entry kali ni, aku cuma nak upload pic raya hari tu n gambar2 lain... just enjoy ok..
Thursday, October 29, 2009
entry kali ni, aku cuma nak upload pic raya hari tu n gambar2 lain... just enjoy ok..
Sunday, October 11, 2009
saving oh saving
So, apa aku buat untuk atasi masalah ni? I mean nak paksa diri nyimpan nih. Bukan senang… cam nak pegi perang jek kekdahnya… aha..Aku buat loan ASB. First step, pegi semua bank yang ada menawarkan loan nih. Ambik flyer ke, watever yang bank ada. Then compare the interest charged. Then pilih bank yang tawarkan interest terendah. Islamik bank belum sediakan lagi loan ni rasanya, sebab aku dah survey waktu tahun 2007 dulu. Dah aku dapat bank yang sesuai, terus wat loan dengan bayaran bulanan selama 10 tahun. Yang bestnya, duit tu dah jadi komitmen kita, wajib kita bayar tiap2 bulan sebagai saving kita. Nama pun pinjam, wajib la teman bayor… ekeke… In fact, setiap awal tahun, kita akan dapat bonus/dividen ASB, paling rendah sehingga tahun 2008 ialah 7%. Katakan kita buat pinjaman RM50,000, means tiap awal tahun kita akan dapat RM3,500. Sape nak kasi kita duit buta2 camtu kan…
Itu bagi golongan cam aku ni la. Yang gajinya cuma cukup2 makan. Kalau tak buat secara paksa camtu, alamat memang tak nyimpan la teman ni. Hehehe… Tapi, kalau gaji korang besar atau pun korang ada cash money berpuluh ribu, why not simpan dalam ASB kan? Dapat pulangan w/pun tak lumayan mana, tapi lebih baik dari invest sana sini yang memang lum pasti pulangannya. Kalau mampu lagik, beli la saham cam Unit Trust ke.. pun berbaloi-baloi…hiksss….

Macam perancang kewangan lak aku ni kekdahnya. Bukan aku, tapi en. Darling aiii… dia yang jadi perunding kewangan tak bertauliah aku. Dia jugak yang selalu cari jalan penyelesaian untuk rolling duit sana sini kalau aku atau pun both of us ada masalah kewangan. Dan my laling gak ler tempat kengkawan nya dan kengkawan aku merujuk, tak kira dari kerani ke officer untuk bantu deme rolling duit or wat ever yang berkaitan dengan duit. Jadik, kalau korang ada masalah, jangan segan2 bertanya. Malu bertanya sesat nanti…muehehehe… dia tak charge apa2 pun. FOC maaa…. Tak tau la akan2 datang tetiba plak dia teringin nak tukar kerjaya, nak bikin bisnes sendiri… cepat2 korang rebut kesempatan ni… tak rugi…
Tutup citer. Jumpa lagi…wa chiowww dulu….
Friday, October 9, 2009
Life insurance
Sejak hari Isnin aku selsema n batuk2. Penangan makan kat open house banyak sangat kot. Hiksss…. Sampai hari ni pun masih berkokok sakan, sampai berair-air mata batuk. Perit tekak… Waktu aku taip blog nih pun kat comp. lab sekolah. Kejer banyak, tapi I’m not in the mood sebab memang rasa tak sihat sangat. Abis2 sangat aku dok pot pet dengan kak yati kat depan aku nih. Dia pun sibuk dok siapkan report yang dah hampir due.
Tadi jer mood aku memang down. Sebab baru dapat call dari KP Math, katanya esok n lusa dan buat bengkel teknik menjawab untuk student F4. Hampess keladi tolll la…. Dah la jadual waktu persendirian kena ikut, then tambah lagi dengan kelas nih…eeeiiiii… gerammm… untung guru2 dari jabatan lain…time ni boleh fokus kerja2 lain yang tengah bertimbun mintak disiapkan…. Maklumlah, kelas diorang kitorang ambik……
Tutup la citer sekolah. Kang ada yang kena keji lagi…hiksss…. Aku kan suka mengeji orang…. Hahaha
Nak tanya, korang ada ambik insurans nyawa tak? Aku ambik gak. Ye la… kita kena sediakan payung sebelum hujan kan… kita mana boleh ramal masa depan kita, apa akan jadi kat kita, anak-anak kita, family kita… berapa banyak kita daaa…Sebelum ni aku ambik insuran Takaful Ik*las. Tapi takde medical card. Dah lama sejak 2004 lagi. Anak aku pun sama. Sejak umor dia 6 bulan lagik. Hb plak ambik untuk diri dia sendiri. Tapi, aku dah terminate untuk both of us sejak 2 bulan lepas. Ambik Prudential BSN pulak sebab ada medical card. Walaupun coverage dia tak la banyak mana, tapi at least if something happen, boleh lah menampung apa2 yang patut. Total aku bayar RM130+RM100= RM230 untuk aku n anak aku. Ni no contact ejen tu. Nama dia Mat Nazeri 019-3523684.

