Sunday, November 20, 2011

SPM dan duit RM100

Wahhhh....cuti sekolah kali ni tinggal sejemput la cuti aku nampak gayanya. Dah kena jadi pengawas SPM. Masya-Allah... boring, bosan, tak tahu nak cakap. kalau paper yang 2 jam setengah tu, aku rasa cam nak pegi pusing je jarum jam tu. 5 minit pun rasanya lamaaaaaaa sangat. Betullah kan, orang selalu kata, penantian itu satu penyeksaan. sangat tepat dalam kes ni. huhuhu.... walau pun aku cuma tunggu budak2 tu menjawab saja, tak perlu susah2 ngajar, tp tuhan saja yang tahu seksanya. ye la, sembang xboleh, membaca xboleh, duduk pun xboleh. xkejang kaki semua... ngantuk jangan cakap lah. badan pun letih semacam..cuti pun habis macam tu saja...huwaaaaaa....aku nak cuti...nak cuti!!!

lagi aku nak citer pasal duit RM100 yang PM bagi kat parents tu. Harap2 tahun depan, kalau nak bagi lagi, tolonglah jangan libatkan sekolah dan cikgu. macam2 karenah & ragam mak bapak yang kami kena hadap. siap ada yg memaki hamun lagi. cam "sekolah bodoh, cikgu pun bodoh!!"... what the hell?? gara2 duit tak cukup untuk diedarkan pada hari tu.

tu belum lagi bab mak bapak berebut nak duit tu. cam mak bapak bercerai, mak pun datang, bapak pun datang.... masing2 nak tuntut duit tu....('>_<)....?????... ada jugak yang anak dah pindah sekolah. kat sekolah baru pun ambik, dtg kat sekolah lama nak cuba nasib, kot2 ada terselit lagi nama anak diorang... boleh dapat lagi xtra RM100. ada yang sampai gegar pagar sekolah sebab lambat buka. ye la, nak p ambik duit kat bank pun, kena la tunggu bank tu buka. pukul 7.30 pagi, mana ada bank bukak? macam2 karenah manusia yang aku tenguk sebab duit seratus tu.... itulah kuasa duit... kalau sekolah buat meeting PIBG, parents sanggup datang macam ni, kan baguss?? 
jd, parents di luar sana tu, fikir-fikirkan lah. jangan lah jadi hamba duit. bayar bil astro bulan2 smpi 80-90 ringgit, ada je duit. tp, nak byr yuran sekolah dan pibg, merungut je xde duit. yg betul2 susah tu, lain citer lah kan... duit oh duit....

Friday, November 11, 2011

Bandung - Last Day & Budget

Sebenarnya aku tersilap book tix utk blk KL. Sepatutnya aku book pkl 5.45ptg  ntah mcm mana terpilih 6.45pg. huwaaaa...nasib baik flight retime ke pkl 8.30pg. N3 ni xde pape citer menarik sangatlah. Kami ke airport lbh kurang pukul 5pg, dan sampai 5.30 pagi. ingatkan sampai awal, boleh settle semua urusan awal. ye, kami 1st passenger yg drop luggage, n bayar tax airport. Tp, imigresennya plak buka pukul 7.30 pg. Waktu kami sampai, airport lengang. dalam pukul 6.30 camtu dah ramai. 95% malaysian...hehehe....

Kaunter bayar airport tax

Masih lengang


Komputer & free internet


Dah ramai umat

Kaunter imigresen yg belum dibuka



Kar airport, sempat berkenalan dengan elis & husband. elis ni juga guru. kami snap pic together. mana la tau kan, ada rezeki one day boleh travel sesama. kan elis?



Sempat posing sebelum naik flight



Bye Bandung....

Ok, ni summarization budget kami yang seciput cuma:

Tix flight 3 orang return (include luggage, meal, seat) = RM475
Airport tax 3 org = Rp225k
Hotel 3 malam = Rp950k
Supir = Rp400k
Transport (taxi) = Rp160k
Makan = Rp510k
Shopping = Rp5.66juta ~ RM2k++ .Yg ni terpulang korang lah yek. Budget besar, shopping banyak. budget kecik, cam kami lah ;-))

Luggage kami untuk balik, kami beli 45kg, tapi kami guna lebih kurang 43kg . ngam. xde hand luggage pun.

