aku boleh jadi super woman yang hebat. boleh bekerja dan urus rumah tangga dengan baik.
minggu ni, sekolah ada july test. walaupun tak perlu wat preparation untuk p&p, banyak keje yang aku kena bereskan. aku kena siapkan buku program bulan patriotik, wat dokumentasi bulan sc math, preparation untuk karnival ict 4 ogos, siapkan sijil berhenti budak kelas aku (tingkatan 5), wat slide power point (8 presentation) untuk subjek math, bawak pelajar ke MSU, shah alam, siapkan folio bebudak psk, pendek kata dalam masa yang singkat ni, semua nak kena buat. aku tak larat... sebab semuanya rushing. penyelaras makmal komputer lagi. tu pun, aku belum hias makmal tu. sikit-sikit jer aku buat... rasa nak demam kalau difikir-fikirkan... nanti nak tanda kertas ujian lagi (aku ngajar 8 kelas). tolong la aku....
lepas balik kg, balik semula kl pd minggu ke-2 cuti sekolah. duit melayang sebab repair keter. macam2 hal plak. dah la tengah semput, keter pulak time2 ni la nak bermanja. absorber mintak di ganti, bateri keter kong sebab aku lupa nak tutup lampu, asbestosss betul. pastu 'tulang anjing' keter pecah, brek bocor.... ohhhh...banyaknya duit nak kena kuar. nak pitam gak aku. pastu, hb dah bgtau awal2 kena standby dalam 400, sebab ada parts brek keter tu yang bermasalah. mintak diganti. Ya Allah..... bertimpa2 masalah. 















Hari Ahad, 26 April, aku celebrate birthday hb. Plan asal nak try Restoran Cheng Ho kat wangsa maju. tapi, jenuh pusing area situ cari, tak jumpa. Carefour pun tak nampak batang hidung. At last, patah balik. Kami makan kat kedai biasa je. Kat situ pun not bad. Pilihan lauk-pauk untuk makan t/hari banyak sangat. Sampai tak tahu nak pilih. At last, aku ambik ulam, sambal belacan, ikan cencaru sumbat sumbat, cabai kicap, kari daging, sup tulang dan perut. 3 jenis air, sirap, fresh orange n laici. Nama kedai aku tak ingat, penuh satu meja hanya aku n hb jer makan. hehehe...tamak plak rasa. Hb siap tapau mee kari lagi. harga mee kari mahal sangat, rasa biasa jer. Satu bungkus RM5.90.