Bagi aku, insuran ni penting wooo… zaman sekarang semuanya duit. Takde duit, apa pun kita tak boleh buat. Nak masuk tandas awam yang kotor pun, kena ada duit. Tambah lagi kalau nak dapat rawatan perubatan kat spital yang glemer ittewww…mesti ada duit. Bukan bermakna bila kita amik insurans ni, kita harap ada menda buruk jadi lam hidup kita. A big NO..NO.. di sini tauuu… lagi pun kita boleh saving skit kan. Tak rugi…. Daripada esok2 kalau jadi apa2, kita terpkasa tadah tangan sana sini mintak bantuan, lagi susah. Zaman sekarang semua orang fikir tentang diri sendiri jer. Kalau kita ada masalah, kita sendiri tanggung. Even bila masuk bab duit ni, adik beradik rapat pun takkan bantu… tak percaya??? Tungguuuuuu….. bila sampai saat tu, hangpa tau la nanti…
Eheheh…pehal lak aku dok sibuk pomot insurans ni. Aku bukan ejen, juga tak dapat seposen pun komisyen… ahakssss… tak pe kira aku tolong bagi kesedaran kat korang la ni…. Supaya senang nanti kan…
Cukup dah aku melalut… kita berjumpa di lain siaran…
Saturday, October 3, 2009
Nak jalan-jalan raya
Friday, October 2, 2009
Selamat Hari Raya
jadinya, raya kali ni memang meriah la sebab semua adik beradik aku balik. syiok woooo... tapi agenda beraya tahun ni terhad sebab semua economoney. ada paham ka?? bonus tarak la. pe lagi. poket masing-masing bocor. hukksss... tenat babe... yang termasuk dalam kategori ni ialah tak lain dan tak bukan aku n hb!!!. hehehe.... kuih raya pun kami beli ala kadar jer. tapi takpe, yang penting emak heppi. yang lain, ada aku kesah???
raya ke-3 cam biasa balik rumah hb plak kat kuala. then hari sabtu balik KL. hari ahad, sibuk la mendobi baju n ngemas rumah. isnin dah sekolah. liat betul aku pepagi isnin nak g sekolah. almaklum, cuti seminggu, enjoy habis. tak ingat dunia punya. lupa habis sumer benda2 yang menaikkan darah aku. betul2 cuti rasanya. seolah-olah dunia ni aku yang punya. hahaha...yang paling kesian, of course ler anak aku. kena g nursery semula. apa nak buat kan....
ekceli hari ni pun aku malas jer nak menaip. akan tetapi, memandangkan dah sebulan blog ni sepi jer, walau takde pembaca, aku tetap nak tulis gak sepatah dua kata. janji aku puas... ada pembaca ker, takde ker, ada aku kesah...hiksss....
Saturday, August 29, 2009
mak tok n family were here
bila bukak posa ramai2 camni, rasa syok ja. teringat kenangan waktu aku kecik2 dulu. rumah kampung kat tengah bendang. keliling pokok kelapa. arwah ayah time tu, rajin la dok kait kelapa muda. ayaq kelapa wat minum, taruk gula skit, pastu letak aiss... meleleh wa cakap lu... air kelapa muda fresh tu...bukannya sikit. berjag2... almaklumlah uoulsss... i kan ramai bala tentera...7 beradik. sikit2 mana nak kenyangkan... mak plak memang tak menang tangan la. masak macam2 juadah. aku sejak kecik memang tak pernah bukak posa dengan nasik coz mak memang rajin. ada jer benda yg dia masak. agar2 tu wajib. pastu mesti ada nasi kerabu ker, bihun/mee/koew tiaw goreng ker, bubur lambuk ke... kuih sekurang2nya 1 jenis...memang pueh hati lebih dari tu... lepas berbuka, semua solat maghrib, isyak n terawih berjemaah. arwah ayah jadi imam... syahdunyaaaa bila teringat kenangan tu. indah, mendamaikan... aku rindu weiii...
Thursday, August 27, 2009
Wardah dah ok
pas balik dari nursery, aku call chaq nak tanya khabar wardah. Al-hamdulillah...dia dah ok. semalam pukul 9 dia dibenarkan balik. lega hati aku dengar. chaq cuti hampir 2 minggu untuk tunggu wardah kat hospital... pas ni, still kena pegi hospital gak. untuk follow-up.
ni peringatan untuk parents di luar sana. kalau anak2 anda batuk yang anda rasa teruk, please la bawa anak2 cepat ke hospital. force the doctor untuk buat detail check-up. jangan sampai jadi cam wardah. doc buat derkkk jer. last2, my brother force them. then baru detect ada pneumonia. lagi2 kalau batuk tu dah lama. means, more than 1 week. tolong ambil berat. jangan ambik mudahhh occayyy!!!
ni dah pukul 3 petang, tapi aku lum masak apa pun. takde idea nak masak apa. malas pun ada. bila la mak baihaqi ni nak rajin macam mak orang. ekekeke..... ni kalau ada mak metua, dia mesti pening nengok menantu dia kena sindrom malas....
semalam (5 Ramadhan), aku aku wat kuih mudah je. kuih keria. aku guna 4 biji keledek. dapat dalam 20 biji keria. pastu aku masak nasi putih, masak merah udang, cendawan goreng. hb aku ni minat betul cendawan goreng. heran aku... bagi aku tak la sedap mana sebab bila kita goreng dengan tepung, rasa cendawan tu kureng. rasa tepung plak yang lebih. walau pun bila kita makan, kruk..krak..kruk...krakk... bunyinya... errrmmmm...taste memasing kannn.. aku plak suka cendawan tu goreng dengan sayur campur ke, wat sup ke...baru la bila makan kita rasa liat2 cendawan tu... baru sedap.

sempat gak malam semalam snap gambar baihaqi. lama dah rasa tak ambik gambar dia. sporting jer dia posing. dulu kemain susah nak shoot gambar. ni siap senyum simpul gittewww...hikssss...hensem anak mama...
tulis tu tulis gak... korang takde idea ker nak masak apa utk berbuka hari ni... serious aku blurrrr....idea tak mari oooo.... kasi idea skit???