Ok, sekian saja trip kami ke Bandung. Harap ada rezeki lagi, nak jejak negara lain pulak. Moga diizinkan Allah. Aminnnn....

Friday, November 4, 2011

Bandung - Day 3 Part 2


Lepas Jalan Riau, kami ambik cab ke Toko 3. Kat sini banyak giler pilihan kalau korang nak beli jeans. Original with reasonable price. A must visit place ye, but for those yang minat jeans lah :-)) Kami pun rembat 2-3 pasang jeans kat sini. Tapi semua untuk dewasa sahaja, takde jeans untuk kanak-kanak. Ada sesetengah jeans tu, siap ada sale lagik. Dari 10% sampai la 50%. Pilihlah mana yang berkenan di hati. 

 


Khusyuk dok belek burung...hahaha..sampai bersila kawan...

Ni commercial break jap:
Along: Mama, nape burung tu pejam?
Mama:. dia tido tu
Along: Nape dia tido?
Mama: Dia ngantuk la
Along: Nape dia ngantuk?
Mama: Sebab dia jalan banyak sangat
Along: Nape dia jalan banya sangat?
Mama: ????...erkk..along ni cam lagu bangau oh bangau plak... haish!!

Itu baru sikit. Bila tengok burung tu dok garu guna paruh, camtu kat atas tu dia tanya...isk..isk..isk...

Ok, back to the topic...

Toko 3 ni tak jauh dari Pasar Kosambi. Korang boleh je menapak ke pasar ni kalau berhajat nak membeli jajanan Bandung macam pisang sale, kekacang, etc.. Cam pakaian tu tak berapa banyak di situ. Tapi kami tak pegi pun sebab along udah capek. Tapi, aku teringin sebenarnya nak pegi...huahuahua

Snap dari dalam cab je
Keluar dari Toko 3, kami tunggu cab kat tepi jalan. Jalan dah jem sangat waktu ni. Teksi Blue Bird memang tak nampak langsung, sudahnya terpaksa jugak ambik teksi lain. Dari sini, kami ke area Setiabudhi. Jauh gak jarak dari Toko 3 ke Setiabudhi. Sebab dah pukul 3 lebih time tu, kami g makan makanan padang, dekat sangat dengan Rumah Mode. Restoran Sederhana, recommended sebab sangat bersih. Surau pun selesa. Anak aku dah tdo dalam cab tadi. Sampai restoran ni sambung tido lagi kat atas kerusi. Kesiannn.. penat sangat la tu. Kami makan dan solat kat sini. Selesa restoran ni sebab luas, bersih dan tak ramai orang.

Restoren ayam goreng Suharti






Sangat bersih kan?



Yang dimakan saja perlu dibayar

Dua beranak menjamu selera
Pukul 4 lebih, kami berjalan ke Rumah Mode. Aku tak snap sekeping pun gambar kat situ. Ntah nape ntah...Frust weiii ('~_~)..hukhuk..Oleh sebab hari ni Sabtu, weekend, agak ramai orang kat sini. Pilihan pakaian pun agak banyak. Cuma, tak memenuhi taste aku. for those yg memang jenis trendy/modern tu, suka la kot. Aku cuma beli pakaian kanak2 je kat sini. 

Along cam biasa, very the lasak ko!! Sampai ayahnya kebengangan (erk..ada ke term ni dalam BM?) tahap langit petala ke-8. Dengan aku-aku pun hilang mood nak shopping. Dalam Rumah Mode tu, boleh dia dok usik barang mainan yang dok jual tu. Panjat kerusi, ambik mainan tu, mainan ni...Adoiii..fening...fening...Tu pasal agaknya sampai langsung tak teringat nak ambik gambar.  Jenuh kisahkan dia je sebenarnya...

Waktu kat rumah Mode, hujan turun selebat-lebatnya. Hujung bulan 10 sampai bulan 2, Bandung ni kira cam musim hujan. Setiap hari hujan.  Bila kami nak balik ke hotel, dah malam, hujan lebat. Kebetulan pulak, line TelkomSel (line tepon kami) takde. xleh call out untuk panggil cab, public phone lak rosak. Camne nak g panggil taxi ni?

