Monday, May 4, 2009

Menu weken

cuti hari pekerja hari tu memang best. 3 hari katakan. Hehe... aku memang lepak kat rumah jer. tak pegi memana pun. Pagi Jumaat tu, aku g bekfes kat kedai makan di bukit sentosa. Banyak pilihan gak la makan kat situ. ada nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, roti canai, yang goreng2 pun ada, yang kuah2 pun ada. senang citer, kita bleh order jer apa yang kita rasa nak makan.

Hari sabtu, hb kena pegi perhimpunan hari pekerja kat bukit jalil. so, tinggal aku berdua dengan si kecik tu. aku bakar roti telur untuk adik. then aku goreng cucur kacang dan bancuh 1 mug milo. nyummyyy.... best makan masakan sendiri. tengahari, aku masak sup ayam, goreng ikan, wat sambal kicap. best...best..best...

Ahad pagi, aku masak ubi keledek rebus, cicah dengan kelapa parut digaul dengan gula. Then, aku buat sambal tumis ikan bilis. fuhhh.... memang terangkat habis bekfes pagi tu. Dah lama tak makan ubi rebus sebenarnya. teringin sesangat. Tu yang beli gak tu. 4 ketul habis aku bedal. ahakksss... bleh tahan gak selera makan aku nih. kalau korang tengok, gerenti tak percaya. macam orang tengah ngidam plak... Tenghari aku rebus kerang jer. Sup semalam pun masih banyak. Hehehe...so aku panaskan jer la sebab hb kata tak yah masak bebanyak, takut membazir. Malam, aku bancuh seteko kopi, makan goreng pisang dan aku bakar garlic bread. Seronoknyaa makan2 kan??

Gambar ubi rebus ni je la yang sempat aku snap pun. Nak ke??

No comments: