Monday, August 24, 2009

Menu awal Ramadhan

dah lama tak buat aktiviti masak-memasak nih. sejak mula bekerja, malas..hehehe... tapi oleh sebab awal Ramadhan jatuh pada time cuti sekolah, so aku pun boleh la masak kuih-muih ni.


1 Ramadhan
menu berbuka: nasi putih, terung goreng cili padi dengan lauk-pauk, cucur bawang (fav. hb)


2 Ramadhan
mee sup, ketayap (first time aku buat. Alhamdulillah menjadi). hb siap puji sedap...kembang idung aku. hahaha.... ni pun kuih fav. dia juga.

Bancuhan tepung untuk kulit ketayap

Inti ketayap...kelapa tua skit... kalau kelapa muda lebih sedap

Tadaaaa.... siap ketayap aku...nyum..nyum..nyumm

3 Ramadhan

nasi putih, cendawang goreng tepung, ikan kering goreng, sup daging, kuih talam pandan. talam pandan ni cubaan pertama jugak. Dan alhamdulillah lagi sekali. menjadi dan permukaan atas kuih pun cantik...smooth jer. takde kawah gunung berapi ke, berombak2 ke.... bangga gak la. rasa pun sedap. lemak dan manis.

Cendawan goreng tepung

kuih talam....

yummyyy.... sedap!!! jemput makan semua....

Friday, August 21, 2009

RAMADHAN DATANG LAGI.....

Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak... bulan penuh keberkatan yang dinantikan oleh semua makhluk Allh di muka bumi. Tak terkecuali aku. rasa teruja sangat. jadi, kena mula dengan rutin biasa. bangun sahur, masak untuk berbuka, solat terawih... tapi, cam biasa. aku solat sendiri di rumah. hb jer yang solat di masjid. ada anak kecil kan, tak berani aku heret. takut2 mengganggu jemaah lain berjemaah.

minggu lepas, anak buah aku wardah masuk wad sebab pneumonia. sebelum tu, dia memang batuk2. teruk gak bunyinya. chaq dah bawa wardah ke klinik, ke hospital...semua doc cakap batuk biasa. dah abang aku paksa, baru diorang check betul dan x-ray dada. lepas tu baru nampak yang paru-paru dia ada infection. tu la perangai doc kat mesia nih. suka ambik mudah bila orang biasa cam kita ni. tapi, bila vvip ke, bukan main sakan melayan. kadang aku nyampah dengan situasi camni. bukan vvip tu bagi diorang makan pun.

hari ahad, aku g jenguk wardah kat wad. sian nampak kena cucuk tangan untuk masuk air dan ambik darah untuk test H1N1. alhamdulillah, hari ni condition dia makin baik. tak perlu masuk air lagi. makan pun dah selera skit. syukur pada Allah. mak pun dah sampai dari kedah pukul 3 pagi tadi, semata-mata untuk tengok cucu. mak..mak.... cucu dan tok, memang la... heehehe...

kepada semua umat Islam, "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK"

hahaha...yang lagi best, esok mula cuti sekolah for 1 week...bestnya!!!!!

Tuesday, July 28, 2009

apa korang akan buat....

kalau korang jadi aku, macam mana korang akan buat ye? aku ni dalam dilema. cikgu-cikgu sekolah aku kan disuruh beli baju korporat kononnya. tapi design sebijik cam baju operator kilang/ makcik cleaner pakai. tapi harga rm150 termasuk upah jahit. bagi aku yang fulusnya cukup2 makan, memang aku rasa sangat terbeban. lagi, aku tak suka design tu. kalau pakai, huyooooo... buruk la. masalahnya, guru kanan jabatan math sc cam memaksa aku suruh beli jugak baju tu. sedangkan kalau ikut kemampuan, aku belum mampu. dah tu, aku cikgu baru. belum pun dilantik ke jawatan DG41, tapi nanti dikira pandai melawan. huhuhu..... silap2 haribulan, diorang markah rendah untuk penilaian aku sebab tak ikut arahan. so, kalau korang jadi aku, korang beli ke tak? atau korang wat derkkkk jer. cikgu2 lain semua beli sebab kami digertak ekceli. kira aku antara 2-3 orang yang tak beli. tapi diorang semua cikgu lama, dah confirm pun. pening gak aku dok pikir menda nih. sebab aku betul2 tak nak beli. korang plak rasa macam mana? patut ke aku buat ikut kemampuan aku? takkan nak kena bergolok bergadai/berhutang semata-mata sepasang baju?

hari ni aku rasa letih sangat. sibuk ke sana sini uruskan budak yang nak ke MSU esok. tiba-tiba jer aku jadi bidan terjun untuk handle menda ni, sedangkan ini kejer orang lain. sabor je la. ini la dunia perguruan. kejer sampingan terlalu banyak sampaikan fokus untuk p&p sangat kurang. tak cukup masa untuk wat preparation. kengkadang tu, bila masuk kelas ngajar ikut dan jer. takde perancangan teliti sebab time constraint. event terlampau banyak. majlis itu, majlis ini, bulan itu, bulan ini. belum lagi termasuk nak organize lawatan, camping... semua kena ikut prosedur...letih teramat. bila balik dari sekolah, ikut badan, memang rasa nak tido jer... hmmmm... bila la aku boleh jadi super woman yang hebat. boleh bekerja dan urus rumah tangga dengan baik.

minggu ni, sekolah ada july test. walaupun tak perlu wat preparation untuk p&p, banyak keje yang aku kena bereskan. aku kena siapkan buku program bulan patriotik, wat dokumentasi bulan sc math, preparation untuk karnival ict 4 ogos, siapkan sijil berhenti budak kelas aku (tingkatan 5), wat slide power point (8 presentation) untuk subjek math, bawak pelajar ke MSU, shah alam, siapkan folio bebudak psk, pendek kata dalam masa yang singkat ni, semua nak kena buat. aku tak larat... sebab semuanya rushing. penyelaras makmal komputer lagi. tu pun, aku belum hias makmal tu. sikit-sikit jer aku buat... rasa nak demam kalau difikir-fikirkan... nanti nak tanda kertas ujian lagi (aku ngajar 8 kelas). tolong la aku....


Thursday, June 25, 2009

Last aku update blog ni sebulan lepas. dalam tempoh ni, banyak sungguh peristiwa dalam hidup aku, terutamanya sekolah. ermmm... bila dah jadi pendidik ni, tak dapat tidak, mesti akan citer jugak hal2 sekolah. jadi macam terapi pulak bagi aku, sebab kalau nak citer kat orang, even hb sendiri pun takkan faham. kadang2 cam malas layan. so, it's better for me to write here.

cuti sekolah yg baru lepas ni, aku attend kenduri kawen bang t di Pasir Gudang johor. Jauhnya berjalan. kos pun tinggi. huhuhu...senang citer, kopak la poket aku yang memang sedia kering ni. lepas kenduri di johor, kenduri kat kg aku pulak di kedah. duit lagiiii.... bila dah lepas kenduri, rasa lega teramat. nanti la aku letak gambar. malas nak resize....


lepas balik kg, balik semula kl pd minggu ke-2 cuti sekolah. duit melayang sebab repair keter. macam2 hal plak. dah la tengah semput, keter pulak time2 ni la nak bermanja. absorber mintak di ganti, bateri keter kong sebab aku lupa nak tutup lampu, asbestosss betul. pastu 'tulang anjing' keter pecah, brek bocor.... ohhhh...banyaknya duit nak kena kuar. nak pitam gak aku. pastu, hb dah bgtau awal2 kena standby dalam 400, sebab ada parts brek keter tu yang bermasalah. mintak diganti. Ya Allah..... bertimpa2 masalah.

tapi dalam dok sesak2 pun, aku sempat gak beli perabot untuk rumah. 2nd hand jer. 3 buah almari RM450. murah kan? kalau beli yang baru, mau seribu lebih. perabot tu pun masih cantik lagi. aku beli kat serendah, selangor. kedai tu baru bukak sebln jer. tapi, pilihan perabot terpakai dia not bad. banyak gak la pilihan. susah nak cari perabot terpakai yang masih elok. nanti aku snap gambar. jangan jelesss tau bila korang tengok....

huhuhu...aku malas nak snap n upload gambar... jangen mareee arrr... 

Saturday, May 16, 2009

Selamat hari ibu & selamat hari guru

Walaupun lewat, aku tetap nak wish all mothers outside there



untuk ibu ku yang tercinta, saya ucapkan terima kasih tak terhingga atas pengorbanan mak terhadap saya. saya sayang mak. semoga Allah beri kesihatan yang baik dan panjangkan umur mak. semoga saya dapat beri kesenangan kepada mak di dunia dan akhirat...

dan untuk guru-guru....



guru yang paling aku sayang ialah cikgu rohani, guru sek. rendah aku. sampai sekarang aku masih contact dia. dia pun close dengan family aku. sanggup susah payah untuk family aku, take care pasal arwah ayah, mak. dan dia juga la orang yang sibuk semasa aku n 2 orang lagi abang aku kawen. thanks cikgu... iluv u so much!!!

Saturday, May 9, 2009

Decor rumah

Korang minat tak decor rumah. aku bleh gerenti jawapan nya mesti ya. mana ada orang yang suka dok dlm rumah yang sepah cam reban ayam. hiksss... ada problem la orang tu kan. Aku sebenarnya suka konsep english, atau cottage style tu. nampak cantik, tenang jer kan. tapi, konsep ni perlukan modal yang banyak gak sebab barang hiasan agak mahal. so, sekarang ni aku plan nak beli sikit2 la. tak mampu nak beli semua sekali gus. mau luruh jantung gue... ahaksss...

benda pertama yang aku beli, sepasang gambar bunga kat Romantika, amcorp Mall. reger RM7/pc. kira murah lah bagi aku sebab sebelum2 ni, mana bleh dapat hiasan dinding reger camtu kan. Ni pic nya (pic 1).


bila 1st time masuk Romantika tu, huwaaaa..... cantiknya brg2 english kat situ. cuma pilihan tak banyak sangat la. Reger boleh tahan. kira mampu milik. Maybe, kalau kat cawangan di shah Alam lebih banyak. Dengan pilihan dan masa yang terhad, aku terus jer rembat sepasang hiasan tu. dan dah digantung pun. tadaaaaa.....tengok pic 2. eheheh...macam la saspen sangat. poyo sungguh aku nih....ohhh...

Pic 3 tu plak, gambar mural hasil kejer tangan "pelukis tersohor", Syafiq Baihaqi. Uwaaaaaa.... habis dinding rumah aku di buat mural dek budak sorang nih. Korang belum tengok lagi, corak abstrak yang dia buat kat sarung sofa aku. Udah ler kaler cream sarung sofa tu, nampak jelas sungguh. Sabau aje la mama nih. Walau pun, sudah ku babab tangannya berkali2, memang tak makan saman. Terus dia menunjukkan skillnya kat prohibited area. Ohhh...tragis...tragis....


Monday, May 4, 2009

Menu weken

cuti hari pekerja hari tu memang best. 3 hari katakan. Hehe... aku memang lepak kat rumah jer. tak pegi memana pun. Pagi Jumaat tu, aku g bekfes kat kedai makan di bukit sentosa. Banyak pilihan gak la makan kat situ. ada nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, roti canai, yang goreng2 pun ada, yang kuah2 pun ada. senang citer, kita bleh order jer apa yang kita rasa nak makan.

Hari sabtu, hb kena pegi perhimpunan hari pekerja kat bukit jalil. so, tinggal aku berdua dengan si kecik tu. aku bakar roti telur untuk adik. then aku goreng cucur kacang dan bancuh 1 mug milo. nyummyyy.... best makan masakan sendiri. tengahari, aku masak sup ayam, goreng ikan, wat sambal kicap. best...best..best...

Ahad pagi, aku masak ubi keledek rebus, cicah dengan kelapa parut digaul dengan gula. Then, aku buat sambal tumis ikan bilis. fuhhh.... memang terangkat habis bekfes pagi tu. Dah lama tak makan ubi rebus sebenarnya. teringin sesangat. Tu yang beli gak tu. 4 ketul habis aku bedal. ahakksss... bleh tahan gak selera makan aku nih. kalau korang tengok, gerenti tak percaya. macam orang tengah ngidam plak... Tenghari aku rebus kerang jer. Sup semalam pun masih banyak. Hehehe...so aku panaskan jer la sebab hb kata tak yah masak bebanyak, takut membazir. Malam, aku bancuh seteko kopi, makan goreng pisang dan aku bakar garlic bread. Seronoknyaa makan2 kan??

Gambar ubi rebus ni je la yang sempat aku snap pun. Nak ke??