Jadi, hb jaga along sebab dia memang tak tahan kena hujan. Kalau tak selsema teruk la nanti. Aku nekad tunggu cab kat jalan besar. Hujan pun hujan lah... Tiba-tiba aku nampak ada budak bawa payung. budak tu comel, kulit cerah, berkaki ayam. Rasanya umur dia dalam 7-8 tahun kot. diorang ambik tips untuk payungkan orang-orang yang xde payung naik ke kereta masing-masing. Kagum aku dengan kegigihan diorang, juga bijak mencari peluang.

Budak ni payungkan aku kat tepi jalan besar. Dia cakap waktu malam kat situ, susah nak dapat teksi yang kosong. Jalan jem sangat-sangat waktu ni. Cab yang aku tahan sume tak nak berenti. Sebab dah ada orang. Budak ni masih setia payungkan aku... bila aku tengok muka dia..alahaiiii..... simpati aku.. Bila hujan dah reda, aku cakap kat budak tu tak perlu payung lagi. aku hulur duit kat dia. Sedekah.. terus budak tu beredar dari Rumah Mode. Aku pulak, xdapat-dapat gak teksi. Sabo je la. Aku menapak semula ke Rumah Mode, cari hb.

Mungkin dah rezeki bila kita ikhlas menolong orang kan, tiba-tiba ada teksi masuk ke area Rumah Mode, untuk drop orang. Teksi tu la yang aku ambik untuk balik ke hotel. Sampai hotel dah pukul 8 lebih.. Kami mandi, solat dan rehat. Pastu, hb g order makanan hotel saja. Pas makan, tido. Esok dah nak balik..

Kalau korang g Rumah Mode, banyak FO lain juga yang berdekatan. Sebelah rumah Mode, ada Rumah Mode Plus, Fashion World. Seberang jalan, ada The Secret. Boleh la korang g semua tu. Sebab tu aku cakap, kalau nak shopping sakan, jangan bawa budak. klu nak bawak juga, ambik la supir. Itu the best solution yang aku nampak buat masa ni. 

Cam aku, banyak tempat tak sempat nak redah. Jalan Dago, Cibaduyut (ni untuk barang-barang kulit), pegi spa, Kartika Sari untuk beli Brownies, Pasar Kosambi etc... Pasar Baru pun tak puas shopping... huhuhu...Tapi, aku tak terlalu ralat pun sebab aku bukan orang yang terlalu gila shopping... ye ke?? ke nak pujuk hati ni. hehehe.. ya, sebab aku lagi suka berjalan untuk tengok tempat orang, budaya orang... senang citer untuk sight seeing. At least, sebab semua orang sibuk ke Bandung, aku jugak dah sampai dan tahu macam mana rupa paras Bandung ni kan...

Bersambung... last day..

Bandung - Day 3 Part 1

29/10/11

Hari ni kami jalan-jalan kat area factory outlet. Pepagi bekfes kat hotel .Menunya mee goreng (sebenarnya megi goreng) dan nasi goreng. Sedap!!. Kat dapur patradisa tu, aku jumpa 1 family husband & wife dari putrajaya. Sempat borak sakan dengan diorang pagi tu..hahah...si isterinya pun cikgu. cikgu kan suka cakap...kata si isteri ni, anaknya keje pilot kat air Asia X. Tu pasal derang selalu gak travel sebab dapat tix murah. Bayar puluh ringgit je sorang untuk return trip ke bandung. Then, once a year dapat free voucher untuk ke mana2 destinasi pilihan... uwaaaa!! aku jeles...jeles... tak pe la kan, dah rezeki diorang. 
Part yang paling best, tengah2 bekfes aku terjumpa kawan sekolah aka cikgu aka rakan sekerja aku dari sekolah yang sama dengan aku, juga bercuti kat sini, dan stay hotel yang sama!! huhuhuh... what a coincidence.. punya luas bumi Allah boleh jumpa kat sini, hotel yang sama lak tu...kelakar gak bila di kenang...

Tu diaaa... punya la panjang intro aku... pas bekfes, kami g tepi jalan tunggu teksi. Nampak je teksi burung biru tu terus aku melambai-lambai. pe lagi, kami nak naik arrr... Mula-mula ingat nak g Toko 3, tapi lewat plak buka. pukul 10 baru diorg buka. Jadinya, kami terus turun kat Jalan Riau. Teksi tu benti depan Summit. Awal lagi waktu tu, Summit pun belum buka. So, kami lepak2 dan ambik gambar kat situ. Pasang tripod, ambik gambar 1 keluarga...

 
Sambil tunggu Summit dibuka, pe kata snap gambar dulu


Selalu nampak orang jual ais krim durian kat Bandung ni


Kat memana pun ada penjual-penjual ni
Lebih kurang pukul 9 kot tak salah aku, Summit dibuka, kami masuk lah. Ada a few family jugak dari Mesia yang masuk sama dengan kami. Seriously, kami tak boleh nak shopping sangat. Sebab ada satu tu seksyen barang mainan. anak aku memang melekat kat situ. kejap dia pegang tu, kejap pegang ni.. adehhhh....pening aku...FYI, mainan kat sini mahal. kalau kat mesia boleh beli RM2-3 je yang made in china tu, kat sini sampai RM7-8. rugi sungguh kalau beli.

Habis summit, kami g plak heritage. Banyak choices skit compared to Summit. FO kat sini dekat-dekat. sebelah menyebelah je pun. Kalau korang pegi Jalan Riau ni, depan summit ada FO Formen, Terminal Tas. Sebelah tu Heritage dan Cascade. Sape yang nak shopping sini, boleh stay kat Grand Serela, walking distance je dengan FO nih. 




Terminal Tas

Grand Serela Hotel

 Suasana di  jalan riau



Kita ke Toko 3 plak lepas ni... bersambung...

Thursday, November 3, 2011

Bandung - Day 2 Part 2

Sambungan sikit saja lagi dari n3 lepas. Kang panjang berjela2 plak jadinya kalau tak splitkan. Kalau boleh, sume gambar nak kasi masuk.. overrr gitu!!


Dah penat tawaf (ni kalau tawaf Kaabah ni, dah dapat pahala kan), dan tawar-menawar, perut pun dah berdondang sayang. anak aku pun dah meragam. jenuh ayahnya pujuk, dan berdokong naik turun tangga. haish!!! mamanya belum puas lagi sopping nih...huhuhu...budak kan...mana la seronok pegi tempat camni. jadi, kalau korang memang bebetul plan nak shopping sampai pengsan, if possible jangan bawa anak kecik yang tengah lasak, cam anak aku.  Jenuh kejar dia pusing kedai.. ayooo.. itu belum lagi bila dia melekat nak beli mainan. Even ayahnya belikan pun, kejap je terubat, pastu wat perangai lagi. Klu baby takpe, dia boleh tido dalam stroller je. klu tak, jadi cam aku...huwaaaaa!!! (Apapun, Mama tetap sayang along..(.=_='))

Errr...back to the topic, dah lapo, kami makan je kat food court di pasar baru. luasnya food court dia.  Food sangat variety. Cuma nak makan tu, tengok-tengok lah juga orang yang prepare makanan tu. senonoh ke tidak kan. Risau jugak, tempat orang. Kena ambik kira, halal ke tak. Last-last, kami makan di kedai ni je. Masakan padang.  Tapi, mengikut orang kat situ, kat atas tu semuanya halal.Tepuk dada, tanya selera memasing ye.

Rp12500..boleh la untuk alas perut...


Kami makan di kedai ni...
Selesai makan, kami beli sobenir yang belum cukup untuk sedara mara. Pastu, terus turun dan tunggu cab kat tepi jalan. Teksi blue bird memang payah nak lalu jalan ni. Kami tunggu dah lama, tak nampak pun batang hidung diorang. Aduhhh... dah la anak ku nak berdokong. Asik cakap, along penat!! sian anak aku. Last-last aku tahan gak teksi lain. 

Mana la burung biru ni??
 Sebelum korang naik, sila negotiate harga siap-siap. Klu tak, jenuh korang kena pawww. Contoh camni:

Aku: Ke Hotel Patradisa, Jalan WastuKencana pak
Teksi: Bisa
Aku: Berapa tambangnya pak?
Teksi: Rp50k..jalan macet
Aku: Mahal pak. 25k boleh?
Teksi: Rp30k..
Aku: Oklah...

Hambik ko, siap letak dialog lagi... hehehe..ni semua pasal nak tolong korang la ni. Supaya tak kena tipu. aku tak minta pape, ikhlas tolong ni. Cuma doakan aku murah rezeki, sihat tubuh badan, panjang umo, boleh travel around the world dengan family tercinta.. Ngeeee...kata ikhlas tadi...(~_~)

Kalau tak setuju dengan harga dia, kena la tunggu teksi lain. Or call saja teksi Blue Bird. Kalau nak super duper jimat, naik la angkutan. Memang murah. Tapi, kalau nasib tak baik, dia sumbat orang penuh cam tin sardin.. Bersabarlah kalau kena camtu.. Dan mungkin jugak korang kena tukar angkutan untuk sampai ke hotel.Angkutan ni dah ada laluan memasing.. kena tanya sebelum korang terjah naik.

Van dijadikan angkutan


Tapi, memandangkan aku n hb dah penat sangat, dengan anak wat perangai, dengan barang lagi, sambar je lah. Sampai hotel, hb dah flat, sampai demam2 petang tu sebab bawak muatan berat. ye la, anak aku dah 16kg++, sakit belakang dia, barang lagi. sudahnya petang tu kami tak ke mana-mana pun. Hb kena rest dan tido, demam urat..Uwaaaaaa!!! sob..sob..sedih wei. Kalau tak, petang tu jugak aku nak g Toko 3.. Apakan daya.. Kita merancang, Tuhan menentukan.. Ececece... frust sungguh bunyiknye...hahaha.. memang frust sesangat pun!! Hmmmm....

Bersambung Day 3 plak...

Bandung - Day 2 Part 1

Awal pagi kami dah bangun. FYI, waktu subuh kat sini awal. Ini gambaran waktu solat di Bandung. 

Subuh: 4.05 pagi
Zohor: 11.40 pagi
Asar:  2.45 petang
Maghrib:  5.45 petang
Isyak:  6.55 petang. 

Kalau nak waktu solat terkini, boleh check laman web ni http://m-alwi.com/jadwal-waktu-sholat-tahun-2010-wilayah-jakarta-selatan.html

Selesai perkara wajib, kami bekfes kat hotel. Dapur dia comellll sangat..hehehe.. menu pun tak banyak. cuma ada nasi lemak sambal telur, dan mihun goreng, kopok sayur. Air kopi dan teh. Masakan hotel ni boleh tahan, sedap jugak. Lepas makan, kami minta receptionist call teksi Blue Bird untuk ke Pasar Baru. Waktu tu lebih kurang pukul 8.15 pagi.Teksi lain tak guna meter. Hanya teksi ni saja yang betul-betul guna meter.

Tips: Kalau korang naik teksi awal pagi, sila tunggu teksi tepi jalan. Tahan sendiri je, sebab waktu ni jalan clear, tak jem. Cajnya jauh lebih murah berbanding kalau call. Bila call, otomatik korang kena bayar Rp25k, ~ RM9.00 walaupun kat meter teksi tu cuma tunjuk Rp8700 ~ RM3.10 saja dari Patradisa ke Pasar Baru. Jauh beza kan??

Call no. ni kalau nak suruh dia pick-up kat hotel

 Seeloknya pegi sini awal sebab banyak kedai pun dah dibuka. Orang pun tak ramai lagi. Selesa nak shopping. Sesuai sangat la nak berbelanja. Pastu, boleh bodek diorang harga pecah telur. kehkehkeh... maklum, bila awal camni, biasanya kita akan jadi 1st customer. Sometime, ada antara diorang percaya, orang pertama mesti jadi beli. Baru murah rezeki. Tapi, tempat ni ditutup awal. Pukul 5 petang lebih kurang.

Bila dah sampai Pasar Baru, apa lagi...kejenya sopping dan ngabihkan borehhh...kihkihkih... Pasar Baru ni sangat la besar. Kalau korang nak menziarah semua kedai di setiap floor, memang akan tak terdaya punya. Kalau dah set nak beli kain sembahyang ke, terus jer terjah kedai-kedai yang ada kat situ. Supir kami semalam recommend kedai ni.. Ramai betul orang mesia di sini berbelanja. Pusing mana pun, balik2 korang akan jumpa muka orang Mesia.

Oleh sebab kedai yang jual kain sembahyang ni terlalu la banyaknya, sampai berpinau bijik mata gue, makanya kami just ikut saja saranan pak edi semalam. Rambang mata ko nak pilih kedai. Berpeluh-peluh aku n hb menawar untuk beli kain tudung. Hakhakhak...last-last kami rembat juga 9 pasang. Campur-campur mahal dan murah. Kalau korang pegi mana-mana kedai pun, insya-Allah harganya takkan jauh beza. Cuma as usual, tawar bukkk!!!

Aku beli telekung sembahnyang di sini

Jurujualnya yg letih melayan tawaran harga maut kami...hihihi
Sila jangan terlalu frust kalau korang rasa tudung yang dibeli berbeza harga dengan orang lain. Sebabnya, harga tudung tu diukur based on material dan sulaman. Cam ada yang aku beli tudung sulam tebal+beg, material japanese cotton gred terbaik, sure harga lagi mahal dari japenese cotton gred biasa. Kain cotton pun ada banyak gred ye... So, kalau orang bercerita dia beli tudung japanese cotton Rp150k, korang beli Rp200k, take it positively. "oooo...mungkin materialnya lain sikit"... gitu lah ye. Tak boleh nak kata ko dapat murah, aku dapat mahal. Sama jugak dengan kain pasang. Dun worry.

Kebanyakan peniaga di Pasar Baru ni pun dah pandai demand. Ada yang berprinsip, take it or leave it. Sebab diorang tau orang mesia suka bebenor sopping kat situ. Eksen ekkk.. apapun prinsip diorang, sila tawar gila2... Lagi satu, untuk yang bawak anak, akan ada penjual-penjual (bukan yang ada kedai tu ye) jual minuman dan mainan. Tektik diorang ni, dia akan umpan anak kita. Air milo kotak yang 250ml tu pun harga sampai RM3++..Mahal bebenar..Diorang akan hulur kat anak kita dulu, kita kan sedang leka sopping. mana nak perasan, tup-tup nanti tak pepasal kena bayar mahal.



Banyak juga yang kami shopping kat sini. Barang sendiri tak banyak mana, sobenir untuk orang je lebih. hahaha... t-shirt bandung boleh dapat dengan harga Rp20k sehelai. Kain 100% cotton. sesuai la nak jadikan sobenir. Then, FM yang getah tu, diorang jual Rp50k untuk 4 pack, 1 pack ada 6 FM. Berbaloi kalau nak beli untuk kengkawan opis. FM yang batu, aku tak nampak pun orang jual kat sini. ingat nak beli untuk diri sendiri, tapi nggak ketemu dong!

Selain tu, korang boleh jugak beli beg kain yang berzip,  dan ada cap bandung cam gambar di bawah. 10pcs, cuma Rp50k. Ada memacam kaler, cantik dijadikan sobenir. Yang ni aku beli kat orang yang jual merata-rata tu. Mungkin korang boleh cuba mintak lagi rendah. Aku cam kesian lak nak minta rendah sangat. ish..ish..ish.. sibuk nak kesiankan orang. Sape nak kesiankan aku? hehe..Benda2 ni semua berbaloi sebab ringan. Takde la makan space untuk luggage korang. buat terlebih berat, jenuh nak bayar kat AA. Nayo sajork. Tak silap aku, 1kg xtra luggage=RM30 kan? Bengkok wehhh..


Antara hasil rampasan di Pasar Baru
 
Dan lagi... penuh beg besar yang kosong tu

Cukup dulu entry  ni. cam panjang pulak Bersambung Part 2...